Monday, November 5, 2012

Hanoi - Masjid Al-Noor dan Pasar Dong Xuan

Petangnya kami keluar lagi. Kali ini destinasinya ialah ke Masjid Al-Noor dan Cho Dong Xuan (pasar). Kedua-dua tempat ini terletak agak berdekatan.  Berjalan kaki saja kami ke sana, kerana jaraknya cuma lebih kurang satu kilometer dari hotel penginapan. Di sepanjang jalan menuju ke Pasar Dong Xuan pada malamnya pula ada pasar malam. Pasar malam ini cuma ada pada hari Jumaat, Sabtu dan Ahad saja. Kalau sesiapa datang pada hari lain memang tak jumpalah.

Tasik Hoan Kiem dan persekitarannya

Destinasi pertama kami ialah Masjid Al-Noor yang terletak di Jalan Hang Luoc. Masjid ini tidak begitu besar. Mungkin cuma boleh memuatkan hingga seratus orang jemaah pada satu-satu masa. Inilah satu-satunya masjid yang ada di kawasan Old Quarter, Hanoi. Sampai di masjid hampir masuk waktu solat Asar tapi tak nampak seorang pun di situ. Mungkin digunakan untuk solat Maghrib dan Isya' serta solat Jumaat kerana komuniti Islam di sini kebanyakannya orang luar yang masing-masing bekerja. Tertarik dengan peringatan tentang telefon bimbit di situ yang menunjukkan orang Malaysia memainkan peranan yang agak besar dalam menggerakkan masjid ini. Pintu utama masjid ini sentiasa dikunci, jadi kalau nak masuk boleh ikut pintu kecil di bahagian kirinya, Pada sesiapa yang datang ke Hanoi jangan lepaskan peluang ke sini. Selain boleh menghulurkan sedikit sumbangan kita juga dapat singgah ke salah satu 'Jejak Rasul'  yang ada disatu persekitaran yang sangat asing.


Masjid Al-Noor di Jalan Hang Luoc.

Bahagian dalam masjid dengan mimbarnya yang ringkas.

Redup di dalam kawasan Masjid ini kerana banyak pokok belimbing.

Selesai menziarahi Masjid Al-Noor kami bergerak pula ke pasar Dong Xuan yang terletak di jalan yang selari dengan Masjid. Kompleks pasar ini setinggi tiga tingkat dan tidak berhawa dingin. Agak panas seperti kompleks Padang Besar. Saiznya juga lebih besar. Peniaganya pula agak kurang friendly.

Jalan menuju ke Pasar Dong Xuan, sangat kelam kabut dengan motorsikal.

Suasana Pasar Dong Xuan siang.

Kereta elektrik yang siap menunggu penumpang untuk bersiar-siar sekitar kota Hanoi melalui jalan yang telah ditetapkan. Caj setiap penumpang ialah VND150K. Terdapat satu stesyen lagi iaitu berhampiran Tasik Hoan Kiem.

Suasana pada waktu malam
Suasana di dalam Pasar Dong Xuan seakan-akan kompleks Padang Besar, Perlis.
Kami berada di kawasan ini sehingga malam kerana nak melihat keadaan pasar malamnya sekali. Pasar malam dibuka mulai jam tujuh malam dan panjangnya hampir satu kilometer iaitu dari kawasan pasar sehingga menghampiri kawasan tasik. Kebanyakan barang yang dijual adalah pakaian dan baju. Agak susah untuk mencari souvenir di sini.

25 comments:

  1. Wah banyak pulak buah belimbing kan. Ada kereta elektrik pulak lagi. Bagusnya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang banyak, buahnya pun lebat dan meredupkan kawasan Masjid. Kereta elektrik tu patut KL pun kena ada...

      Delete
  2. dalam masjid pun ada notis tulis malay...details sungguh mie, kena catit buat panduan nih :)

    ReplyDelete
  3. Salam Mie..alhamdulilah dapat jumpa masjid ye..insyaallah nanti harap harap dapatlah Nekcik sampai ke masjid ni..kerana selalunya kalau mengembara ni..nekcik suka cari masjid..dapat beriktikaf pun tak ngapa!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pun begitu, mungkin disebabkan faktor umur. Cara kita berjalan tak sama dengan yang muda remaja...
      Saya rasa kita hampir sebaya dan dari negeri yang sama dengan Nekcik...

      Delete
  4. Keta letrik tu comel je nampak..

    Mcmana boleh ada tulisan BM pulak ya? Menarik jugak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kereta tu memang sesuai untuk tujuan bersiar di sekitar kota terutama untuk tarikan pelancong. Tambangnya VND150K (RM22).

      Tu mesti kerja orang kita tu...

      Delete
  5. Salam Mie...kat sana ramai melayu atau yg bina masjid tu melayu...sebab ada tulisan melayu/malaysia kat situ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam juga Fadzli...

      Kat Hanoi memang sudah nak jumpa orang Melayu sana atau pelancong Melayu. Masjid tu dah dibina agak lama kalau ikut dari keadaan fizikalnya dan bukan dibina oleh orang kita. Notis tu mungkin sebab ramai orang yang faham BM menggunakan masjid tu...

      Delete
  6. @Mie,
    Cantik dan bersih nampaknya masjid tu. Di Beijing ada sebuah masjid yang papan tanda/kenyataan ditulis dalam bahasa Melayu. Nadaoya nama masjid tu. Menunjukkan bahawa orang Melayu sering berkunjung ke Masjid itu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah nampak masjid tu dijaga dengan baik. Masa saya sampai, kawasan ruang solatnya tidak berkunci walaupun tiada seorang pun ada di situ.

      Delete
  7. wak pon blom penah gi vietnam lagikks.. ihikss

    ReplyDelete
  8. berselirat jln motor tuh, murah tak kat sana? mkn halal mudah x?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang jalan kat sana penuh dengan motor. Harga barangan lebih murah jika dibandingkan dengan tempat kita. Makanan halal pulak sangat susah didapati. Restoran yang benar2 dijamin halal cuma Restoran Nisa milik orang kita. Tapi jgn jadi alasan untuk jalan2... ye dak...

      Delete
    2. Betol tuh. Kalau diikotkan yg halal kt tmpt2 org pon mmg mana2 agak sukar nk dpt yg kena dgn tekak. Kalau tak halal apa tah lagi. Tapi jalan punya pasal roti pon roti lah. Tapi tak boleh lama2 sgt. Kurus plak sy nnti. Huhuhuhuhu

      Delete
    3. Masa tu lah yg terbaik untuk diet...hehe. Memang terasa susut berat badan walaupun cuma beberpa hari di sana. Lebih2 lagi banyak berjalan pulak tu...

      Delete
  9. masa mie ke sana tu, kata pakai tour guide. plus transportation ke?
    bus electric tu macam best je kan..

    mie tak de ke ada referral for halal resto?

    masjid is a must place to visit for me. sambil leh rehat2..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Assalam Yan,

      Saya ke sana main redah saja. Transport pakai public. Kena cuba kereta elektrik tu, slow dan staedy nampaknya.

      Restoran Halal di Hanoi yang diyakini cuma Restoran Nisa. Ada juga restoran India tapi menurut askar Malaysia yang saya jumpa di Hanoi, restoran mcm tu mengaku menyediakan makanan halal tapi ada jual arak sekali.

      Memang masjid tu mesti disinggahi. Terasa sayu di sana...

      Delete
    2. Assalam. Saya tengah merayau-rayau di alam maya dan Alhamdulillah terjumpa blog ini.
      Saya bersama 2 rakan, Insyallah, akan ke Hanoi pada 13.4.2013 dan kemudian pulang melalui Saigon ke KL pada 20.4.2013.
      Info yang sdr tuliskan amat-amat berharga bagi saya yang belum ke sana. Sekiranya ditambahkan lagi info bagaimana untuk: 1. Booking hotel dan cara untuk pergi ke hotel dari airport beserta kos. Saya agak mushkil kerana kami akan tiba di Hanoi pukul 10mlm. 2.Pergi ke Ha Long Bay serta kos. 3. beberapa tempat lagi untuk dilawati bagi memenuhi 3 hari di sana.
      Saya dahulukan dengan Terima Kasih banyak.

      Delete
    3. Assalam Pok Amid,
      Wah lama tu bercuti di Hanoi. Saya pergi cuma lima hari saja.

      OK serba sedikit saya cuba jawab soalan yg diberikan:
      1. Booking hotel boleh di buat melalui Agoda.com, booking.com dan lain2. Boleh juga terus ke website hotel yg kita pilih jika ada. Jika booking terus melalui website, kita boleh minta hotel uruskan pengangkutan dari airport ke hotel tak kira pukul berapa. Kos yang di caj ialah USD17 untuk kereta.

      2. Pakej ke Halong Bay juga boleh di dapati di kaunter hotel. Kosnya USD35 per pax termasuk lunch (seafood).

      3. Baca semua saya entry mengenai Hanoi, mungkin serba sedikit boleh memenuhi aktiviti saudara di sana nanti.

      Delete
    4. Saya dah baca entry2 yang sdr tuliskan. Memang infonya berguna bagi yang nak ke sana untuk kali pertama. Teruskan melancong dan menulis kerana ianya banyak menolong pelancong pertamakali ditempat asing.
      Terima kasih banyak sekali lagi.

      Delete
    5. Jika Pok Amid ada apa2 masalah lain lagi, sila email saya. Saya cuba bantu seberapa boleh...

      Delete
  10. Salam, nak tanya, sutera vietnam yg dijual kt DongXuan Market tu, lelaki boleh pakai x? sbb tgk pada kualiti kain mcm bukan pure sutera...tq ya.

    ReplyDelete

En/Cik Anonymous... sila tinggalkan nama...