Hari ini kami akan pergi melawat Halong Bay yang terletak kira-kira 170 km ke timur Hanoi. Kawasan tarikan pelancongan Halong Bay ini telah mendapat pengiktirafan sebagai Tapak Warisan Dunia dari UNESCO bagi kategori alam semulajadi. Pakej sehari suntuk ini boleh didapati dari hotel penginapan. Caj yang dikenakan ialah USD35 seorang termasuk makan tengah hari. Bas mengambil kami di hotel pada jam lapan pagi. Seterusnya bas akan berhenti di beberapa hotel lagi untuk mengambil penumpang sehingga penuh. Sangat antarabangsa penumpangnya kerana bas kecil yang kami naiki dipenuhi oleh warga negara dari berbagai negara. Perjalanan dari Hanoi ke Halong Bay akan mengambil masa lebih kurang empat jam termasuk berhenti rehat.
Bas yang kami naiki, kecil tapi selesa.
Ladang jagung yang luas terbentang dapat dilihat disepanjang perjalanan.
Kompleks kedai yang menjual pelbagai kraftangan menjadi destinasi rehat yang wajib bila kita melawat ke luar kawasan di Vietnam.
Sampai di jeti di bandar Ha Long setiap orang akan diberikan tiket untuk melawat ke gua batu kapur nanti. Tiket akan diperiksa sebanyak dua kali iaitu semasa nak melepasi jeti dan di gua. Jadi jangan hilangkan tiketnya. Masuk saja ke bot makan tengah hari terus dihidangkan.
Bot yang kami naiki.
Hidangan makan tengah hari sudah termasuk dalam pakej. Cuma bayar harga untuk minuman saja.
Waktu makan meja kami di sertai oleh dua orang wanita Jepun yang bertugas sebagai pramugari dengan syarikat penerbangan Singapura. Nasib baik masih boleh lagi ber'Nihongo'. Jadi bolehlah kami berbual sikit-sikit. Sambil makan bot akan bergerak menuju pulau di mana terletaknya gua batu kapur yang kami akan singgahi.
Mengikut pemandu pelancong kami Mr Bay, Gua Thien Cung yang kami lawati ini sebenarnya ditemui secara kebetulan oleh nelayan yang berlindung dari ribut. Dan ianya hanya baru ditemui pada tahun 1993. Kemudian dimajukan dan mula dibuka kepada pelancong mulai tahun 1997.
Laluan masuk ke gua.
Perlu mendaki lebih seratus mata anak tangga sebelum sampai di pintu gua.
Mengikut pemandu pelancong kami Mr Bay, Gua Thien Cung yang kami lawati ini sebenarnya ditemui secara kebetulan oleh nelayan yang berlindung dari ribut. Dan ianya hanya baru ditemui pada tahun 1993. Kemudian dimajukan dan mula dibuka kepada pelancong mulai tahun 1997.
Dalam gua ini dipenuhi dengan stalaktait dan stalagmait dalam perbagai formasi. Dihias pula dengan lampu-lampu berwarna-warni yang menjadikannya cukup cantik. Jarak laluan di dalam gua ini lebih kurang seratus meter dari hujung ke hujung. Seeloknya pakai kasut bila ke sini kerana laluannya agak basah.
Bersama dua orang pramugari penerbangan Singapura berasal dari Jepun di pintu keluar gua.
Selesai lawatan di gua, kami dibawa pula ke satu pelantar terapung untuk acara berkayak atau menaiki sampan untuk melihat gua James Bond. Acara di sini adalah pilihan kerana caj dikenakan untuk aktiviti ini. Di sini juga kita boleh membeli minuman atau buah-buahan untuk membasahkan tekak.
Pelantar terapung tempat persinggahan seterusnya.
Pemandangan di sekitar kawasan pelantar terapung.
Sampan untuk ke gua James Bond. Caj VND150K seorang.
Gua James Bond mengambil nama sempena penggambaran filem JB di sini.
Antara bentuk-bentuk pulau batu kapur yang terdapat di sekitar Halong Bay.
Kami berada di sini lebih kurang sejam sebelum perjalanan diteruskan untuk pulang ke jeti. Bagi mereka yang mengambil pakej untuk menginap di sini akan di bawa dengan bot lain untuk menuju ke hotel di Pulau Cat Ba. Rugi rasanya tak menginap di sini kerana kami beranggapan akan menginap di dalam bot saja bila ke sini.
Bandar Halong dilihat dari bot.
Sampai di jeti bas telah sedia menunggu dan perjalanan selama empat jam lagi akan diteruskan. Kami sampai di hotel pada jam lapan malam dan tamatlah lawatan ke Halong Bay sehari suntuk untuk hari itu.
Salam Mie,
ReplyDeleteTempat menarik ni ingin sangat saya pergi,tapi belum sampai lagi. Saya setakat HCM je.
Makanan Vietnam yang macam popia basah tu sedap, kan? Saya suka.
Cuaca pada masa itu panas ke sejuk?
Agak menarik, tapi lawatan sehari tanpa bermalam agak meletihkan. Nanti NA boleh bermalam di sana.
DeletePopia tu tidak halal jadi tau la sodap ke tidak. Tapi saya ada makan di HCM City versi yang lain, memang sodap.
Cuaca tidak begitu panas...
nasib baik time abg mie dtg ni cuaca elok. sbb kebanyakan kwn2 sy dtg, kabus tebal kat kawasan batu kapur tu. tak sbr pulak saya nk pegi sana next year. hrp2 cuaca elok lah. plan nk tido dlm bot utk 1 mlm. hehehe. insyaALLAH.
ReplyDeletebtw, mknn tengah hari tu nmpk sungguh sedap!
Alhamdulillah cuaca agak baik, tapi di bandar Hanoi cuaca agak berjerebu. Kalau ke sana lebih baik bermalam di pulau, taklah boring sangat, lainlah kalau nak memancing.
DeleteNak ke sana tahun depan, pergilah masa musim sejuk...
yang cap petak2 tu mie ke?? sampai 4 jam nak ke sana?? fuhh..jenuh gak lah ek??
ReplyDeleteZila, yang tu anak saya. Saya ada dalam foto ketiga di kedai kraf tu...
DeleteHaah 4 jam tapi berbaloi...
wah cantiklah Hanoi...ada simpan dlm hati nih nak kesana...hikhikhik
ReplyDeleteCantik, agak berbeza dengan negara Asean yg lain. Memang kena cuba ke sana untuk melihat persekitaran yang berlainan...
Deletesukanya tengok gua2 tu. saya minat caving.
ReplyDeletegambar2 yg diambik pun cantik sgt!
Gua tu cantik sebab lampu kot. Rasanya kat Kilim Geoforest Park, Langkawi pun cantik, cuma formasinya kurang sikit...
Deletekagum aku mie tengok view dalam gua tu, cantik sungguh! gambar hang pun semua cantik-cantik...berbaloi dengan 4 jam perjalanan kan, hehe...
ReplyDeleteMemang cantik, lebih2 lagi ada lampu. Berbaloi jugalah dengan perjalanan yang agak lama tu...
Deletememang unik dan cantik tempat tu...jaun berjalan luas pengalaman, memang seronok dapat tengok budaya dan tempat orang..dan best bila Mie kongsi pengalaman :)
ReplyDelete-------Mie, dah emel ke pasal shenzhen tu ?..tak dapat pun emel..huhu..
Memang menarik bila kita ke sesuatu tempat yang baru tak kira di mana. Tapi di Hanoi sangat susah nak dapat makanan halal...
DeleteSaya dah emailkan ke cendawan_liar@yahoo.com pada 31/10....
Tak sampai ke? Ok saya resend...
Wa... saya emailkan pada 31/10 dia melantun balik. Saya dah emailkan semula, nampaknya ok...
DeleteAssalam Bro Mie,
ReplyDeleteCantik gambar gua2 tuh. Harap2 boleh la sampai ke sana nanti, insyaAllah. Takat ni penah pergi ke james bond island je di phuket ;p
InsyaAllah sampai ke sana satu hari nanti...
DeleteDalam gambar pertama, siapa yang memegang lengan anak anda?
ReplyDeleteHis mum a.k.a my wife...
DeleteTak bergoyang ke makanan tu makan atas bot...hehehehe....
ReplyDeleteKat situ lautnya sangat tenang, makan pun staedy je sbb botnya besar.
DeleteMie, banyak benda nak tanya ni..
ReplyDelete1. berapa exchange rate dia.
2. USD 35 tu kira berbaloi?
3. package yg mie ambik ni kira yg muslim punya ke?
4. food dia serve cam ne?
hope my questions dapat dijawab...
Sorry lambat respon, sbb saya di luar kawasan, pastu wifi kat hotel macam siput...
Delete1. Exchange rate VND1 juta = RM165
2. Saya rasa berbaloi sbb perjalanan agak jauh dan siap dengan lunch sekali.
3. Pakej ni general untuk semua orang. Kalau nak yang Muslim boleh didapati dari Restoran Nisa. Tapi masa saya ke sana pemiliknya, En Ben Taat tidak ada.
4. Makanan adalah seafood shj dan dihidang secara berkumpulan. Saya tawakkal sajalah.
wak pon sukak jalan2 nampak chantek hanoi niii.. iHiiks
ReplyDeleteBoleh tahan cantik la jugak....
Deletehai..sy nak ke sana dan stay 1 nite di halong bay..mcm mana nak tau halal ke tidak makanan dia ya..??tq
ReplyDeleteAgak susah nak tahu. Tapi saya cuma makan seafood saja sebagai jalan yang lebih selamat. Atau Liana boleh bawa makanan sendiri... Saya selalu bawa Musafir Travel Cooker bila ke negara non muslim...
DeleteMane nk dpt pakej naik cruse nie?
ReplyDeleteBoleh dapat dari kaunter hotel penginapan. Beritau je diaorg akan uruskan...
Delete