Monday, November 19, 2012

Hanoi - Temple of Literature

Dari Ba Dinh Square kami meneruskan perjalanan ke satu lagi kawasan tarikan di Hanoi ini. Tempat ini dikenali sebagai Temple of Literature yang terletak di Jalan Van Mieu kira-kira satu kilometer jaraknya dari sini. Kawasan dalaman temple ini dibahagikan kepada beberapa bahagian. Temple ini juga merupakan universiti yang pertama bagi Vietnam. Bayaran masuknya ialah VND40K.

Pintu masuk utama
 

Halaman pertama
 
Halaman kedua
 
Halaman ketiga
 
Halaman keempat
 
Halaman kelima
 

 Laluan keluar
 
Dari sini kami balik ke hotel dengan teksi. Dengan konfidennya kami terus naik sebuah teksi yang memang sedia menunggu di hadapan pintu keluar sebab teksi tu menggunakan meter. Apa yang mengejutkan, meter teksi tu bergerak sepanjang masa. Dalam hati berkata tak apalah sebab duit Dong ni nilainya memang kecil. Anak saya yang duduk di hadapan cakap, macam mana ni ayah, dah hampir sejuta Dong, sebaik kami menghampiri kawasan hotel. Saya terus minta pemandu teksi tu berhenti di situ juga. Apabila kami mempertikaikan tambangnya, dia mula meninggikan suara dengan bahasa yang kami tak faham. Akhirnya kami bayar saja dua ratus ribu Dong dan terus belah, dan terpaksa menapak lagi untuk sampai ke hotel. Kalau difikir balik, lebih balik kita tawar menawar dulu untuk menetapkan tambang sebelum setuju untuk ambil teksi di kota Hanoi ini.

6 comments:

  1. kena noted nih,kalau tak, memang boleh pokai naik teksi sini. tambah-tambah kalau driver tak friendly, susah jugak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cara paling senang, deal dulu sebelum naik teksi. Kalau berempat lagi bagus, boleh kongsi2 bayar. Tapi kalau dengan family kopak jugak...

      Delete
  2. luas..byk halamannya.

    elok jugak share cite yg last tu, buat panduan yg lain.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Halaman tu ada fungsinya tersendiri.

      Pasal teksi tu, memang kena hati kering sikit, tak boleh nampak takut sangat, nanti lagi kena tekan...

      Delete
  3. banyak betul halaman, mau penat berjalan ni sebab tengok besar jugak kawasannya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak penat sangat kerana kawasannya tidak lebar cuma memanjang ke belakang...

      Delete

En/Cik Anonymous... sila tinggalkan nama...