Mula-mula rasa macam nak batalkan saja percutian ini kerana dua hari sebelum pergi salah seorang abang saya meninggal dunia. Sementara abang ipar pula dimasukkan ke IJN untuk menjalani pembedahan pintasan koronari. Lepas tu jika pergi, kami di jadualkan akan balik sehari sebelum Hari Raya Eidul Adha (kes silap booking). Tentu kelam kabut nanti. Tetapi setelah difikirkan hotel telah ditempah, cuti pun dah diluluskan jadi kami ambil keputusan pergi juga.
LCCT - Noi Bai - Hanoi
Penerbangan AK870 ke Hanoi berlepas agak awal iaitu pada jam 6.30 pagi. Jadi pukul 4 pagi kami bertiga beranak sudah keluar dari rumah menuju LCCT. Alhamdulillah waktu solat subuh pun agak awal, jadi sempatlah kami menunaikan kewajipan dulu. Sehingga pengumuman terakhir diumumkan oleh pekerja AA barulah kami semua keluar di pintu perlepasan. Dah tu kapalterbang di letakkan di bahagian paling jauh sekali dari tempat menunggu dan kami orang yang terakhir sampai. Masuk je ke perut kapalterbang, baru kami menyedari cuma kami bertiga saja orang Melayu. Yang lain adalah rombongan apek dan nyonya pencen dan juga warga Vietnam. Nampak sangat Hanoi ni kurang popular kepada pelancong Muslim berbanding HCM City.
LCCT - Noi Bai - Hanoi
Penerbangan AK870 ke Hanoi berlepas agak awal iaitu pada jam 6.30 pagi. Jadi pukul 4 pagi kami bertiga beranak sudah keluar dari rumah menuju LCCT. Alhamdulillah waktu solat subuh pun agak awal, jadi sempatlah kami menunaikan kewajipan dulu. Sehingga pengumuman terakhir diumumkan oleh pekerja AA barulah kami semua keluar di pintu perlepasan. Dah tu kapalterbang di letakkan di bahagian paling jauh sekali dari tempat menunggu dan kami orang yang terakhir sampai. Masuk je ke perut kapalterbang, baru kami menyedari cuma kami bertiga saja orang Melayu. Yang lain adalah rombongan apek dan nyonya pencen dan juga warga Vietnam. Nampak sangat Hanoi ni kurang popular kepada pelancong Muslim berbanding HCM City.
Macam-macam corak kapalterbang Airasia sekarang ni
Sempat kami bersarapan dalam penerbangan pagi itu. Selebihnya masa dihabiskan dengan menggantikan waktu tidur. Penerbangan mengambil masa lebih tiga jam. Dalam penerbangan tidak diedarkan embarkation form seperti biasa. Ingatkan kita boleh dapatkan borang itu di airport. Rupanya sekarang kita tak perlu mengisi borang itu lagi. Dikaunter imigresen orang agak ramai pagi itu dan perkhidmatannya pula agak lambat. Keluar dari airport pemandu yang kami tempah dengan pihak hotel sudah pun menunggu.
Kawasan imigresen Noi Bai International Airport.
Perjalanan ke kota Hanoi mengambil masa kurang sejam. Kami menginap di Madam Moon Guesthouse yang terletak di kawasan Old Quarter berhampiran Tasik Hoan Kiem. Kos sebilik untuk tiga orang hanya USD30 saja dengan sarapan pagi. Kedudukannya kurang seratus meter dari tasik dan jalan di hadapan hotel ini agak tenang dari gangguan kenderaan. Sarapan pagi disediakan di hotel induknya selang tiga pintu dari hotel ini. Yang bestnya ia terletak di tingkat teratas bangunan dengan pemandangan tasik.
Nisa Restaurant di kawasan Old Quarter
Sampai di hotel masih belum boleh check in lagi. Selepas meletakkan beg, kami keluar dan destinasi pertama yang kami cari ialah lokasi Nisa Restaurant yang terletak di Hang Tre Street. Agak mudah mencarinya berdasarkan peta yang kami dapat dari hotel.
Sampai di hotel masih belum boleh check in lagi. Selepas meletakkan beg, kami keluar dan destinasi pertama yang kami cari ialah lokasi Nisa Restaurant yang terletak di Hang Tre Street. Agak mudah mencarinya berdasarkan peta yang kami dapat dari hotel.
Satu-satunya restoran masakan Malaysia yang ada di Hanoi buat masa ini. Restoran ini perlu dinaiktaraf supaya kelihatan lebih menarik.
Pho, Vietnamese noodle soup. Rasanya memang fuhhh... sangat sedap.
Kopi ais yang menyegarkan.
Sampai di restoran agak awal dan orang belum ramai lagi untuk makan tengahari. Kami ambil nasi campur dan mee sup Vietnam yang terkenal iaitu makanan yang patut dicuba oleh sesiapa yang berkunjung ke Vietnam. Begitu juga dengan kopinya.
Kawasan sekitar Old Quarter
Tasik Hoan Kiem
Kami balik semula ke hotel untuk check in. Alhamdulillah dapat masuk lebih awal. Petangnya kami keluar semula untuk meronda di sekitar Tasik Hoan Kiem. Agak ramai orang di sekitar tasik ini terutamanya pelancong dari Barat. Agak besar juga tasik ini. Saya berdua dengan anak ambil keputusan untuk berjalan mengelilingi tasik ini. Cik wife pula tak larat katanya dan menunggu di satu tempat.
Jambatan untuk ke Ngoc Son Temple di tengah Tasik Hoan Kiem. Bayaran masuk VND20K.
Hehe... mana ada autumn...
Laluan sebelum sampai ke jambatan.
Bangunan di tepian tasik
Pagoda lama di tengah tasik
wah dh sampai Hanoi....nak trylah ksana...:)
ReplyDeleteCT cepat booking, offer sdg berjalan tu...
Deletepagoda tgh tasik tu unik la..boleh pulak tak tenggelam.
ReplyDeletesalam takziah juga utk en.mie & keluarga.
Mungkin ada kawalan ketinggian air tasik tu...
DeleteTQVM Ujie...
hanoi! cambest! ok, nest trip nih.. sila bg tips lebih tau...
ReplyDeleteTempat yang first time pergi biasanya best kot...
DeleteHanoi.... cam best jer.... kalau gi sana makan susah lagi kot dari HCM city... nanti ada rezeki laeh menyusul pulak..
ReplyDeleteMakanan halal agak susah nak dapat. Tapi ada terdapat biskut yg diimport dari Malaysia dan Indonesia kat kedai Shop and Go...
DeleteBest2..cepat sambung!
ReplyDeleteAkan dicuba... bila niL nak ke sana...
Deletebg detail2 ok..nak pergi nnt...
ReplyDeleteKalau detail sangat tak thrill pulak bila HD ke sana...
DeleteLagipun saya tak cover banyak tempat... musim hujan...
ahaha...ada autumn ke dekat hanoi mie?dengar mee sup vietnam, rasa macam nak try la pulak
ReplyDeleteKalau ikut foto yang saya pernah lihat, memang ada autumn di sana, musim sejuknya pun amat sejuk...
Deletesaya pergi viatnam dulu sampai HCM je... Hanoi belum sampai lagi
ReplyDeleteBolehlah mencuba ke Hanoi pulak. Kalau ada banyak masa boleh terus ke China...
Deletewahhhh....asyik berjalan jer...:)
ReplyDeleteMie.. tolong baca ni..http://mymiee.blogspot.com/2011/10/pengangkutan-di-shenzhen-dan-hong-kong.html#comment-form
Saya akan email wa...
Deleteeh..wa ada tanya pasal shenzen dan hk..kalau free nanti jawab ya...TQ
ReplyDeleteSorry terlepas pandang...
DeleteKalau travel ke sini, kena bawak stok makanan dr Msia la ...
ReplyDeleteItu sudah semestinya. Selain susah nak dapat makanan halal, harga kat restoran Malaysia tu agak tinggi...
DeleteAkak menanti kesinambungan kisah ini.
ReplyDeleteKak Mah kan cover lagi banyak tempat, nanti bosan plak dengan entry saya... :D
Deletemie Apehal kopi o ice die cm syahdu gile? grrrrr
ReplyDeleteOrang kata kopi Vietnam sodap. Entahlah tak dapat bezakan pulak dengan kopi kita...
DeletePernah pernah pergi Ha Giang 6 jam perjalanan dari hanoi...bandar kecil berhampiran sempadan china...10 hari disana hanya makan magi ngan biskut selama 3 hari berturut2...sampai satu masa nak makan magi terpaksa jolok dalam mulut hahaha...tp disbbkan x tahan beli gak nasi putih dgn ikan goreng...balik kl kurus bebrapa kilo...hehehe...
ReplyDeleteTempat tu macam kurang didengari, tapi mungkin Hulubalang ke sana dengan misi tertentu. Bagus juga ke tempat macam tu kalau boleh turunkan berat badan... :D
DeleteSalam Mie..tulah Nekcik pun jarang dengar orang travel Hanoi...biasa HCM..tapi nekcik insyaallah akan kesana hujung januari bersam keluarga...nnti bolehlah nekcik tengok guesthouse tu...boleh masak tak...your info might be useful sbb nekcik jalan sendiri
ReplyDeleteKalau kita asyik risau susah nak makan memang tak ke manalah kita. Sebenarnya benda2 mencabar macam tu lah yang menyebabkan perjalanan kita menarik. Nanti saya cuba cerita sedikit tentang guesthouse yang saya duduk, mungkin boleh dijadikan panduan buat Nekcik sekeluarga...
DeleteSaya mmg suka sgt Viatnamese noodle....sodap..selalu makan kat Malaysia la tapi..
ReplyDeleteMemang saya akui sodap. Kat sini mana nak cari ye... Tapi tentu tak sama kan...
DeleteBukan takat Nekcik yang nak ke Hanoi Mie, i pun nak ke sana hujung Feb with staffs. but we r looking muslim hotel.. ada banyak kan??
ReplyDeleteYan, Muslim hotel macam tak ada je... Tapi hotel2 di sana agak bersih...
DeleteSalam mie. Saya akan ke Hanoi April 2013. Sekiranya mie boleh bagi tip mcmana nak booking hotel dan teksi ke hotel online dan nak pi Ha Long Bay, ianya amat-amat berharga bagi saya, maklumlah kami akan mendarat 10pm. Bimbang jugak di tempat yang belum pernah tiba ini. TKasih in advance.
ReplyDeletePok Amid, untuk menempah teksi dari airport biasanya dengan hotel sekali. Kalau melalui Agoda.com atau booking.com memang tak dapek la.
DeleteSebaiknya masuk terus ke website hotel seperti yang ada pada entry akhir saya. Pakej untuk ke Halong Bay boleh didapati di hotel nanti.
salam.. pengangkutan di sekitar hanoi selain teksi.. yang murah2 apa ya.. ada tuk2 tak kat sana? atau motosikal taxi mcm thailand ada tak>?
ReplyDeleteAssalam jeri, selain teksi pengangkutan awam yang saya nampak cuma bas dan beca kayuh. Ada juga motorsikal serupa Ojek di Indonesia tapi tak di rekomen....
Delete