Monday, November 26, 2012

Hanoi - Sedikit catatan

Menonton puppet teater show ialah aktiviti terakhir kami di Hanoi. Sebelah petang membawa ke malam kami meronda sekitar kedai cenderamata mencari apa-apa buah tangan yang boleh dibawa pulang. Penerbangan pulang esoknya agak awal jadi kami perlu bersiap mengemaskan barang pada malamnya. Teksi kami tempah dari hotel dengan harga USD15. Macam murah kan. Kami check out hotel pada jam 6.30 pagi. Macam biasalah, komunikasi memang jadi masalah. Jadi sepanjang perjalanan sepatah perkataan pun tak keluar dari mulut pemandu. Tapi sebaik saja sampai di airport, pemandu menunjukkan sekeping kertas yang siap dilaminasikan kepada kami menyatakan yang penumpang perlu menampung harga tol bagi perjalanan pergi balik. Nasib baik kami masih ada baki wang Dong. Bayaran tolnya VND70K sehala. Jadi kalau ke sana jangan lupa simpan baki duit untuk perkara yang tidak dijangkakan.
 
Plaza tol sebelum lapangan terbang Noi Bai.

Ok sebelum catatan ke Hanoi ini selesai, dicatatkan serba sedikit beberapa perkara yang mungkin boleh dijadikan panduan bagi mereka yang bercadang ke sana.

Penginapan

Kalau nak senang berjalan-jalan cari saja hotel penginapan yang berhampiran dengan Tasik Hoan Kiem terutama di bahagian utaranya. Kawasan ini terletak di Old Quarter, Hanoi. Kebanyakan hotel yang tinggi sehingga lima tingkat tidak menyediakan lift. Jadi masa menempah kena beritahu untuk dapatkan bilik di tingkat yang lebih rendah. Bagi hotel yang besar mungkin tiada masalah. Pilih saja mana yang sesuai mengikut   kemampuan poket sendiri. Kami menginap di Madam Moon Guesthouse di Jalan Hang Hanh yang menyediakan sekali sarapan pagi. Sarapan di sediakan di bahagian tingkat atas di hotel induk bersebelahannya. Sarapannya juga agak berat dan mengenyangkan.

 Buah-buahan dan yoghurt disediakan untuk setiap meja. Cuma perlu buat pesanan untuk bahagian makanan dan minuman saja.

Membeli-belah

Untuk membeli-belah terutamanya yang suka ke pasar malam ianya hanya dibuka pada hari Jumaat hingga Ahad sahaja. Boleh juga ke pasar Dong Xuan pada hari-hari biasa.  Tapi keadaan nya tidak begitu selesa kerana terlalu sesak. Kedai-kedai cenderamata pula kebanyakkannya terletak berhampiran tasik Hoan Kiem kerana di situ merupakan tempat tumpuan pelancung. Jika membeli barangan cenderamata pastikan kita menawar harga barangan sehingga kurang lima puluh peratus. Jika bernasib baik memang boleh dapat.

Kedai cenderamata di kawasan Old Quarter

Kedai Shop & Go ialah kedai 24 jam seperti seven eleven di tempat kita tapi barangannya tidak begitu banyak. Di kedai ini kita boleh beli biskut yang diimport dari Malaysia dan Indonesia. Minuman juga lebih baik beli di kedai ini kerana harganya standard berbanding di gerai yang harganya lebih tinggi. Tapi kedai ini tidak banyak terdapat di sekitar Old Quarter. Secara kebetulan hotel yang kami duduki tidak jauh dari kedai ini, jadi mudah sikit untuk mengulang.


Makanan

Makanan halal memang agak susah untuk didapati di Hanoi. Satu-satunya Restoran yang boleh dipercayai seratus peratus halal ialah Restoran Nisa. Tapi kalau nak makan di situ sepanjang masa, pastikan dompet kita tebal sebab harganya memang agak tinggi. Jika pergi secara individu memang boleh layan, tapi kalau berkeluarga boleh kopak dibuatnya. Tentang makanan halal yang susah didapati, janganlah jadi alasan untuk tidak ke sana. Kalau fikir susah lebih baik duduk rumah saja. Sebenarnya kita juga boleh membawa bekalan sampingan sebagai persediaan. Sekarang ni dah ada bermacam jenis nasi segera dan lauk yang siap di pek.


Makanan yang dibeli di Restoran Nisa di samping lauk yang dibawa.

Berfoto

Jangan sesuka hati mengambil foto terutama aktiviti penduduk tempatan. Kalau nak ambil juga, ambillah secara curi-curi. Kalau kita berurusan dengan mereka atau membeli barangan mereka tiada masalah untuk berfoto. Juga jangan sampai terperangkap seperti aksi di bawah. Mula-mula penjual tu mendekati kami dan memberikan pengandarnya  untuk dipikul bagi tujuan berfoto. Lepas tu dia suruh kita beli buah yang dijualnya. Ada ke logik buah nanas yang seciput tu berharga hampir sepuluh ringgit sebiji. Kami tak belipun nanas tu sebab mahal sangat dan terus belah. Tapi penjual tu menunjukkan reaksi yang seakan marah.


Kenderaan Awam

Jika menggunakan kenderaan awan seperti teksi atau cyclo, pastikan kita menetapkan harga terlebih dulu. Dari pengalaman saya, penggunaan meter teksi tidak boleh diharapkan sangat. Juga mereka boleh menipu laluan untuk mendapat bayaran yang lebih tinggi.

33 comments:

  1. Assalam bro Mie,

    Ade tgk AA tak pagi ni. Buat sales start from 11sen. Berbaloi2.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ~Beb~, Sudah berjaya menyambar...hehe

      Delete
    2. Ngehngehngeh! Give me 5! InsyaAllah semoga apa yang di plan terus menerus menjadi. Selamat pergi dan pulang.

      Delete
  2. amboi hangpa, dah berjaya merembat sales 11sen, jelesnyer! bagus tips yang hang bagi ni mie, tambah2 pasal berphoto tu,silap haribulan, boleh bergaduh tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Orga rembat aje la, masih ada masa lagi tu. Tak semestinya yg jauh2, janji dapat jalan2...

      Delete
    2. Agree! Sbelah2 pon jadi. Ke Bali pon RM122 je sorang. Adoidoi! Langkawi pon ok. RM55 sorang

      Delete
    3. Saya juga suka bawa makanan segera yang siap dibungkus apabila mengembara seperti produk Brahim, Aliff, dll. Cuma panaskan dalam rice cooker atau letakkan air panas.

      Sebagai pengembara/pelancong kita selalu kena scam, kan? Tips yg Mie bagi ni amat berguna.

      Delete
    4. NA, kalau ke negara bukan Muslim, memang terpaksa bawa bekalan makanan. Macam ke Hanoi ni, susah betul nak dapat makanan halal. Kalau ada pun harganya agak mahal.

      Delete
  3. Bab shopping buah tangan paling best bila gi travel ni kan..wahhhh dah beli tiket gi mana pulak..bestnyaaaaaaaa...nampaknya wa kena stop trvelling dah..tunggu lagi 2 tahun barusambung kot..tapi AA sale tu memang murah..nyaris nak beli gak..huhuuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Atas desakan cik wife, dapatlah tiket AAX untuk tahun dpn...
      Lamanya nak tunggu dua tahun tu... btw congrats for the third baby...

      Delete
  4. Saya pernah pergi HCM... kami bawa bekalan makanan, keebanyakan makanan tak memenuhi selera... yg halal sangat susah.. shopping mmg best kat vietnam ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Di Hanoi lebih susah nak dapat makanan halal, memang kena bawa bekalan makanan terutama lauk2. Shopping pun tak berapa happening banding dg HCM City.

      Delete
  5. Salam Mie...amboi nak ambik gambaq pun susah no...semua nak carik duit...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Assalam Fadzli,

      Persaingan untuk hidup kat sana memang sangat mencabar... syukur hidup di bumi Malaysia...

      Delete
  6. Byk tips berguna ni. Benda2 yg nampak hal kecik tapi perlu take note.

    Yg amik gambar tu, mmg terkena betul. Pendek kata, takde yg free.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pasal foto tu memang dia yg sungguh2 suruh pikul dan ambil gambar. Kalau nak jual barangan dia dg harga berpatutan, rasanya no problem...

      Delete
  7. ala bg mie beli je pengandar nanas tuuu.. uuuHHuuu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh je kalau nak beli, tapi camna pulak nak bawa balik nanti... pergi pun backpack je...

      Delete
  8. ad kawan yg ajak ke vietnam...tapi diorang ajak ke saigon (Ho Chi Min), diorang kata saigon lagi seronok, maju dan lagi mudah cari makanan halal...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu Kira, HCM lebih OK berbanding Hanoi. Makanan, shopping, persekitaran semuanya lebih baik... so, apa lagi...

      Delete
  9. Bagusnya..tips yg en mie bagi ni..very useful. TK bekenan beg2 colorful tu..cantik!
    Ttg hotel 5 tingkat xde lift tu..scary ye..lepas ni en mie ke mana pulak agaknya ye?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sekadar berkongsi info. Harap boleh membantu bagi yang pertama kali ke sana.

      Tahun ni dah habis program jalan-jalan. Untuk tahun depan sudah ada dua tiga projek...

      Delete
  10. Salam Mie...oo tqvm Mie..insya Allah mmg Nekcik perlukan smua info Mie tu for my trip jan next year....gambar barang barang tu buat nekcik tak sabar nak mnyoping!! ha..ha...Nekcik dah singgah pun kat madam Moon cuma tak check in lagiii!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Assalam Nekcik,

      Ttg hotel tu mungkin Nekcik boleh dapat yang lebih baik lagi di kawasan yang sama. Saya risau nanti kalau dapat bilik yang tinggi, jenuh Nekcik nak panjat. Tapi memang dekat sangat dengan tasik...

      Delete
  11. wah...kain cotton buat saya juling mata..kakkaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sabo CT, adjust balik mata tu... :D
      Shopping kat Vietnam memang murah dan berbaloi2...

      Delete
  12. Pemandu teksi di Hanoi mcm di sini juga. Ada peluang nak pow pelancong, mereka pow..... huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dengan orang tempatan mungkin tak boleh nak tekan, jadi pelanconglah yang jadi mangsa...

      Delete
  13. Saya belum berkesempatan ke Vietnam lagi. Antara Hanoi dan Saigon mana yg lebih elok utk dilawati?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya cadangkan YB ke Saigon. Lebih banyak tempat menarik dan agak mudah untuk mendapatkan makanan halal...

      Delete
  14. menarik teringin nak backpack kesana kembali ke hanoi...lama dah tak jejak kesana.(ada 6 thn rasanya)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bagi saya Hanoi agak kurang menarik untuk diulangi, kecuali Halong Bay...

      Delete

  15. Assalamualaikum Tuan/Puan.

    Salam dari Kita Holidays Travel & Tour Indonesia.
    Kalau Tuan/Puan nak melawat ke Indonesia, jangan risau hati sila hubungi kami di:

    KITA HOLIDAYS TRAVEL & TOUR INDONESIA
    Tour operator & Travel Agency

    Kami memberikan pengkhidmatan tour ground handling di beberapa daerah yang favorit untuk di lawati di Indonesia. Kami arrange secara profesional dan dengan penuh rasa kekeluargaan, juga dengan harga tour yang sangat berpatutan seperti ke : Padang dan Bukittinggi Tour, Aceh Tour, Medan Tour, Jakarta dan Bandung Tour, Jogjakarta Tour dan Bali Muslim Tour.

    Contact person : Amsyahril
    Mobile : +6285263007445
    E-Mail : am_holidays@yahoo.com / kita_holidays@yahoo.com / kitaholidays@yahoo.com.

    ReplyDelete

En/Cik Anonymous... sila tinggalkan nama...