Thursday, November 15, 2012

Hanoi - Ba Dinh Square

Salah satu tempat mesti dikunjungi oleh pelawat jika ke Hanoi ialah Ba Dinh Square. Di sini terletaknya tempat tinggal Uncle Ho sekarang ni. Berdekatan dengan kawasan ini juga terdapat Muzium Ho Chi Minh dan One Pillar Pagoda. Jarak tempat ini dari hotel penginapan kami kira-kira empat kilometer. Mengikut kata penjaga kaunter hotel, jika naik teksi menggunakan meter tambangnya cuma VND70K saja. Tapi kebanyakannya tak mahu guna meter dan kalau guna meter pun tambangnya jauh lebih mahal kerana meter bergerak sepanjang masa tanpa henti. Ini kami terkena waktu nak balik ke hotel. Boleh juga naik cyclo (macam beca) tapi cuma muat dua orang saja dan tambangnya sama dengan teksi. Akhirnya kami mengambil sebuah teksi dengan tambang VND100K tanpa meter.

Kawasan dalaman ditutup untuk lawatan kerana dalam proses penyelenggaraan untuk tempoh dua bulan. Hanya boleh berlegar di luar kawasan garisan kuning yang disediakan.

Kawasan sekitar Ba Dinh Square. Jika kita berjalan lebih kurang satu kilometer melalui jalan ini, kita akan sampai di tasik yang terbesar di Hanoi iaitu West Lake.

Kami bernasib baik kerana pada pagi itu ada acara pertukaran pengawal dijalankan tidak lama selepas kami sampai. Acaranya agak ringkas.

Jalan menuju ke Muzium HCM.

Muzium Ho Chi Minh terletak di sisi belakang Ba Dinh Square.

The Ho Chi Minh Museum in Hanoi is a dedicated museum. It was built in memory of a great man whose name is written in golden alphabets in the history of Vietnam. The special person was a great revolutionary and statesman and went on to become the first Prime Minister in 1946.

Di sebelah muzium ini pula terdapat sebuah pagoda yang di panggil One Pillar Pagoda. Ia merupakan salah satu bangunan yang menjadi ikon utama di Vietnam.



Dari kawasan ini kami menapak pula kira-kira dua kilometer untuk menuju ke satu lagi kawasan tarikan di Hanoi ini, iaitu Temple of Literature.

Jalan menuju ke Temple of Literature yang terletak di Jalan Van Mieu.

11 comments:

  1. so kena hati2.. thanks for the tip. biar tak terkena..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Masalah komunikasi yg menyebabkan susah nak tawar menawar. Tapi kalau siapa hati kering boleh dapat kurang kot.

      Delete
  2. Replies
    1. Haah memang mahal dan sasarannya pelancong asing sbb saya nampak mat salleh je yang guna beca ni...

      Delete
  3. sampai tak tasik tu? jenuh gak nak jln 1km.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak sampai pun Ujie. Ini cuma cadangan kepada yang ingin ke sana jika sudah sampai di sini. Kalau ikut dalam peta memang tasik tu sangat besar...

      Delete
  4. Replies
    1. Sesama kita berkongsi info. Saya pun banyak merujuk blog orang lain...

      Delete
  5. Assalam. Saya bercadang ke Hanoi hujung April 2013 nanti, malah tiket pun dah ditempah. Untuk ke Ha Long Bay, perlukan kita buat advance booking atau pakai naik mana-mana bas dan bot saja? Dan berapa kosnya untuk 1 malam disana?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Assalam Pak Amid, saya dah respon pada entry sebelumnya...

      Lawatan sehari suntuk USD35, kalau menginap kena double lah rasanya, sbb saya balik hari...

      Delete

En/Cik Anonymous... sila tinggalkan nama...