Selepas bertekak dengan pemandu teksi dan sampai di hotel kami berehat sebentar. Malamnya kami bercadang untuk menonton water puppet show. Tapi tiket untuk malam itu kehabisan dan kami hanya dapat tiket untuk keesokan harinya.
Bangunan panggung water puppet theatre show yang terletak di tepi Tasik Hoan Kiem, tidak jauh dari hotel penginapan.
Terdapat lima atau enam show bagi setiap hari. Kebanyakan tiket untuk waktu malam habis dijual sebab sudah diborong oleh agen-agen pelancongan. Kami dapat tiket untuk jam 2.15 petang yang ditempah awal sehari. Harga tiket ialah VND100K seorang. Caj dikenakan VND20K untuk kamera kompak dan VND40K untuk DSLR.
Persembahan teater ini dijalankan di dalam kolam air separas pinggang. Sebatang rod digunakan untuk meletakkan patung-patung di atasnya dan digerakkan oleh petugas yang berlindung di sebalik tirai. Jadi patung nampak seakan bergerak di atas air. Persembahan teater ini diiringi oleh orkestra tradisi Vietnam sebagai muzik latarbelakang.
Penerangan diberikan sebelum pertunjukan dimulakan dalam bahasa Vietnam dengan terjemahannya disediakan di monitor di kiri dan kanan panggung.
Diakhir pertunjukan, semua yang menjayakan teater akan keluar dari belakang tabir.
Pertunjukan selesai dalam tempoh hampir sejam. Boleh dikatakan tiada penduduk tempatan yang menonton teater ini.
menarik!
ReplyDeletependuduk tmptn dah biasa kot dgn show ni.
Agak menarik... tapi ada yang sampai tertidur...:D
DeleteMungkin ada pertunjukan secara percuma di mana-mana spt wayang kulit di tempat kita, sebab tu mereka tak hairan...
Salam Mie,
ReplyDeleteMenariknya teater ni! Dalam air pulak tu! Amat unik! Apakah ceritanya? Lucu? Sedih? Dongeng? Kontemporari?
Teringin nak tonton.
Menarik kalau kali pertama menontonnya, kalau kedua mungkin lain ceritanya...
DeleteCeritanya lebih kepada dongeng bertujuan untuk berhibur bagi golongan petani sebelum dikomersilkan...
Teringin nak menonton bolehlah ke Hanoi atau HCM City lepas balik dari Beijing nanti... :D
macam mana orang tempatan nak masuk, orang luar jer dah penuh dah. Macam wayang kulit ker mie?
ReplyDeleteMungkin bagi orang tempatan bayaran tiket VND100K agak mahal, lagipun mungkin mereka dah tak hairan...
DeleteAgak berlainan dengan wayang kulit, sebab kita nampak boneka yg dimainkan bukannya bayang2...
Bestkan! Akak suka show ini.
ReplyDeleteAgak menarik juga terutama yang kali pertama menontonnya...
Deletewak pon sukak tengok show macam ni jugakkk.. ahHKks
ReplyDeleteEntahlah Wak, saya pulak kurang suka... sampai tertidur... :D
DeleteThey have the same show way back in Saigon as well. Masa sy pergi dulu, banyak betul series dia. Tp xde plak translation masa tue. Buat2 paham jek.
ReplyDeleteBeen to Saigon, tapi tak pulak terasa nak tengok teater tu. Mungkin jalan ceritanya tak banyak beza...
DeleteTranslation pun kat monitor kecik je...
Bestnya..blhlah pegi nnt...:)
ReplyDeleteSilakan CT, kat Saigon pun ada... lagipun lebih happening kalau nak shopping...
DeleteTerjemahannya dalam bahasa Ingrish?
ReplyDeleteYa sudah tentu dalam Bahasa Inggeris kerana penontonnya datang dari pelbagai negara...
DeleteSalm Mie..thanks for sharing info..insya Allah hujung januari nekcik bawak kluarga ke sana...mula rasa mcm tak best jugak sbb nekcik nak pgi Danang..silap book...tapi lpas baca blog Mie ni rasa syiok jugak xploring...
ReplyDeleteAssalam Nekcik,
DeleteWah bulan Januari cuaca dah mula sejuk tentu lebih selesa berjalan2. Yang paling menarik sekali ialah trip ke Halong Bay. Saya cadangkan Nekcik bermalan di Pulau Cat Ba di sana nanti...