Monday, January 6, 2025

Austria - Hallstatt

Hallstatt, penempatan indah di pinggir tasik Hallstatter.

Di bawah ini adalah sebahagian pemandangan dalam perjalanan dari Munich, Jerman menuju ke Hallstatt, Austria. Cantik dan kemas betul kawasan kampung orang Eropah ni. Perjalanan mengambil masih hampir dua jam setengah dengan jarak sejauh lebih kurang 200 kilometer. Jalan ke Hallstatt ni agak berliku-liku kerana banyak melalui kawasan berbukit.

Friday, December 27, 2024

Jerman - Neuschwanstein Castle

Antara tempat menarik lain yang dibawa ialah ke Neuschwanstein Castle yang dikenali juga sebagai Istana Disney. Merupakan istana kurun ke 19 yang terletak di kaki bukit pergunungan Alps di selatan Jerman. Kawasan ini di kelilingi oleh beberapa buah tasik. Istana ini adalah istana persendirian Raja Jerman pada suatu ketika dulu. Selepas kematiannya istana ini dibuka untuk lawatan kepada orang ramai.

Istana ini menjadi ilham kepada Walt Disney di mana senibina yang hampir serupa dibina di dalam taman tema Disneyland.

Neuschwanstein Castle yang terletak di Schwangau.

Wednesday, December 18, 2024

Jerman - English Garden

Hari ini TL ajak  kami menaiki  kenderaan awam. Dari hotel menapak 200m saja  ke stesyen  tram terhampir. Sambung  pula dengan bas  untuk sampai  ke English Garden, Kota Munich. Tiket sudah dibeli secara dalam talian untuk kumpulan kami. Cuma  tunjukkan QR code saja bila  diminta  oleh pemeriksa tiket. Tahap  kepercayaan  dia  orang  sangat  tinggi. Kalau  ada yang menipu  memang tiada siapa tahu, tapi kalau kantoi tinggi dendanya.

Sepanjang berada di Jerman cuaca agak cerah dengan suhu antara kosong hingga lapan darjah Celcius. Kami kira bernasib baik kerana daun-daun pokok belum luruh keseluruhannya dan masih cantik.

Tram Kota Munich.

Sunday, December 1, 2024

Alps Grand Tour - Jerman | Austria | Switzerland

Ini adalah trip pakej untuk tiga negara; Jerman, Austria dan Switzerland. Bagi kami yang dah bertaraf warga emas ini memang dah malas nak memikirkan tentang itinerary, pengangkutan, tempahan hotel dan sebagainya. Trip akhir musim luruh ini kami jangkakan belum ada salji lagi. Tapi jangkaan kami salah kerana pada hari keempat salji mula turun dengan lebatnya hampir di semua tempat yang kami pergi. Nasib baik pakaian yang dibawa mencukupi untuk menahan kesejukan. Suhu terendah dirasai ialah -16 C. 

Oleh kerana ketiga-tiga negara berada di bawah perjanjian Schengen maka urusan keluar masuk negara sudah tidak lagi melalui imigresen. Trip kami pun banyak keluar masuk sempadan tapi semuanya berjalan lancar. Jerman dan Austria menggunakan matawang Euro manakala Switzerland guna Swiss Franc. Kami hanya tukar wang Euro saja dan bila di Switzerland kami guna kad kredit dan debit.

Pakej 9H 7M ini di ambil dari Jejak Vacation Networks. Penerbangan dengan Turkish Airlines. Perjalanan pergi (KUL - IST - MUC) dan balik (ZRH - IST - KUL).

Peta perjalanan yang disediakan oleh TL.

Monday, November 11, 2024

Autumn di Nami Island

Trip ini sepatutnya berlepas pada tahun 2020 tapi disebabkan kobit ianya telah dibatalkan oleh AA. Lama juga kami menunggu AA untuk memulangkan tambang tiket yang telah dibeli. Pada mulanya Pak Tony macam berkeras tak mahu membayar balik tapi setelah banyak desakan yang dibuat oleh pelbagai pihak akhirnya pada tahun 2023 kami berjaya mendapatkan nilai penuh tiket tersebut. 

Kami memilih untuk gunakan nilai kredit yang dipulangkan  untuk perjalanan pada tahun 2024 iaitu pada musim luruh. Semua ahli rombongan bersetuju walaupun harga tiket sudah naik sekali ganda. Trip ini ialah trip rakan sekerja seramai tujuh orang.

Sampai di Incheon Airport pada jam 6.30 pagi. Selepas membeli kad T-Money dan mengisi Simkad kami teruskan perjalanan untuk ke hotel. T-Money boleh dibeli di Nice to CU di luar kawasan ketibaan Incheon Airport.

Deretan pokok-pokok ini menyambut kedatangan kami.