Monday, January 6, 2025

Austria - Hallstatt

Hallstatt, penempatan indah di pinggir tasik Hallstatter.

Di bawah ini adalah sebahagian pemandangan dalam perjalanan dari Munich, Jerman menuju ke Hallstatt, Austria. Cantik dan kemas betul kawasan kampung orang Eropah ni. Perjalanan mengambil masih hampir dua jam setengah dengan jarak sejauh lebih kurang 200 kilometer. Jalan ke Hallstatt ni agak berliku-liku kerana banyak melalui kawasan berbukit.







Sampai di Hallstatt dalam keadaan cuaca yang mendung dan agak dingin tapi salji belum turun lagi. Mengikut kata TL, Hallstatt ini menjadi kawasan pelancungan yang semakin popular setelah K-drama menjalankan penggambarannya di sini.

Bas berhenti di sini dan kitaorang berjalan hampir satu kilometer di sepanjang tepian tasik.

Antara rumah-rumah penduduk di sini.




Hallstatter See (Tasik Hallstatter).




Ada beberapa jenis makanan yang boleh dibeli di sini tapi kami dah bawa bekal sendiri.





Mengambil wuduk dengan air tasik. Sepanjang trip di sini memang tak ada jumpa tempat untuk bersolat. Jika jumpa kawasan lapang, bentang alas plastik dan solatlah di situ. Macam di Hallstatt ni solatnya di tepi gereja.








Berada di sini lebih kurang dua jam saja. Dah masuk musim sejuk ni waktu siangnya agak pendek. Nak kejar masa sebab berhampiran hotel penginapan ada sebuah kedai menjual kebab. Masing-masing dah kelaparan, takut cepat tutupnya. Malam tu kitaorang check in hotel di Piding, Jerman. 

12 comments:

  1. Subhanallah, cantik betul permandangan di sini. Pernah juga naik tren dari Nurnberg, Germany ke Salzburg, Austria suatu masa dahulu, permandangan sangat cantik di kawasan luar bandar Europe ni. Suasananya tenang sahaja.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Perkhidmatan keretapi ada juga ke Hallstatt tapi sampai di seberang tasik ini.. kena menaiki bot untuk sampai ke penempatan ini..

      Delete
  2. indahnya pemandangan...ada jual kebab, best layan musim2 sejuk..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Di negara-negara yang dilawati memang ada komuniti orang Turkiye jadi kebab memang sinonim dengan mereka..

      Delete
  3. Uishhhh tau tau dah sampai Austria.. Best best... Comment ni dulu baru nak baca sebab excited hihii :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bukan trip DIY macam orang lain Afif.. dah tak mampu semua tu..

      Delete
  4. Suka dengan pemandangan especially dengan kawasan rumah di lereng bukit tu dah macam dalam cerita frozen :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah uniknya negara empat musim.. semuanya nampak cantik dan teratur..

      Delete
  5. subhanallah cantik sungguh view negara 4 musim..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah kelebihannya.. kalau ada rezeki bolehlah ke sana suatu hari nanti..

      Delete
  6. Cantiknya gunung2 dia.. macam lukisan pulak bila tengok.
    Moga Cuya ada rezeki untuk berjalan ke luar negara satu hari nanti. Aamin...

    ReplyDelete

En/Cik Anonymous... sila tinggalkan nama...