Antara tempat menarik lain yang dibawa ialah ke Neuschwanstein Castle yang dikenali juga sebagai Istana Disney. Merupakan istana kurun ke 19 yang terletak di kaki bukit pergunungan Alps di selatan Jerman. Kawasan ini di kelilingi oleh beberapa buah tasik. Istana ini adalah istana persendirian Raja Jerman pada suatu ketika dulu. Selepas kematiannya istana ini dibuka untuk lawatan kepada orang ramai.
Istana ini menjadi ilham kepada Walt Disney di mana senibina yang hampir serupa dibina di dalam taman tema Disneyland.
Neuschwanstein Castle yang terletak di Schwangau.
Tasik-tasik berhampiran kawasan ini.
Istana dapat dilihat dari kawasan menunggu bas.
Bas awam tidak dibenarkan naik ke atas. Bas khas disediakan dengan tambang 3 Euro untuk naik dan 2.5 Euro untuk turun. Bas hanya sampai di satu jambatan yang terletak di antara dua bukit yang merupakan lokasi untuk berfoto.
Antara hotel yang terdapat di sini.
Istana Hohenschwangau yang terletak di bahagian bawah.
Istana Hohenschwangau yang dilihat dari atas bukit.
Pemandangan istana Neuschwanstein dari atas jambatan.
Dari atas jambatan.
Air terjun dengan air yang jernih di bawah jambatan.
Pemandangan di sekitar kawasan ini.
Jalan menuju ke kawasan istana.
Pandangan dari sisi.
Akhirnya sampai di kawasan hadapan istana.
Kenderaan yang naik ke sini tidak melalui jalan bas.
Pemandangan dari sudut berfoto yang dibina khas.
Untuk baliknya kita orang menapak saja ikut laluan kenderaan awam. Nak balik ke tempat bas menunggu pun agak kena mendaki sikit. Cuaca pun agak selesa. Bagi yang muda-muda cepat saja sampainya. Bagi yang senior memang tertinggal jauh. Tapi TL sangat prihatin. Ditahannya kenderaan yang turun ke bawah untuk menumpangkan warga senior. Pemandunya pun sangat memahami.
No comments:
Post a Comment
En/Cik Anonymous... sila tinggalkan nama...