Hari ini TL ajak kami menaiki kenderaan awam. Dari hotel menapak 200m saja ke stesyen tram terhampir. Sambung pula dengan bas untuk sampai ke English Garden, Kota Munich. Tiket sudah dibeli secara dalam talian untuk kumpulan kami. Cuma tunjukkan QR code saja bila diminta oleh pemeriksa tiket. Tahap kepercayaan dia orang sangat tinggi. Kalau ada yang menipu memang tiada siapa tahu, tapi kalau kantoi tinggi dendanya.
Sepanjang berada di Jerman cuaca agak cerah dengan suhu antara kosong hingga lapan darjah Celcius. Kami kira bernasib baik kerana daun-daun pokok belum luruh keseluruhannya dan masih cantik.
Bas berhenti di hadapan bangunan ini.
The Monopteros, antara binaan yang ada di sini.
Ada sungai jernih yang melalui taman ini.
Itik-itik liar yang mendiami taman ini.
Daun-daun yang masih belum gugur sepenuhnya walaupun sudah akhir musim luruh.
Jeram pun ada.
Embun pagi yang sudah mula membeku.
Aman damai tiada siapa yang ganggu.
English Garden merupakan taman awam terbesar di Munich berkeluasan 370 hektar. Taman ini telah wujud sejak tahun 1739. Agak dah lama sangat tu. Nama taman ini merujuk kepada gaya taman yang popular di England pada suatu ketika dulu. Tapi warna daunnya tidak secantik seperti di Jepun dan Korea.
almost 300 tahun dan masih nampak nature lagi.. Memag terbaik org2 yg menjaga.. Kalau dpt kat DBKL ni mau naik 45 tingkat rumah kondo hahahaha..
ReplyDeleteOrang Eropah ni memang sangat menjaga persekitaran, susah nak nampak sungai yang tercemar walaupun negara diaorang maju tapi tak banyak pun bangunan tinggi..
DeleteCantiknya Subhanallah. Munich belum sampai. Thanks for sharing
ReplyDeleteMemang tak sangka.. ingatkan masa tu dah habis musim luruh..
Delete