Monday, November 11, 2024

Autumn di Nami Island

Trip ini sepatutnya berlepas pada tahun 2020 tapi disebabkan kobit ianya telah dibatalkan oleh AA. Lama juga kami menunggu AA untuk memulangkan tambang tiket yang telah dibeli. Pada mulanya Pak Tony macam berkeras tak mahu membayar balik tapi setelah banyak desakan yang dibuat oleh pelbagai pihak akhirnya pada tahun 2023 kami berjaya mendapatkan nilai penuh tiket tersebut. 

Kami memilih untuk gunakan nilai kredit yang dipulangkan  untuk perjalanan pada tahun 2024 iaitu pada musim luruh. Semua ahli rombongan bersetuju walaupun harga tiket sudah naik sekali ganda. Trip ini ialah trip rakan sekerja seramai tujuh orang.

Sampai di Incheon Airport pada jam 6.30 pagi. Selepas membeli kad T-Money dan mengisi Simkad kami teruskan perjalanan untuk ke hotel. T-Money boleh dibeli di Nice to CU di luar kawasan ketibaan Incheon Airport.

Deretan pokok-pokok ini menyambut kedatangan kami.

Kami menyewa hotel berhampiran stesyen subway Hoehyeon di laluan 4, keluar exit 1. Di seberang jalan terletaknya Namdaemun Market, tempat popular untuk membeli-belah bagi kebanyakan pelancong.


Hotel ini menjadi tempat penginapan kami selama beberapa malam di Seoul. Terletak kira-kira 100 meter dari stesyen Hoehyeon. Biliknya agak besar dan cukup bersih. Perjalanan untuk sampai ke sini agak memenatkan sebab kami warga emas terpaksa naik turun tangga mengheret beg kerana ada pintu keluar yang tiada escalator mahupun lif. Ada juga yang escalator yang rosak. Kami ambil kereta api henti-henti untuk sampai ke sini. Jadi untuk baliknya kami sepakat untuk naik teksi saja walaupun tambangnya agak mahal. Yang penting sampai pada masanya dan menjimatkan tenaga kami yang sudah tak seberapa.

Sampai di hotel pada jam sebelas pagi tapi dibenarkan untuk check in. Selepas siap menyimpan beg, perkara pertama yang kami fikirkan ialah untuk mengisi perut. Destinasinya ialah Restoran Kampungku yang terletak berhampiran stesyen Myeongdong, satu stesyen saja dari stesyen Hoehyeon.

Ambil exit 3 untuk ke Restoran Kampungku. Jalan terus ke hadapan dan ambil simpang sebelah kiri. Jarak kira-kira 300 meter saja.

Agak ramai orang pada hari itu dan terpaksa menunggu giliran untuk masuk. Sekarang dah banyak restoran halal yang terletak di jalan yang sama.

Banyak juga tempat yang kami sempat pergi sepanjang berada di Seoul. Cuma untuk kali ini, catatan hanyalah trip ke Pulau Nami saja. Keluar pada jam 9.00 pagi kerana tak mahu bersesak dengan orang yang nak pergi kerja. Kami ambil Gyeongchun line dari stesyen Cheongnyangni untuk ke Gapyeong yang mengambil masa lebih sejam.

Menebeng dulu kat sini untuk berfoto.

Tourist Information Center yang nampak macam belum siap sepenuhnya tapi dah ada pekerja di dalamnya. 

Pekerja di situ beritahu kalau ada empat orang adalah lebih baik untuk naik teksi saja berbanding dengan bas yang kerana tambangnya lebih murah. Lagipun ada banyak teksi sedang menunggu. Bas datang mengikut masa.

Deretan bas-bas pengunjung. Musim luruh adalah waktu yang agak sebuk di Pulau Nami.

Pokok kuning keemasan berhampiran kawasan tempat letak kenderaan.

Selamat datang ke Nami Island. Harga tiket masuk dan tambang feri pergi balik ialah 16K Won.

Pulau yang terletak di tengah sungai.

Masuk ke feri mengikut kumpulan sebagai langkah keselamatan. Feri ini boleh memuatkan lebih dari seratus orang untuk setiap perjalanan.

Tiba giliran kami untuk menaiki feri.

Negaraku tercinta pun ada.

Suasana di sini agak meriah dengan pokok-pokok pelbagai warna. Ada kuning, kuning keemasan, merah dan oren. Pergerakan agak lambat kerana entah berapa banyak foto yang diambil oleh kawan-kawan. Lagipun bukan selalu nak ke sini. Layankan sajalah.  













Sebelum meneroka ke bahagian seterusnya kami singgah makan dulu di Asian Family Restaurant. Restorannya agak besar dan ramai sungguh orang pada hari itu. Ada surau yang besar untuk lelaki dan wanita di bahagian belakang restoran. Konsep makan di sini agak bagus. Selepas pesanan dibuat dikaunter, alat penggera diberikan. Ambil sendiri makanan di dapur dan pulangkan semula pinggan mangkuk yang telah digunakan di dapur juga. Pastikan meja bersih.

Asian Family Restaurant terletak di tengah-tengah perjalanan.

Makanan yang agak ringkas tapi mengenyangkan. Mangkuk besar gedabak. Harganya 15K Won semangkuk. Minuman sejuk disediakan sekali.

Atuk dan nenek yang sporting dan ceria selepas makan.

Malas nak ulas dah. Nikmati saja foto-foto yang sempat diambil sepanjang berada di sini.









Akhirnya sampai di sini. Hantu kopek Pulau Nami jangan dilupa.

Berbaris panjang untuk ke jeti feri. Lama juga menunggu. Nasib baik cuacanya nyaman.

6 comments:

  1. Wow..last saya disini 2016..rombongan ofis..sebab boss besar ikut sekali kami semua rasa macam tak best nak berlama-lama untuk mengambil gambar..hehehehehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jalan dengan boss memang kena jaga perangai.. tak boleh nak over-over. Boleh mengulang lagi tu tuan..

      Delete
  2. Alhamdulillah...Awesome đź‘Ťđź‘Ťđź‘Ťđź‘Ťđź‘Ť...tqvm mie....Dari booking tickets...jĂ di leader yng sgt2 sabar dngn karenah kami smasa di Korea dan hinggalah slmt kembali ke Msia...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ahli group pun sangat sporting.. tqvm semuanya..

      Delete
  3. Aduiii nangis bucu katil lah nekcik terindu kat daun kuning merah oren tu hu hu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terlepas tahun ini.. tahun depan ada lagi.. tabung ayam pun dah penuh masa tu..

      Delete

En/Cik Anonymous... sila tinggalkan nama...