Pada mulanya tarikh sebenar berlepas adalah pada awal bulan Februari, tapi bila disemak semula dengan Travel Agent (TA) hotel yang diberikan agak kurang memuaskan lokasinya. Jadi TA berikan opsyen lain iaitu berangkat sebulan lebih awal dengan lokasi hotel yang lebih baik. Harga pakej pun boleh dianggap paling murah iaitu kurang RM7K berbanding pakej dari TA lain yang lebih mahal. Suhu harian di sana pun sangat-sangatlah nyaman.
Untuk pergerakan dari Madinah ke Mekah diberikan dua pilihan sama ada dengan bas atau dengan kereta api laju HSR. Kami pilih HSR dengan sedikit caj tambahan. TA yang kami ikuti memang ramai jemaahnya. Satu kapal terbang habis diborongnya iaitu sebanyak tujuh kumpulan. Satu kumpulan terdapat antara 35 hingga 40 orang jemaah.
Untuk menempah slot Umrah dan memasuki Raudhah perlu dibuat semasa di Malaysia lagi. Slot Umrah ditempah lebih dahulu kerana itulah tujuan utama kita ke sana. Kalau tak dapat slot susah jadinya nanti.
Tempoh : 7 - 19/1/2023 (13H 10 M)
Travel Agent : Tiram Travel
Penerbangan : AMAL by MAS (KUL - MED & JED - KUL)
Penginapan : Madinah (Movenpick) Mekah (Al Safwah)
Suhu Terendah : 7⁰C di Madinah
Suhu tertinggi : 24⁰C di Mekah
Apps yang digunakan : Nusuk
Hotel Movenpick Madinah berada di penjuru kanan Masjid Nabawi. Antara hotel yang terdekat dengan masjid terutama untuk jemaah wanita.