Wednesday, March 22, 2023

Bangkok Sepintas Lalu

Rancangan asal cuma nak pergi ke Hat Yai saja, tapi anak yang nak ikut trip ini cakap dia dah selalu ke sana sebab dulu belajar di Perlis. Dia cadang pergi saja ke Bangkok sebab dia pun belum pernah ke sana. Jadi kita ikutkan saja. Dapat tiket yang agak murah walaupun tempoh booking yang agak singkat.

Dapat tiket pada jam 6.50 pagi jadi jam empat pagi dah terpaksa bergerak untuk ke Klia2. Walaupun masih awal pagi tapi Klia2 sekarang dah semakin meriah. Berlepas ikut waktu tapi sampai di Bangkok masih terasa masih pagi sangat kerana waktu di Thailand sejam lewat dari Malaysia.

Berlengah-lengah dulu di airport sambil mencari sim card. Selesai semuanya barulah bergerak ke hotel untuk tinggalkan beg. Boleh check in dan dapat nombor bilik tapi kena tunggu jam tiga petang untuk masuk. 

Penginapan kami selama tiga malam di Bangkok. Hotel ini disambungkan terus dengan stesyen BTS Skytrain Ratchatewi melalui tingkat dua. Jadi bila kita keluar masuk hotel tak perlu melalui lobinya.

Bilik yang agak selesa dan bersih.

Kalau ikut waktu Thai masa ni baru jam sebelas pagi tapi perut dah mula lapar sebab ikut waktu Malaysia. Kami bergerak dengan teksi saja kerana kami berempat dan seorang baby. Tambangnya lebih murah berbanding menggunakan skytrain. Tambang terendah untuk satu stesyen ialah Thb17 (RM2.20). 

Mahboonkrong atau MBK Center terletak cuma satu stesyen saja dari stesyen Ratchatewi. 

Tempat makan paling ramai dikunjungi oleh orang Malaysia. Terletak di tingkat lima berhampiran pejabat imigresen Thailand.

Sedapnya makanan di sini, sampai dua kali kami mengulang.

Model tuktuk yang ditempatkan di ruang legar. Tuktuk sebenar yang ada taklah sepanjang ini. Tak sekalipun ambil tuktuk semasa di Bangkok kerana tambangnya lebih mahal dari teksi walaupun jaraknya agak dekat.

BTS Skytrain di Bangkok menggunakan sistem kad bukan token macam tempat kita.

Meronda-ronda dulu di sini sebelum sampai waktu check in. Dapat kunci terus melepak sementara menunggu waktu untuk makan malam sebab bangun paginya pun jam tiga untuk bersiap-siap. Keluar semula jam enam petang. Kali ini kami nak cuba menaiki skytrain dan berhenti di stesyen Siam. Stesyennya agak besar dan sibuk kerana dua laluan skytrain berhenti di sini iaitu Silom line dan Sukhumvit line.  Kami ke Siam Paragon pula. Di situ ada satu-satunya kedai makanan halal yang terletak di dalam kawasan medan seleranya. 

Kedai makanan Jeerapan.

Tak banyak pilihan makanannya.

Tempat ini mirip kawasan Bukit Bintang di KL dengan banyak shopping kompleks dan tempat anak-anak muda melepak.

Sempat singgah di 7 Eleven sebab terpengaruh dengan cakap-cakap orang yang mengatakan ada banyak makanan halal yang boleh didapati di sini. Beli beberapa burger siap pack dengan minuman sekali. Boleh juga buat sarapan esok pagimya.

Burger yang ringkas tapi sedap.

Kopi Arabus yang ada pelbagai rasa.

Aktiviti hari ini ialah sesi membuang duit Baht yang dah semakin tinggi nilainya berbanding ringgit Malaysia. Kali ini kami naik skytrain di laluan Sukhumvit dan berhenti di stesyen Mo Chit. Tak perlu tukar train dari stesyen Ratchatewi.

Pintu masuk utama ke Chatuchak Weekend Market. Ada banyak laluan masuk untuk ke sini.

Sampai-sampai saja terus menempah cover passport untuk beberapa ahli keluarga di sini. Harganya Thb100 saja siap buat nama dan satu logo pilihan. Bag tag juga boleh ditempah di sini.

Nak makan tak susah kerana ada satu restoran halal di sini iaitu Saman Islam. Lokasinya betul-betul berhampiran dengan satu batu tanda di tengah-tengah kawasan ini.

Waktu tu baru jam sebelas pagi jadi kami ambil pulut mangga untuk mengisi perut. Ada juga yang memlih untuk makan Pad Thai.

Petangnya cadang nak naik cruise sungai Chao Phraya tapi sampai ke jeti sudah kepetangan. Memang tak sempat untuk buat satu trip dan patah balik ke jeti. Tapi di jeti ini ada disediakan boat shuttle khas untuk ke pusat membeli belah IconSiam. Tak perlu bayar, jadi kami ambil keputusan untuk ke sana saja. Untuk ke sini kami ambil Silom line dan berhenti di stesyen Saphan Taksin. Stesen ini tidak mempunyai eskalator mahupun lif dan skytrainnya berada searas tiga tingkat bangunan. Jadi kami turunlah perlahan-lahan hingga semua orang habis turun.

Stesyen Saphan Taksin di Silom line.

Shuttle boat untuk ke IconSiam terletak di bahagian paling hujung jeti.

Perjalanan mengambil masa lebih kurang sepuluh minit saja.

Ramai yang menunggu di jeti untuk balik ke Saphan Taksin. IconSiam ini merupakan tempat membeli-belah yang agak premium ala-ala Pavilion KL kerana terdapat banyak kedai jenama terkenal.

Ada show Mat rock Siam pulak petang tu.

Apa yang kami tak sangka ialah ada terdapat banyak kedai makanan halal di sini dan kebanyakan pekerjanya boleh berbahasa Melayu. Memang kekenyanganlah kami di sini. Harganya makanannya pun tak mahal mana.

Sook Siam ini terletak di aras lantai. Selain tempat makan ada banyak kedai cenderamata di sini. Butik-butik mewah terletak di tingkat M ke atas.

Antara deretan kedai-kedai makanan halal.


Untuk balik kami pilih untuk naik skytrain. Malas nak memanjat tangga dengan ada budak kecik lagi. Stesyennya boleh di akses melalui tingkat M. Kedudukannya berada di belakang iaitu yang bertentangan dengan sungai. Train di sini pendek saja laluannya dan terus dihubungkan ke Sukhumvit line iaitu di stesyen Krung Thonburi. 

Petunjuk laluan menuju ke stesyen IconSiam. Tak terasa sangat seperti di Thailand kerana kurangnya penggunaan tulisan Siam di sini.

Rancangan hari seterusnya ialah ke Maeklong Railway market. Lokasinya agak jauh di luar kota Bangkok. Untuk ke sini kami pergi naik teksi saja. Mulanya pemandu teksi nak caj Thb2000 untuk perjalanan pergi balik tapi kami nego hingga dapat Thb1700 saja.. Perjalanan mengambil masa lebih sejam untuk ke sana. Ada pengangkutan awam lain untuk ke sana tapi leceh pula rasanya sebab banyak tukar kenderaan. Seeloknya jika nak ke sana pastikan dulu waktu train berlepas atau sampai jadi taklah banyak membuang masa menunggu.



Kaunter jualan tiket.


Menunggu kereta api sampai.

Mengikut ceritanya, pasar ini telah wujud terlebih dahulu. Pemerintah buat keputusan untuk membuat rel keretapi dicelah-celah bangunan di situ tapi peniaga tak mahu berpindah. Maka terjadilah railway market yang telah menjadi satu tarikan pelancong.

Acah-acah baru sampai.

Malam terakhir kami meninjau satu pasar malam yang terletak lebih kurang 5 km dari hotel. Naik grab untuk ke sini dengan caj Thb200. Pasar malam ini terletak di kawasan elit sikit kerana di kelilingi banyak kondo. Yang bagusnya tiada kesesakan sebab mungkin tidak dibenarkan membawa kenderaan persendirian ke sini.

Jodd Fair night market. Ada saja tepat makanan halal di sini.

Pad Thai udang galah.

Pulut mangga lagi.

Esoknya sebelum balik sempat lagi makan di MBK Center. Kali ini kami makan di Chaolay Restaurant. Seperti di tempat lain pelayannya boleh berbahasa Melayu. Restoran ini di aras lantai. 


Trip kali ini lebih kepada JJCM nampaknya.

Masa cadang nak ke Bangkok kami dah buat keputusan tak nak pergi ke mana-mana wat. Tapi terkilan juga sebab tak sempat nak ke floating Market dan Mahanakorn Tower yang merupakan bangunan ikonik di kota Bangkok ini

Selamat tinggal Bangkok.

15 comments:

  1. makan2 aktiviti best di Bangkok...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setuju.. harganya pun berpatutan.. tomyamnya pun memang next level..

      Delete
  2. Bila nak repeat x tau..SA suka pi sini food hunting...Haatyai pun suka

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hat Yai pun best utk lokasi JJCM.. pernah ke sana dua kali..

      Delete
  3. Tak sampai Bangkok lagi. Suka tengok makanan sana, memang semua kata sedap.

    ReplyDelete
  4. Salam kenal..ha ha ..kotlah dah terlupa hi hi...

    ReplyDelete
  5. Salam kenal Paklang....kotladah lupa kan

    ReplyDelete
  6. ciku tak penah lagi sampai bangkok..nnt ciku baca blog ni sampai abis.hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hari ini 12/6 Airasia mula buat sale free seat.. boleh grab tu

      Delete
  7. 2 kali ke bangkok tapi masih tak dpt nak explore habis lagi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pun dah dua kali ke Bangkok tapi masih tak dapat pergi banyak tempat.. lebih kepada jjcm je..

      Delete
    2. Yeayyy dia dah reply akhirnya hahaha.. Jom update blog...

      Delete
    3. Sama lah dulu first time sebab nak balik Malaysia tapi turun Bangkok sebab lagi murah dri turun KLIA

      Delete

En/Cik Anonymous... sila tinggalkan nama...