Thursday, November 9, 2023

Bukittinggi dan Padang, Sumatera Barat

Ini adalah birthday trip sempena ulangtahun kelahiran yang ke xx pada bulan Oktober 2023 lepas. Kali ini ambil pakej saja kerana jalan perhubungan di sini agak sukar. Jadi kita rilek-rilek saja. Berlepas jam 7.45 pagi dan sampai di Padang jam 7.55 pagi. Cepatnya lima minit dah sampai. Taklah secepat itu kerana perbezaan masa antara Malaysia dan Sumatra Barat ialah satu jam. 

Kita layan foto-foto saja untuk trip kali ini sebab memang sekarang ni semakin malas nak memblog. Ada banyak tempat persinggahan untuk tujuan membeli hasil-hasil kerja masyarakat di sini tapi kita skip saja fotonya untuk kali ini.

Minangkabau International Airport, Padang, Sumatra Barat.

Sempat ke sini dulu sebelum menaiki bas.

Kami disinggahkan di sini untuk bersarapan pagi.

Air Terjun Lembah Anai tempat perhentian pertama. Lokasinya betul-betul di tepi jalan raya antara Padang ke Bukittinggi, jadi mudah untuk naik ke sini. Ketinggiannya kira-kita 35 meter. Terdapat banyak kedai-kedai di sepanjang tepi jalan dan keadaannya agak berserabut. Tak ada orang mandi di sini kerana airnya agak dalam.

Seterusnya ke Muzium Bustanul Arifin yang merupakan Pusat Dokumentasi dan Informasi Kebudayaan Minangkabau @ PDIKM yang terletak di Kota Padang Panjang. Di sini sesiapa yang mahu mencuba pakaian tradisi masyarakat Minangkabau boleh menyewanya dengan sedikit bayaran dikenakan.

Muzium ini diperbuat daripada kayu tanpa sebarang paku. Bumbung runcing mendominasi langit di sekitar kawasan ini. 

Tinggi betul orang Minang ni eh..

Kawasan dalamannya. Banyak info ada disediakan. Orang yang minat sejarah dan budaya boleh habiskan banyak masa di sini.

Antara rumah-rumah lain di kawasan ini.

Lokasi Ngarai Sianok ini terletak dalam kawasan Kota Bukittinggi. Ianya seumpama Grand Canyon di USA tapi versi Indonesia. Dulunya kenderaan boleh turun hingga ke bahagian bawah tapi kini tidak lagi.

Cuaca pun agak berjerebu.

Di bawahnya ada aliran sungai tapi terlindung.

Foto 12 tahun dulu di bahagian bawah Ngarai Sianok.

Terowong Lubang Jepun juga berada dalam kawasan ini. Ini adalah laluan masuk dan keluar di bahagian hujungnya. Bayaran di kenakan untuk memasuki terowong ini.

Esok paginya melawat rumah aktivis kemerdekaan Indonesia saudara Bung Hatta. 

Sekitar kawasan rumahnya.

Selepas itu ke rumah kelahiran Buya Hamka di Kampung Sungai Batang di pinggir Tasik Maninjau. Jalan ke kampung ini melintasi gunung dengan jalan yang berliku-liku di panggil kelok 44. 

Tasik Maninjau hasil dari letusan Gunung berapi.

Berhenti rehat di kawasan puncak.

Udara agak nyaman di sini dan ada juga kebun stroberi.

Selepas melawat dua rumah tu adalah berhenti dibeberapa lokasi lain seperti tempat memproses tebu dan juga barangan perak. Acara terakhir petang itu ialah menbeli belah di kawasan Menara Jam. Pengunjung terlalu ramai di kawasan dataran menara jam ini. Nasib baik suhu agak nyaman. Masa cuma dua jam diberikan di sini. Rugi sebab tak sempat nak pergi ke semua ceruk. Banyak buang masa di tempat-tempat yang bukan-bukan.

Rakyat tempatan memenuhi dataran jam.

Menara jam tersohor di Kota Bukittunggi.

Hari ketiga selepas check out kami disinggahkan ke satu tempat mengopi. Apa yang menariknya ada teh yang diperbuat dari daun kopi selain kopi biasa. Air diletak di dalam tempurung kelapa dan beralaskan sepotong buluh supaya tempurung tak tergolek.

Layan diri dan gratis saja.

Makan dengan pisang jantan goreng. Di Malaysia ada ke pisang jantan ni..

Istana Besar Pagaruyung merupakan tempat persinggahan wajib bila ke sana.

Maskot-maskot di sini. Bayarlah seikhlas hati. Kesian berpeluh-peluh budak-budak tu kepanasan.

Bersama sahabat-sahabat yang lama ku tinggalkan.

Masuk ikut pintu hadapan dan ini adalah jalan keluar melalui pintu belakang. Banyak gerai cenderamata di sini.

Rangkiang, model rumah tempat menyimpan benih padi.

Ada orang menjual buah jambu ini di laluan keluar. Macam jambu bol tapi agak bujur sikit. Terus kecur air liur. Rp15K sepeket. Pokoknya yang sedang berbunga juga ada di kawasan ini.

Berhenti rehat di Tasik Singkarak.

Berbeza dengan Tasik Maninjau yang terhasil dari letusan gunung berapi, tasik ini terhasil dari gerakan tektonik. Semasa gempa bumi pada tahun 2009, airnya melimpah hingga ke jalan raya.

Hotel Minangkabau tempat penginapan kami di Kota Padang. Hotel yang agak lama tapi biliknya besar.

Hotel Minangkabau rosak teruk semasa gempa 2009 dulu.

Hari keempat selepas check out kami bergerak ke Pantai Batu Manis untuk melihat kesan dari cerita legenda Malin Kundang. Lokasinya terletak di bahagian selatan kota Padang, tak jauh dari Pelabuhan Teluk Bayur. Generasi lama tentu tahu tentang lagu Teluk Bayur nyanyian Ernie Djohan  yang agak popular suatu ketika dulu.

Pantai Batu Manis.

Malin Kundang yang telah disumpah menjadi batu oleh ibunya. Benar atau dongeng..

Banyak ATV untuk disewa.

Pulau Pisang tapi dipenuhi pokok kelapa.

Sempat naik becar motor ini untuk ke Pulau Pisang. Kebetulan air surut jadi dapatlah naik sekejap. Kalau air pasang memang tak dapeklah. Rp50K untuk satu beca motor ini.


Tempat persinggahan terakhir hari ini ialah di Masjid Raya Kota Padang sebelum ke airport. Masjid yang agak berbeza dengan masjid tradisi yang biasa. Berbumbung tajam di empat penjurunya. Sangat besar dan unik binaannya. Boleh memuatkan sehingga dua puluh ribu jemaah. Siap dibina pada tahun 2014.

Di Indonesia kebanyakan menaranya terletak berasingan dengan masjid terutama masjid yang besar.

Ini sajian makanan kami setiap hari untuk makan tengah hari dan malam. Lagu Ayam Den Lapeh paling kerap di nyanyikan oleh buskers di sana terutama di tempat makan.

Minuman isotonik berasaskan air kelapa yang sangat sedap. Bolehlah mencuba bila ke sana.

7 comments:

  1. Macam minangkabau dah rupa nya.. Pisang jantan tak pernah dgr lagi..btw happy birthday ..untung sambut di oversea hihii..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sumatra Barat memang wilayah majoriti orang Minangkabau. Sedap pisang Jantan tu.. Sesekali bday kat obersi.. hehe

      Delete
    2. lepas sekali kasi jadi kali kedua la pulak :D

      Delete
  2. Replies
    1. Sekali dua makan ok lah.. tapi empat hari dah mula teringat makanan kita juga..

      Delete
  3. Best best. Rindu nak ke sana lagi. Food sedap2. Happy Birthday.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Makanan memang bersesuaian dengan selera kita... TQ

      Delete

En/Cik Anonymous... sila tinggalkan nama...