Sampai dari Kuantan pada sebelah petang. Lepas siap makan malam terus masing-masing memilih untuk berehat saja. Esok paginya keluar ke Pekan Sehari Temerloh untuk mencari sarapan pagi. Pekan sehari di Temerloh ini dikatakan sebagai pekan sehari yang paling panjang di Malaysia. Kedudukannya memanjang di tepi Sungai Pahang berhampiran Temerloh Esplanade.
Meriah dengan orang ramai sebab hari Ahad. Rambang mata tengok bermacam-macam makanan yang sedap-sedap. Sesetengah tu memang tak penah jumpa pun di tempat lain.
Temerloh bandar ikan patin.
Lepas check out hotel pagi tu misi seterusnya ialah ke Amani Vanilla Farm yang terletak tidak dari dari bandar Temerloh. Kami sampai agak awal dan pintu pagarnya masih belum dibuka lagi. Tempat ini tiada bayaran masuk dan dibuka mulai jam 11.00 pagi.
Kenderaan tidak dibenarkan masuk. Tempat letak kenderaan ada disediakan di seberang jalan.
Tour guide sedang menyemak itinerary.
Papan tanda semasa menyertai pameran MAHA.
Sebelum masuk ke dalam kawasan ladang kita akan melalui kaunter dulu. Digalakkan terus untuk membuat pesanan makanan di sini. Lagipun dah masuk jam sebelas lebih sesuailah untuk mengalas perut. Banyak disediakan tempat duduk di bahagian dalam. Makanan akan dihantar apabila siap.
Ada juga aktiviti menunggang ATV bagi yang berminat.
Ada banyak pilihan makanannya. Yang berat-berat pun ada.
Aiskrim yang menggunakan vanilla dari ladang ini.
Tempat berfoto.
Pokok yang sedang membesar.
Pokok vanilla adalah dalam kumpulan keluarga orkid.
Yang ini macam dah nak mula berbuah.
Anak-anak pokok untuk jualan. Sepokok berharga RM35.00 saja.
Buah pokok vanilla yang ditinggalkan untuk ditunjukkan kepada pengunjung.
Sesiapa berminat bolehlah singgah ke sini bila ke Temerloh nanti.
hi hi PLM hehe ingat lagi kite ke dak ? lama sngat x singgah n sendiri pun tak update blog. mooood mmg hilang terus. apa khabar ?
ReplyDeletekalau nampak tepi jalan pkok ni mmg ingat pokok orked pun. rupanya 1 fam.. wangi vanilla la ade situ manis2 gituu baunya.
byee nanti kite singgah lagi =D
Ofkos la ingat.. Sekarang ni banyak negara dah dibuka utk dilawati.. takkan nak tengok aje CT..
DeleteOhh macam tu pokok vanilla ya. Temerloh memang best pergi hari ahad
ReplyDeleteSpesis orkid vanilla ni..
DeleteKat sini ada jual produk vanilla jugak ke? Macam vanilla ekstrak ke. Produk y boleh bawak balik.
ReplyDeleteBaru tau di Malaysia ada vanilla farm. Agak-agak bunga vanilla bau macam vanilla yang kita guna untuk baking tu ke?
ReplyDeleteTgk smpai juling mata.. Mana buah vanila nyer hahahahaa.. Best jugak tmpt ni..
ReplyDeleteKat foto second last tu ada buahnya.. seakan-akan daun..
Delete