Bangun pagi salji dah mula menebal di sekeliling hotel. Tak perasan pun bila turunnya salji malam itu. Perjalanan ke Iseltwald masih boleh menggunakan jalan biasa iaitu jalan yang agak lebih dekat. Selepas itu langsung ke Lauterbrunnen dan Interlaken. Tapi perjalanan baliknya, jalan itu dah tak boleh dilalui kerana salji terlalu tebal. Jalan alternatif ialah melalui bandar Bern yang jaraknya dua kali ganda jauhnya.
Di Iseltwald masih belum bersalji, baru rintik-rintik.
Perhentian pertama hari ini ialah Iseltwald iaitu sebuah kampung kecil yang terletak di tepi Tasik Brienz. Tempat ini pernah menjadi lokasi penggambaran K-drama, Crash Landing On You.
Ada sebuah jeti yang pernah glamer suatu ketika dulu. Berbaris orang nak berfoto di situ. Pihak pengurusan mengambil kesempatan dengan mengenakan bayaran CHF5 untuk masuk. Bayaran boleh dibuat di terminal yang disediakan. Sekarang jeti ini seakan dah jadi sendu.
Switzerland adalah sebuah negara yang banyak tasik. Mengikut data, ada lebih 1500 buah tasik di negara ini dan semuanya boleh dikatakan cantik dan bersih airnya.
Ada juga tempat penginapan untuk yang berhajat.
Rumah-rumah penduduk di sini.
Perjalanan diteruskan untuk ke Lauterbrunnen.
Jarak dari Iseltwald ke Lauterbrunnen lebih kurang 20 km.
Tarikan utama di sini ialah air terjun Staubbach yang mengalir terus dari tebing tinggi.
Pada musim sejuk, aliran airnya agak kecil.
Walau tinggal dahan dan ranting tapi masih nampak cantik.
Kawasan motorhome dan caravan.
Jalan-jalan hingga ke hujung kawasan.
Saki baki autumn.
Perjalanan diteruskan untuk ke Interlaken dengan kereta api. Bas menunggu di sana. Kereta api berlepas setiap setengah jam. Jarak perjalanan lebih kurang 12 km saja. Di Interken terdapat dua buah tasik yang besar tapi tak dapat pun nak ke situ kerana salji yang agak lebat dan agak sukar untuk berjalan.
Stesyen kereta api Lauterbrunnen.
Pemandangan dalam perjalanan.
Sampai di Interlaken lima belas minit kemudian. Salji dah mula turun. Dari stesyen keretapi kami berjalan ke sebuah restoran halal untuk makan tengah hari.
Salji dah mula lebat.
Menu yang ringkas untuk makan tengah hari. Ada ruang solat yang agak selesa di restoran ini.
Selesai makan, bila keluar nampak jalan dah mula dilapisi salji.
Memang dah tak ada ke mana-mana selepas itu. Adalah sekejap menyinggah kedai untuk mencari sedikit souvenirs. Terpaksa balik agak awal lebih kurang jam empat petang kerana dijangkakan akan mengambil masa yang agak panjang untuk ke hotel di Lucerne. Bas berhenti di sebuah stesyen minyak berhampiran bandar Bern untuk sesiapa melepaskan hajat. Di stesyen minyak ini ada kedai serbaneka dan cafe. Dapatlah juga menghangatkan badan.
Boleh bayar dengan kad di sini.
Jalan sesak teruk.
Jalan menuju ke hotel yang dipenuhi salji. Nasiblah tak berapa licin kerana masih baru
Mengambil masa lebih enam jam untuk sampai di kawasan hotel. Banyak kereta dan lori tersekat di sepanjang perjalanan. Jalan ke hotel pun dah tak boleh dilalui kerana ada beberapa buah lori yang tersekat. Jarak ke hotel ada lebih kurang 300 meter lagi. Terpaksalah berjalan mengharungi salji yang tebal.
Allahuakbar tebalnya salji.. mungkin sbb itulah Allah tak turunkan salji di Malaysia.. cuaca panas & hujan spnjg tahun pun dah cukup menduga dgn kemarau & banjir.. tapi seronoklah bila travel di kwsn yg ada juga restoral halal..
ReplyDeleteSalji tebal sangat pun cukup menduga kesabaran.. baju kena tebal.. jalan perlu berhati-hati.. tapi sesekali merasa, seronok juga sebenarnya. Tak banyak restoran halal di sana.. kalau ada pun memang keras harganya..
DeleteCantik semua foto. Best baca trip ni. Thanks for sharing.
ReplyDeleteTapi warna kurang meriah sebab dah memutih sana sini..
Delete