Monday, February 3, 2025

Switzerland - Mount Titlis | Lucerne | Zurich

Tempat lawatan terakhir hari ini ialah ke Mount Titlis di Engelberg serta bandar Lucerne untuk membeli sedikit barangan kerana esok paginya memang dah tak ke mana-mana dan terus bergerak ke airport Zurich. Salji semakin menebal di sekitar hotel.


Suasana di persekitaran hotel.

Bas kami pun turut tertimbus salji.

Perjalanan ke Mount Titlis agak lancar walaupun bergerak dengan kelajuan sederhana. Jaraknya pun tak begitu jauh cuma lebih kurang 40 km saja. 

Antara tempat penginapan di sini.

Ramai orang yang datang dengan bas berbanding kereta.




Bangunan yang menempatkan kaunter tiket dan kereta kabel.

Kami dapat tiket berharga lebih kurang RM450 untuk kumpulan bagi perjalanan pergi balik. Kalau pergi secara persendirian tiketnya lebih mahal.



Bendera Malaysia antara yang terpilih. 

Mount Titlis di ketinggian 10 ribu kaki.

Tahan sejuk SRK ni. Dah bertahun kat situ. Suhu paling sejuk di atas ialah negatif 16 darjah Celsius.

Ada ruang solat yang selesa.

Sebenarnya ada beberapa aktiviti yang boleh kita buat di atas sana tapi bagi kami yang dah warga senior ni lebih banyak menghabiskan masa di dalam bangunan. Antaranya ialah masuk ke glacier cave dan cliff walk. Sementara menunggu yang lain-lainnya kitaorang makan-makan dulu bekalan yang dibawa. Ada banyak meja yang disediakan.

Ada lebih kurang tiga jam kami di sini.

Perjalanan diteruskan ke bandar Lucerne.

Lecerne terletak di tepi tasik Vierwaldstatter.

Kapellbrucke atau Chapel bridge, jambatan ikonik di Lucerne.

Sempat berjalan hingga ke hujung sebelah sana. 

Panjang jambatan ini ialah 205 meter. Pernah terbakar pada tahun 1993 yang memusnahkan dua pertiga daripadanya. Baikpilih dilakukan dan ianya dibuka semula pada tahun 1994. Jambatan ini adalah untuk pejalan kaki sahaja dan merupakan jambatan kayu yang tertua di Eropah.

Foto Google.

Casagrande kedai tempat menjual barangan cenderamata. Di aras bawah kebanyakannya barangan mewah. Untuk barangan seperti T-Shirt dan lain-lain ada di aras tiga. Harga memang keras tapi kena beli juga untuk yang yang di rumah. Sehelai T-shirt tanpa kolar harganya CHF23 (~RM120) ke atas. Memang guna CC saja di sini. Kebanyakan cashiernya berasal dari India, Thailand dan China.

Ronda-ronda di luar selepas selesai urusan di situ.









Esoknya selepas sarapan di hotel terus check out dan bergerak ke airport Zurich. Memang tak sempat langsung untuk melawat sekitar Zurich sebab penerbangan ke Istanbul agak awal pagi.

Turkish Airlines ZRH - IST.

Makanan yang disediakan dalam penerbangan. Agak kurang mengenyangkan. 

Transit di Istanbul selama sejam setengah. Agak risau juga takut tak sempat untuk menyambung penerbangan. Tapi itulah masa yang diberikan Turkish Airlines. Maklumlah ramai warga senior dalam trip ini dan berjalan pun selalu tertinggal. Nasib baik penerbangan tertangguh 45 minit. Alhamdulillah selamat semuanya sampai di KLIA.

No comments:

Post a Comment

En/Cik Anonymous... sila tinggalkan nama...