Saturday, January 18, 2025

Switzerland - Rhine Falls | Bern

Malam tadi kami menginap di Lustenau, Austria. Macam biasa setiap hari pada jam 7.00 pagi pergi bersarapan dulu sebelum check out. Cuaca agak mendung. Apabila turun semula ke lobi salji dah mula turun dengan agak lebat. Menurut staf hotel, salji turun agak awal tahun ini (Pertengahan Nov 2024).

Hari pertama salji turun di Austria. Kawasan yang diliputi pun masih nipis lagi.


Hari ini baru nak masuk ke negara Switzerland. Dua tempat lawatan hari ini ialah Rhine Falls dan ibu negara Switzerland iaitu Bern.

Melintasi sempadan negara di antara Austria dan Switzerland.

Sampai di kawasan Rhine Falls setelah menempuh perjalanan satu jam lebih. Apa yang menariknya, cuaca di sini agak cerah dan tiada tanda-tanda langsung salji akan turun. Orang pun tak berapa ramai pada hari itu. Sebelumnya TL beritahu jika kita nak makan makanan Malaysia, dia akan buat tempahan dengan orang Malaysia yang tinggal di Jerman. Lokasinya tak jauh dari sini. Hampir kesemuanya membuat tempahan.

Kaunter tiket untuk masuk ke kawasan Rhine Falls. Harga tiketnya CHF5 ~ RM25.

Langit yang cerah.

Turun ke bahagian bawah dengan menggunakan lift.


Rhine Falls yang terletak di Sungai Rhine.

Kelihatan lebih kepada jeram yang besar berbanding air terjun yang biasa.

Sungai sepanjang 1232 km ini mengalir ke beberapa negara dan berakhir di Netherland.


Dari kawasan yang paling hampir di bahagian bawah.


Ada banyak meja makan yang disediakan di sini. Kedai cenderamata pun ada tapi harga barang-barangnya agak keras. Sekeping Fridge magnet harganya hampir RM30. Sambarlah juga sekeping dua.

Nasi ayam yang sedap. 

Selesai sesi di air terjun, waktu pun dah hampir tengah hari. Pesanan nasi dah pun sampai. Harganya 16 Euro (RM75). Penghantarnya dua orang wanita Malaysia yang tinggal di Jerman. Suami masing-masing bertugas di sana.


Air terjun di Sungai Rhine.

Perjalanan diteruskan untuk ke Bern, ibu negara Switzerland yang mengambil masa hampir dua jam. Bern mendapat namanya dari haiwan beruang. Bern adalah bahasa Jerman lama bagi Bear. 

Pemandangan sebahagian dari bandar Bern dari tempat letak bas.

Bear Park yang terletak berhampiran tebing Sungai Aare. 

Terdapat beberapa ekor beruang di sini. Kami hanya pandang dari bahagian atas saja. Pelawat dibenarkan masuk ke bahagian bawah untuk melihat dengan lebih dekat. Tiada bayaran dikenakan dan tempat ini dibuka sepanjang tahun.


Bern merupakan sebuah bandar lama.

Pengangkutan utama di Bern adalah bas panjang dan juga tram.


Mechanical clock tower di penghujung jalan utama.

Zytglogge, dibina pada tahun 1405 dan merupakan mercutanda yang bersejarah.

Kotanya tak sibuk tapi banyak kereta mewah.

Berpatah balik semula ke pangkal jalan.

Malam itu kami menginap di pinggir kota Lucerne.

Sampai di hotel untuk sebelum malam. Perjalanan agak lancar sebab salji belum turun lagi. Check in di sini untuk tiga malam. Barulah best tak pindah-pindah hotel.

No comments:

Post a Comment

En/Cik Anonymous... sila tinggalkan nama...