Tuesday, March 17, 2015

Guangzhou > Hong Kong > Shenzhen Pt 6 - Disneyland, The Peak dan Mongkok Night Market

Delay beberapa jam di Guangzhou menyebabkan itinerary yang disediakan tak dapat dipenuhi. Rancangan asal untuk hari ini ialah berjimba seharian di Seaworld. Tapi terpaksa dibatalkan kerana kami hendak ke beberapa tempat lain yang kami sepatutnya pergi semalam. Nasib baik tiket ke Seaworld tu kami tidak booking lebih awal.

Hari ini kami cuma nak ronda sekitar Disneyland, The Peak dan Mongkok night market. Agak susah nak cover banyak tempat kerana kumpulan kami agak ramai dan keupayaan berjalan sesetengah ahli rombongan yang agak terbatas.

Bila di Hong Kong jangan lupa beli Octopus Card iaitu kad prabayar untuk pengangkutan awam untuk memudahkan pergerakan. Harga minimum HK$150 saja untuk deposit dan nilai kad. Boleh refund bila nak keluar dari Hong Kong nanti jika berbaki.

Sunny Bay metro station.

 Koc ini kami yang punya.


Orang pun masih tak ramai lagi.

Stesyen metro Dsneyland.








Selesai ronda-ronda kat Disneyland, kami bergerak ke stesyen Admiralty untuk ke The Peak pula. Dari sini kami ambil tiga buah teksi untuk ke sana. Agak cepat berbanding jika berjalan ke stesyen tram dan menunggu giliran untuk naik ke atas. Tambangnya di bawah HK$50.










Di sini pun sudah ada trick eye museum.

Dari the peak kami turun dengan menggunakan bas double decker. Bas ini bermula dari town tapi tak tahu dari mana tempat naiknya. Cuma perhentian terakhir memang di The Peak. Walaupun bas ini dua tingkat tapi bila turun selamba je dia orang pandu laju-laju padahal jalannya banyak selekoh tajam. Rupanya tempat perhentian terakhir bas ini ialah berhampiran dengan jeti star ferry. Ini sudah baik sebab senang kami nak balik ke Tsim Sha Tsui. Ada banyak jeti di sini, jadi kenalah berhati-hati jangan sampai tersalah naik feri.
 
Bas berakhir berhampiran jeti.


Jeti star ferry di Kowloon.

Balik dulu ke bilik sebelum menyambung semula rondaan di Mongkok night market pada sebelah petangnya.
 
Padat dengan manusia.
 
Banyak pilihan barangan di sini.
 
Balik dari Mongkok, sempat lagi menyinggah di Goodyear perfume center untuk menambah koleksi.

44 comments:

  1. Salam PLM..wah ni sah peminat tegar perfume..
    Nak tanya berapa lama dalam Disneyland tu?dapat cover tak main game kat sana semua?

    ReplyDelete
    Replies
    1. OR yang suka sebenarnya...Cik Nun, kami tak masuk pun Disneyland tu sebab ramai yang sekerunya dah longgar. Kalau masuk memang ambil masa seharian...lebih2 lagi hujung minggu.

      Delete
    2. hihihi kelakar.. eeeh tumpang nyampuk =P

      Delete
  2. Replies
    1. Masih agak awal lagi... itu yang tak berapa nak ada orang...

      Delete
  3. Dah lama teringin nak turun/naik the peak guna bas tu tp asyik la bwk kwn2 dorg semua vote naik tram..huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Naik tram memang sekejap boleh sampai atas... tapi tempoh menunggu tu yang tak sanggup... Naik bas pun best...lebih2 lagi kalau duduk kat atas...

      Delete
  4. wah...PLM enjoy sakan....mesti terasa muda sangat ...hi3.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kami tak masuk pun Disneyland tu en Din...sebab terasa dah tua...hehe

      Delete
    2. ni mesti abe MKL tgk gambar tanpa baca kan...heheeh

      Delete
  5. bila baca entri PLM teringat kenangan lalu semasa di sana..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bolehlah en Din menguulang lagi ke sana dengan keluarga pulak...

      Delete
  6. kalo CT semua semua tu nak masuk ehehe.. disneyland.. madame tussauds wajib..!! CT nye impian nak masuk semua madame tussauds ehehe.. sayang kat shanghai x masuk. kwn2 tanak.. huurm..

    isk cantiklah kat the peak.. bila ni nak smpai hongkong.. huurm..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Orang muda memang punya tenaga dan semangat yang menyala2... CT joinlah Cik Nun tu ke Hong Kong...

      Delete
    2. haaah ? Cik Nun nak p Hong Kong ? awat dia tak habaq mai kat ceq hahaha..
      ni ceq nak merajuk ahaha.. huurm best jugakkan.. tak pernah rancang ke Hong Kong..

      Delete
    3. Lepas gi Koya nanti... bolehlah plan ke Hong Kong pulak CT...

      Delete
    4. haaaaaa ? kering laaa poket macam ni hahaha..

      Delete
  7. Assalam Yeop
    Kene ambik 3 buah teksi tuh !! Haha.. patutnya masa ni la nak bereksesais Yeop..Paksa deme ketatkan sikit lutut2 tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam ASP...Setelah di kira2 tambang naik teksi jauh lebih murah dari naik tram. Lagipun lutut dah tak boleh nak adjust lagi...dah habis ketat dah...

      Delete
  8. hamboi tak abes lg sopping perfume nyaaa...hehehehe ni mau balik mesia harum semerbak jer ni...heheheh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Untuk stok katanya... tu yang menyambar lagi...hehe. Pastu ada pulak yang wasap2 nak kirim...

      Delete
  9. Bas double decker tu saya naik dari jetty ke tram station sebab nak merasa naik tram katanye. Elok gak ambil teksi kalau nak naik sampai ke atas sekali kan, sebab dah ramai so fare tu boleh sharing.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dua kali saya ke sana... belum sekali naik tram sama ada untuk naik atau turun... Terpaksa ikut suara majority... asyik kena veto. Tapi naik teksi memang lebih murah dan cepat...

      Delete
    2. nanti pergi berdua dengan mem..baru naik tram tu :-)

      Delete
  10. kalau rombongan ramai better naik teksi je kan..ringkas betul penulisan kali ni :-)

    ReplyDelete
  11. Nekcik belum dapat lagi nak naik bas double decker yang takde bumbung tu....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Double decker yang takde bumbung tu kalau musim sejuk boleh jadi beku kita dibuatnya Nekcik...Saya pernah merasa di Shanghai dan London...

      Delete
  12. Mie sekali lagi nekcik nak naik bus double deckler yang takde bumbung tu....pakai payung..hu...haaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Daripada Nekcik pergi lagi ke Hong Kong baik pergi tempat lain... Istanbul ke...hehe

      Delete
    2. Istanbul aku datang lagi...bila? Wallahualam

      Delete
    3. Wah Nekcik pernah ke Istanbul ke...saya tak tau lagi bila nak ke sana... tahun depan kot... hehe

      Delete
  13. Walaupun tak pernah sampai Hong Kong lagi...tapi rasa macam dah sampai bila tengok entri ni. Sebabnya ada tempat-tempat menarik di sini seakan-akan ada juga di negara lain. Namun begitu tentu Hong Kong jauh berbeza dan unik disebabkan budaya, bahasa, cuaca, bangunan, infrastruktur dan pemerintahan yang berlainan.

    Coach yang Mie dan keluarga miliki itu, seakan-akan sama pengalamannya semasa saya di Beijing, iaitu keretapi yang selalunya penuh sesak, tiba-tiba tak ada penumpang pada hari yang saya naik itu. Tak ke sesuatu yang mengejutkan dan menggembirakan? :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nampaknya kenalah NA ke HK pula lepas ni. Boleh menyeberang ke Macau dan China sekali..

      Memang best sangat dapat koc yang kosong tu... rasa macam nak baring-baring sebab tempat duduknya pun spesial...

      Delete
  14. Mesti trill naik 'double-decker' turun dari the Peak, laju + selekoh tajam..expert betul driver bus tu..

    Ramainya orang kat Mongkok tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang best tapi seriau juga... slumberland je drivernya... Kat Hong Kong orang memang sentiasa ramai di mana-mana...

      Delete
  15. Rugi lah tak masuk Disneyland...tapi kalau dah masuk...rugi pulak tak dapat pergi tempat lain...huhuhuhu......

    Sama ler area kita tinggal...hehehe....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang kami tak bercadang nak masuk Disneyland tapi Seaworld. Disebabkan tersangkut hampir setengah hari di Guangzhou... plan semua terpaksa diubah...

      Memang di situlah antara tempat penginapan yang termurah...cantik tapi sempit...

      Delete
    2. Tempat yg sempit dengan harga yg mahal....hahaha...yg penting senang nak cari makan..tempat penginapan dengan lokasi terbaik....

      Delete
    3. Itulah realitinya di Hong Kong... jauh beza dengan di China. Nasib baiklah senang nak cari tempat makan...

      Delete
  16. Replies
    1. Bas double decker tu bas awam biasa. Tiket tak perasan sebab main sentuh je octopus card.. rasanya dalam HK$10 gitu...

      Delete

En/Cik Anonymous... sila tinggalkan nama...