Tuesday, March 24, 2015

Guangzhou > Hong Kong > Shenzhen Pt 7 - Ke Shenzhen

Hari ini hari terakhir kami di Hong Kong.

Sekejap je macam touch and go. Tapi itu semua adalah kemahuan ahli rombongan. Janji dapat pergi banyak tempat dalam satu trip.

Jadi pagi tu sebelum ke Shenzhen, kami merayau-rayau tanpa haluan. Kira macam acara bebas. Ada yang nak menambah souvenir. Ada juga yang nak cari perfume. Lantaklah apa pun nak buat asalkan balik ke hotel sebelum 11.00 pagi. Check out hotel lewat sikit supaya ngam-ngam sampai di Shenzhen nanti terus boleh check in hotel di sana pula.


Cuaca agak cerah pagi itu. Tak perlu nak pakai baju tebal-tebal.

Jalan punya jalan tak sedar dah sampai kawasan berhampiran Avenue of Stars. OK juga ke sini sebab nak tengok suasana siangnya pula.


Satu sudut kawasan Hong Kong yang lengang. Susah nak cari kawasan selengang ini di sana. Ada juga gelandangan di sini tapi nampak smart. Tak taulah sama ada dia mabuk sampai tertidur di situ atau memang tak ada rumah. Tapi kalau kita tidur di situ semalaman boleh jadi kejung dibuatnya.


Kat Hong Kong ni sebenarnya banyak lagi kawasan lapang terutamanya dalam perjalanan ke sempadan China di Lo Wu. Bangunan banyak bertumpu di kawasan tepi laut dan dibina padat-padat bercampur aduk antara bangunan komersil dan kediaman.


Tak tahu ke mana pergi penduduk Hong Kong hari ini padahal dah agak siang. Suhu hari ini agak sejuk berbanding semalam walaupun mentari memancarkan sinarnya.


Ke mana-mana pun pergi kalau ada masjid mesti nak menjenguk sekejap. Dapatlah meninggalkan sedikit sumbangan. Kedudukannya pun tidak jauh dari hotel penginapan. Cuma di seberang jalan. Masjid ni menjadi port rakyat Indonesia yang bekerja sebagai pembantu rumah untuk berkumpul di hujung minggu. Memang ramai jumlahnya. Kita boleh jumpa di mana-mana di Hong Kong ini dan kebanyakannya sangat ramah.



Kedudukannya yang sangat strategik iaitu di Nathan Road yang merupakan kawasan membeli-belah yang popular kepada pelancong. Masjidnya agak besar dan dijaga dengan baik.


Kembali semula ke Mirador Mansion untuk mengangkut beg. Stesyen metro pun tak jauh dan laluan masuknya terletak di sebelah mansion ini. Orang pun tak berapa ramai kerana masih waktu pejabat.

Dari stesyen Tsim Sha Tsui kami cuma perlu bertukar train di Yau Ma Tei dan Kowloon Tong untuk sampai di sempadan Hong Kong dan China di Lo Wu. Di China di sebut sebagai Luo Hu. Sebutan berbeza mungkin disebabkan dialek yang digunakan berlainan. Penduduk Hong Kong menggunakan dialek Cantonese dan di China, Mandarin adalah dialek standard mereka.


Ada perubahan besar yang dibuat di kawasan ketibaan di imigresen China. Kalau dulu terpaksa naik turun tangga tapi kali ini semuanya berada dalam satu lantai. Kalau tak memang seksa. Tengoklah Kak Kiah dengan backpack dan beg trolinya tu. Backpack pun lebih besar dari orangnya.

Di sini bolehlah pulangkan kad Octopus dan dapatkan balik deposit jika ada. Ada sedikit caj dikenakan.

Untuk ke hotel boleh saja naik metro sebab agak dekat tapi masing-masing pilih untuk naik teksi. Tapi mana muat kami yang sepuluh orang. Terpaksalah ambil dua minivan.

Untuk pengetahuan tambang metro di China adalah sangat-sangat murah.


Home Inn adalah hotel penginapan kami untuk semalam di Shenzhen. Mula-mula agak susah juga pemandu nak cari hotel ini sebab lobinya tidak menghadap jalan utama.


H - Hotel ini berhampiran stesyen metro Hubei.  R - Restoran China Muslim. Pedestrian shopping street pun tak jauh. Memang agak strategik kedudukan hotel ini.


Hotel ini terletak di Shennan East Road. Kebanyakan jalan di sini lebar-lebar. Jangan nak melintas sesuka hati. Lebih-lebih lagi di China menggunakan left hand drive berbeza dengan Hong Kong yang sama seperti di tempat kita. Memang selalu tersalah pandang sebab kita tak biasa.

Stesyen metro Hubei, 100 meter dari hotel.

Restoran China Muslim. Cuma makan sekali saja di sini.

Pedestrian street yang dipenuhi manusia. Harga pakaian agak murah di sini.

Harga beg troli memang jauh lebih murah berbanding di tempat kita.

Sempat menyambar satu. cabin size je.


Kalau nak membeli-belah sampai lebam, Shenzhen tempatnya bukan di Hong Kong.

 Balik semula ke hotel menjelang maghrib.

41 comments:

  1. Salam PLM...hurmm ..bila baca Cik Nun rasa macam nak ke shenzhen plak..dah alang2 ke hongkong kan...

    Haa bag troli memamg murah sangat.teringat masa di bejing dulu..paling besar boleh dapat dalam rm50 ja.

    Dekat kawasan Nathan road ada jual makanan halal tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dah dekat sangat Shenzhen tu Cik Nun... kat seberang je. Cuma kena ambil visa dulu. Tapi katanya boleh dapat VOA macam yang SS buat...

      Makanan halal senang nak dapat... masuk je ke Chungking Mansion...

      Delete
    2. Tu lah ada baca blog ss tentang VOA tu...tapi tah cukup masa or tak.sebab nak ke macau lagi.

      Delete
    3. Rugilah tak menyeberang...sebab dah dekat sangat... Macau dan Shenzhen boleh pergi balik hari je Cik Nun..

      Delete
    4. Ya ka. Hurmm..nak try wat itinary yg cukup nanti..tanya geng yg nak join dia orang ok ja..

      Delete
    5. Rugi tak pergi sebab best shopping kat sana...

      Delete
    6. Cik Nun !! why u no no tell me Cik Nun.. bila nak pi ? adus..

      Delete
    7. Takpe CT boleh pergi dengan geng bolat...

      Delete
    8. geng bolat bab bab ni tak layan CT laaa PLM.. huuurm..

      Delete
  2. Replies
    1. Selalu makan mee tarik yang di buat macam sup tu... tapi kali ini makan yang digoreng pulak...so sodap meh...

      Delete
  3. Backpack kak Kiah itu memang gede banget Pak Mie... Kuat Kak Kiah bawa beg itu...hebat.

    Barangan di Cina pasti murah-murah ya Pak Mie. Barangan murah di sini juga dari China kebanyakannya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak Kiah yang paling banyak shopping. Backpack tu baru dibeli untuk mengisi barang yang dibeli. Di China semuanya agak murah...barangan, makanan dan pengangkutan kecuali teksi...

      Delete
  4. Masjid itu kelihatan cantik dan besar. Ramaikah jemaah?

    Signboard Restoren Cina Muslim itu nampak seperti masakannya dari daerah Xinjiang ~ masakan etnik Uyughur. Biasanya masakannya sedap. Mie makan apa di situ?

    Beg murah di Shenzhen? Lagi apa yang murah?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Masjid agak besar tapi tak berkesempatan berjemaah di situ.

      Kalau di China ada semacam papan tana yang standard untuk restoran Muslim tapi di HK agak lain sikit. Makanannya agak sedap di sini...tapi memang mahal. Saya tak makan mee di sini...

      Di Shenzhen pakaian juga lebih murah. Begitu juga dengan makanan, pengangkutan awam dan hotelnya... Pendek kata semuanya memang jauh lebih murah berbanding di HK...

      Delete
  5. cantik2 colour beg troli tu...mcm beg JM..

    boleh cover 3 tempat sekali..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cantik dan murah...kalau ikutkan hati memang nak sambar dua tiga biji... Dapat cover tiga bandar tapi macam touch and go...

      Delete
  6. keren mas jadi pingin kesini deh. mampir jangan lupa ya mas mainkeluaryuk.blogspot.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bisa saja mas Adihtya... ambil saja flight Jogja ke KL langsung ke sana...Thanks kerana singgah di sini...

      Delete
  7. Bila lah nak gi Shenzhen ni...shopping sakan kalau pergi...hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dengarnya en Deen ada ke Hong Kong baru-baru ni.. kenapa tak menyeberang sekali. VOA boleh dipohon di sempadan sekarang ni...

      Delete
  8. PLM pegi WOW tak? or mmg niat shopping je di Shenzen tu

    ReplyDelete
  9. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  10. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  11. Sopping sakan kt shenzhen yer en.mie...tp mmg jauh lg Murah semuaaanya di shenzhen klo compare ngn macau dan hk kan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lepas geram ke DJ... tiga sederet sekaligus...hehe

      Takde lah shopping sangat walaupun barang2 di Shenzhen jauh lebih murah... kena jimatlah sikit untuk dapat jalan2 selalu...

      Delete
    2. hahahaha alamak sorry la en mie...terhover la plak...hehehehe

      Delete
  12. kalau ada sesiapa yang nak ke shenzen...kebetulan langsir kat rumah dah nak tuko..ukur lah siap siap langsir dan bli terus tempah di Shenzen..memang berganda ganda murahnya....kalau di sini rm 1k siap....kat shenzen Rm 200..siap.....memang terkejot beruuuk!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Banyak betul jimatnya Nekcik... tapi kena pulak tambah luggage...

      Delete
  13. makanan cina !! makanan makanan naaaak makanan.. hahaha..

    huuurm kalau ke Hong Kong kena cover Macau n Shenzen skali la kalau eloknya ya.. huurm..
    duit duit.. dimana kau duit hahaha..

    baca ayat PLM.. lantaklah apa nak buat hahaha gelak2 CT.. macam pasrah benar bunyinya..

    ok macam ni.. kalau kita fly dari Malaysia ke Hong Kong kita tak perlukan visa. am i right ? macam tu juga ke macau kan ? kita bleh masuk saja..

    tapi kalau kita nak nempek ke Shenzen kita kena ada visa ? Kalau katalah kita x buat visa macam SS tapi kita prepare visa dari malaysia.. kita kena tulis tarikh kita masuk hong kong ke atau tarikh ke shenzen saja ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thats right... tak perlu visa untuk ke Macau dan Hong Kong. kalau nak ke Shenzhen eloklah buat visa awal2 dari Malaysia dan tak perlu nyatakan tarikh bila kita nak masuk ke China...

      CT kan pernah ke Shanghai dan Hangzhou dulu...

      Delete
    2. aaa ah.. tak ingat dah PLM.. memory sayup2.. lama tak jalan2 la katakan hihi..

      Delete
    3. Muda lagi dah jadi pelupa SYM... banyak termakan semut ni agaknya...hehe

      Delete
  14. Teringin nak pegi hong kong shenzen sesape yang dah pro boleh mintak no fon tak sebab nak tanye pasal trip ke sana. Tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. Email saja... boleh tanya apa2 yang kurang faham...

      Delete
  15. Assalamualaikum Encik.. Saya plan nak pergi Hong Kong, Shenzhen dan Macau tahun depan.. Cumanya saya ni first time pergi dan pergi berdua dengan kawan.. Jadi saya nak contact dengan encik nak tahu lebih lanjut apa yang kami kurang faham.. Macam mana ya nak dapatkan email encik? Ke saya yang tak pandai cari ? Hehe.. Tq encik

    ReplyDelete
  16. Terima kasih. Info yg sangat membantu.... Sya nak ke China la, mcm best jak shopping d sana.

    ReplyDelete

En/Cik Anonymous... sila tinggalkan nama...