Hujung minggu ini rasanya hendak rehat selepas pulang dari bercuti di Medan, tapi nampaknya terpaksa membuat trip mengejut ke PLKN Segari untuk melawat anakanda yang baru seminggu melaporkan diri di sana. Ada beberapa barang yang dimintanya. Rasanya tak lah berapa penting sangat pun barang-barang tu, tapi ibunya pulak yang nak pergi sangat. Jadi ikutkan sajalah.
Waktu lawatan hanya dibenarkan pada hari Ahad sahaja, jadi sebelum ke sana, pada hari Sabtu dari Shah Alam, kami menginap dulu di rumah adik ipar di Batu Gajah. Sempat singgah sebentar di bandar Ipoh untuk mencari barang-barang yang dikehendaki.
Singgah sebentar di AEON yang terbaru di Station 18, Bandar Raya Ipoh
Bergerak keesokan harinya menuju ke Segari iaitu kira-kira sejam perjalanan dari Batu Gajah. Peta yang di sediakan oleh pihak PLKN agak mengelirukan. Terdapat dua jalan masuk untuk ke kem. Yang pertama melalui jalan bertar yang di kongsikan bersama sebuah kilang tepung yang agak besar. Bagi pelawat pula terpaksa melalui jalan tanah merah yang agak teruk keadaannya. Alamat yang diberikan adalah mengikut laluan yang pertama dan kami terpaksa berpatah balik di pondok sekuriti untuk ke laluan kedua.
Dari kawasan berhampiran Pelabuhan Lumut ini kita akan melalui tiga buah jambatan dan yang terpanjang sekali ialah Jambatan Tuanku Bainun sebelum sampai ke persimpangan Kg Batu Tiga, Segari di mana letaknya kem PLKN.
Jalan masuk yang agak kurang baik dan di kelilingi hutan sepanjang jalan sejauh hampir lima kilometer.
Akhirnya sampai juga ke tempatnya. Ahhh lega...
Kena pakai pas pelawat ini.
Antara kemudahan yang disediakan ialah klinik dan surau.
Kilang bersebelahan kem PLKN.
Hampir tidak cam pada mulanya kerana rambut sudah ditebas.
Kami berada di sini hingga jam 12.30 tengah hari kerana sudah sampai waktu makan tengah hari bagi pelatih. Kena balik agak awal kerana perjalanan pulang ke Shah Alam melalui Sitiawan dan Sabak Bernam akan mengambil masa lebih empat jam. Lagipun kami nak singgah di bandar Lumut sekejap untuk makan tengah hari.
Sesuai ke untuk lunch? Makan mee udang dan mee bandung bersama ABC di gerai berhadapan terminal jeti untuk ke Pulau Pangkor.
Bandar Lumut yang semakin cantik, sesuai dengan lokasinya sebagai bandar transit untuk ke Pulau Pangkor.
Beli sedikit hasil laut untuk dibawa pulang.
Jam tiga petang kami beredar dari bandar Lumut. Sejak jalan Sabak Bernam ke Klang di naik taraf menjadi dua lorong sehala, perjalanan agak lebih cepat dan tak perlu bayar tol. Jimat sikit, cuma agak banyak menempuh lampu isyarat terutama di kawasan pekan di sepanjang perjalanan.
Baru 1st time saya dgr nama Segari ni abg Mie.. Makanan tu mashaAllah terliur saya tgk ABC yg sedap tu.. *gulp*
ReplyDeleteOnggon pernah ke Daerah Manjung? Kat sini ada banyak pantai yang cantik, selain Pulau Pangkor. Sesuai untuk aktiviti menembak...
DeleteMee dan ABC tu memang mabeles... :D
mak ai jln masuk dia..5km pulak tu. Yelah, nama pun kem kan.
ReplyDeletedah besar pnjng anak en. mie rupanya!
Memang agak jauh jln masuknya, nasib baik tak hujan. W'pun lokasinya agak tersorok, tapi banyak angin sbb tak jauh dari laut...
DeleteItu anak saya yang ketiga...
ABC melimpah ruah tu..memang dahsyat..saya mmg suka sgt abc...
ReplyDeleteMee udang tu pun...
Saya pun suka ABC, murah pulak tu. Boleh TK mencuba nanti jika ke sana...
DeleteRindu plkn ni hmmmm
ReplyDeleteAsyraf tentu mantan pelatih PLKN di sini...sebab tu rindu...
DeleteKumpulan 2 / siri 11 / 2014
ReplyDeleteJunior anak saya ni... syabas Nurul Atikah...
Delete