Wednesday, May 9, 2012

Trip to Medan Pt 3

DAY 2 (2) - Ke Pulau Samosir

Selepas lunch dan berehat sebentar, kami ke Pulau Samosir melalui jeti di Tigaraja. Dari hotel kami naik angkut dengan caj Rp3K seorang. Di kawasan jeti ini agak berserabut kerana adanya pasar minggu yang diadakan setiap hari sabtu.

Feri dua tingkat ini yang membawa penumpang untuk ke jeti Tomok dengan caj cuma Rp5K untuk perjalanan lebih setengah jam. Sangat murah. Agak selesa walaupun nampak sudah sedikit uzur.

Ada juga perkhidmatan feri khas jika membawa kenderaan ke Pulau Samosir.


Banyak kedai-kedai cenderamata di sepanjang jalan menuju ke rumah adat Batak.

Antara tempat-tempat objek pelancungan yang sempat kami singgahi. 

Kalau nak membeli barangan cenderahati seperti FM dan T-Shirt, belilah di sini kerana harganya yang boleh di tawar gila-gila. Ini disebabkan kedai yang terlalu banyak dan menyebabkan persaingan di antara mereka. Di Berastagi agak kurang pilihan barangannya.

Sebenarnya banyak lagi tempat yang boleh dilawati di sekitar kawasan ini, tapi kami kurang berminat kerana pernah melawatnya suatu ketika dahulu. Lagipun masa agak terhad dan kami nak balik awal sedikit sebab nak meronda-ronda sekitar kawasan hotel penginapan.

Sekitar Kawasan Hotel

Pokok buah markisa yang terletak di hadapan hotel. Jus markisa adalah antara yang paling popular di sini. Jangan lupa untuk mencubanya jika ke sini.

Antara deretan hotel-hotel disekitar tasik bertentangan dengan hotel penginapan kami.


Satu-satunya Masjid yang terdapat di Parapat.

Masjid ini terletak di jalan utama berhampiran simpang sebelum memasuki kawasan Tigaraja. Di sepanjang jalan ini juga terdapat beberapa restoran masakan Padang. Jadi tidaklah begitu sukar untuk mendapatkan makanan halal di sini, cuma kenalah berjalan sikit.

8 comments:

  1. best tasik tu....kalau dpt mancing OK juga kot....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang banyak ikan kat tasik ni. Ikan yang selalu di masak di restoran di sini ialah ikan Nila yg seakan ikan tilapia tapi bersaiz besar...

      Delete
  2. yelah..feri dia tu sekali tengok mcm kurang yakin. ^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tapi ok je feri tu, cuma dari jauh nampak mcm teruk sgt...

      Delete
  3. Masa i pegi in 2009 dulu ni i masih belum berminat mengunjungi masjid as one of the itin in my trip. So missed this mosque. Tapi kalau nak suruh pegi lagi ke Danau Toba ni rasa2 nya tak sanggup.Penatt

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang bercuti ke Danau Toba ni agak memenatkan. Kalau ada trip yg free mungkin boleh mengulang ke sini...

      Delete
  4. Salam...ada tak hotel yg paling hampir dgn masjid dan tempat makan halal ni? Waktu ke samosir kene checkout sekali ke...or boleh tinggalkan beg kat hotel sekejap?

    ReplyDelete
    Replies
    1. W'salam Sdra Anon, ada hotel tapi tidak terlalu dekat dengan masjid Restoran makanan halal juga banyak terdapat di sepanjang jalan dari masjid menuju pekan Parapat. Ttg beg pulak, boleh saja minta tinggalkan sekejap..

      Delete

En/Cik Anonymous... sila tinggalkan nama...