Showing posts with label Manjung. Show all posts
Showing posts with label Manjung. Show all posts

Wednesday, May 16, 2012

Kem PLKN Segari, Bandar Lumut dan Marina Island

Minggu lepas ke Kem PLKN Segari lagi. Kali ini atas urusan untuk mengambil anak pulang kerana mendapat tawaran untuk melanjutkan pengajian ke IPTA. Kemasukannya ialah pada awal bulan Jun nanti. Kalau tunggu sehingga akhir bulan baru nak keluar, iaitu tempoh kira-kira sebulan di sana, dia pun masih perlu untuk mengulang semula di PLKN dan cuma dapat penangguhan sahaja. Jadi lebih baik keluar awal kerana banyak urusan berkenaan kemasukannya yang perlu diselesaikan. Dia hanya sempat berada di kem PLKN selama dua belas hari sahaja.



Selesai semua urusan, kami semua singgah lagi di kedai makan berhampiran jeti di bandar Lumut. Ingat nak mengulang makan di gerai mee udang yang pernah kami pergi sebelumnya. Nasib kurang baik kerana semua tempat duduk penuh kerana memang waktu makan tengah hari. Jadi  kami mencuba makan mee udang di gerai yang lain pula. Harga mee udang di gerai ini agak mahal dan rasanya juga kurang memuaskan. Tapi kami makan licin jugak.


Jeti untuk ke Pulau Pangkor


Selesai makan kami singgah sebentar di Masjid Lumut sebelum meneruskan perjalanan ke Marina Island.  Di sini terdapat jeti alternatif untuk ke Pulau Pangkor. Tempat ini menjadi tempat bersantai blogger kira bila balik kampung.

Marina Island Pangkor is one of Malaysia's premier man-made islands, which are being built on the coast of Teluk Muruh, opposite Pangkor Island and Pangkor Laut, in the state of Perak, Malaysia. The project which is being developed by Marina Sanctuary Resort Sdn Bhd, is reclaimed from the sea with total area of 316.9 acres, 400 meters from the mainland's shoreline.


Kewujudan tempat ini adalah semenjak 2009 lagi, tapi agak kurang publisiti yang menyebabkan keadaannya kurang meriah berbanding jeti Lumut.

Pulau Pangkor, dekat sangat...

Feri di sini agak berlainan dari yang ada di jeti Lumut.


Perjalanan dengan feri dari sini untuk ke Pulau Pangkor hanya mengambil masa lebih kurang sepuluh minit sahaja. Perjalanan dari sini, seawal jam 6.45 pagi dan berakhir jam 7.30 malam. Kadar bayaran letak kereta pula ialah percuma untuk dua jam pertama dan seringgit untuk jam-jam seterusnya.

Sunday, May 6, 2012

Melawat Kem PLKN Segari

Hujung minggu ini rasanya hendak rehat selepas pulang dari bercuti di Medan, tapi nampaknya terpaksa membuat trip mengejut ke PLKN Segari untuk melawat anakanda yang baru seminggu  melaporkan diri di sana. Ada beberapa barang yang dimintanya. Rasanya tak lah berapa penting sangat pun barang-barang tu, tapi ibunya pulak yang nak pergi sangat. Jadi ikutkan sajalah.

Waktu lawatan hanya dibenarkan pada hari Ahad sahaja, jadi sebelum ke sana, pada hari Sabtu dari Shah Alam, kami menginap dulu di rumah adik ipar di Batu Gajah. Sempat singgah sebentar di bandar Ipoh untuk mencari barang-barang yang dikehendaki.

Singgah sebentar di AEON yang terbaru di Station 18, Bandar Raya Ipoh

Bergerak keesokan harinya menuju ke Segari iaitu kira-kira sejam perjalanan dari Batu Gajah. Peta yang di sediakan oleh pihak PLKN agak mengelirukan. Terdapat dua jalan masuk untuk ke kem. Yang pertama melalui jalan bertar yang di kongsikan bersama sebuah kilang tepung yang agak besar. Bagi pelawat  pula terpaksa melalui jalan tanah merah yang agak teruk keadaannya. Alamat yang diberikan adalah mengikut laluan yang pertama dan kami terpaksa berpatah balik di pondok sekuriti untuk ke laluan kedua.

Dari kawasan berhampiran Pelabuhan Lumut ini kita akan melalui tiga buah jambatan dan yang terpanjang sekali ialah Jambatan Tuanku Bainun sebelum sampai ke persimpangan Kg Batu Tiga, Segari di mana letaknya kem PLKN.

Jalan masuk yang agak kurang baik dan di kelilingi hutan sepanjang jalan sejauh hampir lima kilometer.

Akhirnya sampai juga ke tempatnya. Ahhh lega...

Kena pakai pas pelawat ini.

Antara kemudahan yang disediakan ialah klinik dan surau.

Kilang bersebelahan kem PLKN.

Hampir tidak cam pada mulanya kerana rambut sudah ditebas.

Kami berada di sini hingga jam 12.30 tengah hari kerana sudah sampai waktu makan tengah hari bagi pelatih. Kena balik agak awal kerana perjalanan pulang ke Shah Alam melalui Sitiawan dan Sabak Bernam akan mengambil masa lebih empat jam. Lagipun kami nak singgah di bandar Lumut sekejap untuk makan tengah hari.

Sesuai ke untuk lunch? Makan mee udang dan mee bandung bersama ABC di gerai berhadapan terminal jeti untuk ke Pulau Pangkor.

Bandar Lumut yang semakin cantik, sesuai dengan lokasinya sebagai bandar transit untuk ke Pulau Pangkor.



Beli sedikit hasil laut untuk dibawa pulang.

Jam tiga petang kami beredar dari bandar Lumut. Sejak jalan Sabak Bernam ke Klang di naik taraf menjadi dua lorong sehala, perjalanan agak lebih cepat dan tak perlu bayar tol. Jimat sikit, cuma agak banyak menempuh lampu isyarat terutama di kawasan pekan di sepanjang perjalanan.