Tuesday, May 8, 2012

Trip to Medan Pt 2

DAY 2 (1) - Medan ke Parapat

Bangun agak awal hari ini. Jam tujuh kami turun untuk bersarapan. Makanan yang disediakan agak banyak pilihannya. Jadi kami makan agak berat untuk persediaan perjalanan yang agak jauh nanti. Dari hotel kami mengambil beca motor untuk ke stesyen Teksi Bagus yang tidak begitu jauh dari hotel. Nak minta ambil di hotel kami tak ada nombor telefonnya dan petugas kaunter pun macam kurang membantu.

Inilah rupa beca motor yang banyak kami gunakan semasa di sana. Beca ini boleh memuatkan seramai tiga orang. Dua di tempat duduk sisi dan seorang duduk di belakang penunggang. Ada juga yang bersaiz lebih besar yang menyediakan ruang meletak beg dibelakangnya. Agak cepat bergerak dengan cara ini kerana beca motor ini boleh ikut jalan pintas melalui lorong-lorong kecil.

Kebanyakan teksi di Medan menggunakan kenderaan MPV yang boleh memuatkan seramai tujuh orang penumpang. Teksi hanya akan bergerak bila sudah cukup penumpang, jadi terpaksa menunggu sekejap. Turut serta dalam teksi yang kami tumpangi selain kami bertiga ialah seorang wanita Batak dan dua orang warga Peranchis yang menetap di KL. Pandai sikit-sikit BM. Tambang untuk seorang ialah Rp65K. Agak murah jika dibandingkan dengan menyewa sebuah kenderaan bersama supir yang boleh mencecah Rp600K hingga Rp700K. Lagipun perjalanan ini tak ada tempat menarik untuk disinggahi.

Di sini hari persekolahan adalah dari Isnin hingga Sabtu.

Gigih mereka mencari rezeki. Sebuah FWD dipenuhi dengan ubi kayu atau di sini dipanggil singkong.

Dalam perjalanan ke Parapat kami ternampak perempuan ini. Apa yang dia sedang lakukan? Lokasinya ialah di persimpangan lampu isyarat bersama penyauk ditangannya. Menurut supir teksi, perempuan ini sedang memungut derma untuk membiayai pembinaan masjid dan mengharapkan ehsan pemandu yang berhenti sebentar di lampu isyarat. Dia menutup muka buka untuk menyamar, tapi mengelakkan habuk. Kalau aku tahu lebih awal dan lalu disebelahnya tentu tak ada masalah untuk menghulur sekadar termampu. Usaha yang agak kreatif dan maksudnya sudah diketahui tanpa perlu membuka mulut. Moga usahanya mendapat keberkatan.

Yang ini apa hal pulak? Perkhidmatan untuk mengepam tayar banyak terdapat di sepanjang jalan menuju ke Parapat. Caj untuk setiap tayar ialah Rp1K. Tengok tu semuanya kena bayar. Teksi yang kami naiki berhenti sebentar di sini untuk mengisi angin dua tayar hadapan.


Kami sampai di Parapat setelah menempuh perjalanan hampir lima jam termasuk berhenti makan tengahari sebentar di pertengahan jalan. Keadaan jalan tidaklah teruk sangat. Kalau berbelok-belok dan gaung tu biasalah jika kita naik ke kawasan pergunungan. Kat tempat kita pun serupa cuma jalannya lebih lebar.

Kami dibawa terus ke stesyen bagus teksi yang terletak berhampiran jeti Tigaraja dan seterusnya menempah kenderaan untuk ke Berastagi keesokan harinya. Dari sini kami meminta dihantarkan ke hotel tanpa perlu bayaran tambahan. Kami menginap di Hotel Pandu Lakeside yang terletak betul-betul di tepi tasik. Udara di sini tidaklah sesejuk seperti di Cameron Highlands.


Hotel yang kami ambil terletak betul-betul di tepi tasik. Boleh juga kalau nak mandi di dalam kawasan yang telah dihadkan sebagai langkah keselamatan.

Di sebelah hotel ini juga terdapat jeti yang dikhaskan bagi bagi mereka yang datang secara rombongan dengan bas yang besar.  Jalan untuk  ke jeti di Tigaraja agak sempit. Penduduk tempatan dan pelancung yang bergerak secara persendirian akan menggunakan jeti ini untuk ke Pulau Samosir. 

16 comments:

  1. Cantik header photo and cantik sungguh pemandangan tasik tu..Pulau Sumatera TK tak penah sampai lagi..One day I will sebab teringin nak ke Lake Toba.

    ReplyDelete
    Replies
    1. TK, Foto header tu kat jeti Tomok di Pulau Samosir. Kalau nak ke sini seeloknya pergi utk 4H3M barulah tidak terkejar2 sbb banyak ambil masa utk perjalanan.

      Delete
  2. mmg byk cerita baru bila berjalan tmpt org..
    byk benda boleh belajar. seronok saya baca.

    *pam tayar pun kena byr? terasa kelaka sbb kat sini free je kan. ^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mcm tu lah Ujie, lain tempat lain caranya. Macam2 ragam dapt kita tengok jika jln2 ke negara orang. Angin pun kena bayar... :D

      Delete
  3. menarik nampak. masa anak sedara buat medik kat medan tak sempat gi skrg nyesal tak sudah sudah hehe
    saya sempat gi jakarta dan padang je lain2 tempat blom lagi
    senang2 MIE singgah la yer blog saya tentang tempat2 makan best di www.blogmakanbest.blogspot.com dan follow ok TQ TQ TQ

    ReplyDelete
    Replies
    1. Percutian ke Medan dan sekitarnya memang agak menarik jika dibandingkan tempat2 lain di Sumatera.

      Saya akan menyusul ke blog saudara...

      Delete
  4. canatiknya tasik tuh...! bile agaknye nak ke medan ni..

    insyaAllah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tempat percutian ni antara yg terdekat dengan Malaysia, rasanya takde masalah kalau nak ke sana... :)

      Delete
  5. mie..,

    wah mengembara dgn "Pakej" sendiri lagi best dari ikut "Pakej" yg sediada... tapi aku kena pergi guna pakej for 1st time..... bila lah tak taulah....

    ReplyDelete
    Replies
    1. First time pun boleh pakej sendiri, tak susah mana pun, kena rajin tanya, semuanya akan ok...

      Delete
  6. salam, naik taxi bagus tu kul brapa? menginap di hotel mana? brapa RM satu mlm?

    ReplyDelete
  7. i tak penah gi jln medan. but medan penah g, sedara medan i kahwin.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kena pergi satu hari nanti, sbb banyak juga tempat menarik terutama Danau Toba dan Berastagi...

      Delete
  8. Salam. Nak tanya teksi yang u naik tu teksi "Raja Taxi" ke?

    ReplyDelete
  9. Sambil2 blogwalking...
    Mintak izin tuan tanah promote kat sini..

    Assalamualaikum dan salam sejahtera. Saya dari Herry Cuti Bajet Medan menyediakan Pakej percutian bajet ke Medan, Indonesia dengan harga yang sangat bajet tapi selesa dan menyenangkan. Pakej termasuk semua, anda hanya perlu bawa duit untuk shopping. Tidak risau lagi kos tambahan. Pergi ramai boleh dapat RM290 je. Hubungi:

    Facebook: Herry Cuti Bajet Medan
    Instagram: herry_tour_medan
    Email: herrycutibajetmedan@gmail.com
    Call/WhatsApp: ID:+62 813 9788 0156 (Herry)
    MY:+6013 4618637 (Ina)

    ReplyDelete

En/Cik Anonymous... sila tinggalkan nama...