Monday, February 6, 2017

Kia Ora North Island New Zealand Pt 14 - Pulang dan Bajet

Penerbangan pulang pada hari ini ialah pada jam 8.30 malam. Tapi kami keluar lebih awal sebab nak kena pulangkan kereta dulu. Masa ambil kereta sebelumnya adalah di CBD tapi boleh dipulangkan di pejabat cawangannya berhampiran airport. 

Sebelum itu kami singgah di Masjid Al Maqtoum yang juga berhampiran airport untuk selesaikan kewajipan terlebih dahulu. Apa yang bagusnya di hadapan masjid ini ada sebuah pasar raya barangan halal dan restoran. Sempatlah kami makan ayam goreng yang dah seminggu tak dapat kami jamah walaupun rasanya tak sesedap mana. 

Jadi kami cadangkan kepada sesiapa yang datang ke Auckland, ambil saja kereta sewa yang terletak berhampiran airport. Sebelum memulakan perjalanan, boleh menambah stok makanan di Getfresh Supermarket. Macam-macam ada...

Al Maqtoum Airport Masjid

Getfresh Supermarket, pasar raya barangan halal.

Menunggu shuttle untuk ke airport.

Auckland International Airport.


Bajet 8H6M di North Island untuk seorang.

Perkara yang tak boleh dielakkan :

Tambang  -  RM1100 (return)

Penginapan  :  RM560

Sewa kenderaan dan minyak : RM500 (Kalau berdua atau bertiga bayaran lebih mahal)



Lain-lain perbelanjaan :

Makan :  Masak sendiri atau makan luar. Kalau nak masak sendiri cari saja motel atau chalet di pinggir bandar. Biasanya ada kemudahan dapur. Kami bawa periuk dan kuali sendiri.

Shopping/souvenirs  :  Terpulang kepada masing-masing.

Bayaran masuk  :  Bayaran masuk untuk sesuatu tarikan di NZ memang mahal, jadi kenalah tentukan sendiri mana yang kita hendak pilih atau skip.

14 comments:

  1. Assalamualaikum

    Akak ingat lagi tak contact number supir di jogja dlm entry yg lepas?. Kalau masih ingat boleh tak share dengan saya.

    Terima kasih

    ReplyDelete
    Replies
    1. No hp supir di Jogja : Nizam (+6285868639988). Boleh je wassap kat dia guna Bahasa Melayu kita sebab dia memang dah terbiasa...

      Delete
    2. Nizam pun dah beritau saya yang Suliana dah contact dia... hehe

      Delete
  2. Amat berbaloi bajet macam ini untuk 8 hari. Bijak sungguh Mie berbelanja.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terpaksalah berjimat semaksima yang boleh NA... kalau pergi sorang lainlah ceritanya... hehe

      Delete
  3. mudah dapat barangan halal..masak sendiri lg jimat..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang banyak jimatnya bila kita masak sendiri...

      Delete
  4. kalau boleh berjimat kena berjimat. kami ke krabi pun bawa periuk sendiri..alasan nak cut belanja

    ReplyDelete
    Replies
    1. Demi untuk berjimat memang kena bawa barangan sendiri... tapi di Krabi takde masalah sangat nak dapatkan makanan halal...

      Delete
  5. Replies
    1. Terpaksa sebenarnya en Din sebab barangan kat sana mahal dan duit kita pun dah mengecut...

      Delete
  6. Replies
    1. Ya besar masjidnya... boleh dijadikan tempat transit sebelum meneruskan perjalanan...

      Delete

En/Cik Anonymous... sila tinggalkan nama...