Awal bulan lalu kami sekeluarga ke Kluang, Johor kerana ada undangan. Bertolak agak lewat petang dari rumah dan sampai di sana lebih kurang jam sembilan malam. Terus mencari hotel di dalam kawasan bandar, tapi rasa macam tak sesuai. Akhirnya kami memilih untuk menginap di Hotel Mega yang terletak di pinggir bandar dengan kemudahan tempat letak kereta percuma dan dekat dengan medan selera.
Sunday, December 16, 2012
Taman Rekreasi Gunung Lambak
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Sesuai utk latihan mendaki ni..
ReplyDeleteMemang sesuai Ujie untuk latihan mendaki sebab tak terlalu tinggi dan sudah ada lalu yang disediakan...
DeleteSalam Mie,
ReplyDeleteTempat begini patut dilestarikan untuk kehidupan yang sihat. Saya suka juga mendaki bukit. Di Pulau Pinang saya suka daki Bukit Jambul, di Ipoh saya pernah daki Bukit Keledang. Di Beijing naik Bukit Wangi dan Tembok Besar. Tetapi saya jalan perlahan-lahan macam kura-kura sebab dah tua he he he....
Samalah kita NA, kalau mendaki memang selalu tertinggal di belakang. Faktor usia dan stamina...
DeleteWah di Beijing pun mendaki juga...
ada air terjun tak mie?selalu kalau taman rekreasi cam gini mesti ada air terjun...
ReplyDeleteAir terjun kurang pasti Orga, sebab tak sampai atas pun. Tapi kalau di bahagian bawah ada juga sungai kecil untuk mandi-mandi...
Deletewah..x panjat sampai puncak ke? Naik-turun dlm 30 minit selesai sudah...hihihi
ReplyDeleteWah ini mesti CT dah sampai atas. 30 minit, wah cepatnya...
Deletegreat....i like.
ReplyDeletedahulu masa kerja di JB rajin juga pi gunung lambak, layan hiking dan sungai disitu dan bermalam dlm hutan gunung lambak.
rindu pula rasanya nak jejak kembali layan gunung tu
Nanti bila TP turun ke Johor, bolehlah singgah ke sini lagi...
Deletewwahhhhhh... menariknya Kluang.. ingatkan kLuang ada Kluang kedai kopi yang femes tu je...
ReplyDeleteZette, ada lagi tempat menarik di Kluang ni iaitu Hutan Rekreasi Gunung Berlumut di Jalan Mersing...
DeleteWah menarik juga taman reKreAsi gunung lambak ni!
ReplyDeleteAgak menarik juga dan tak perlu pergi jauh untuk mendaki gunung sbb kedudukannya tidak jauh dari bandar...
Deletetuh dia bro mie, sempat lagi berrekreasi tuh pepagi..
ReplyDeletebtw kt mne tuh botanical klang? mmg ade ke jual rm10? geram plak dgr, geram nak tmbh koleksi.. huhuhu
Beb, Pasaraya borong GM, kat kawasan Bukit Tinggi Klang, opposite AEON Mall. Besar kompleknya, cuba google, pasti jumpa...
DeleteWebsite: http://www.gmklang.com/
salam Mie..ha ha..bab bab panjat gunong ni tak dapek lah nak join..cempuut nekcik nnti!!!
ReplyDeleteTapi Nekcik, kat kaki bukit ni ada trek yg sangat sesuai untuk aktiviti ringan spt berjogging. Kalau nak naik sampai puncak saya pun semput gak... hehe
Deletesaya tak pernah sampai Kluang Johor lagi, tertarik nak pegi tapi my laki kalau bab2 daki bukit ni memang angkat tangan awal2...tak larat nak bawak badan katanya.
ReplyDeleteRasanya Ann kena ajak en asben cuba mendaki Bukit Broga dulu. Ambil masa dan kemampuan sendiri. Saya dulu pun rasa macam tak boleh nak sampai puncak tu atas faktor yang sama, tapi akhirnya berjaya juga sampai ke puncak walaupun tak secepat orang lain... :D
Deletedah lama plan nak mendaki Broga tu Mie tapi tulah setakat plan tak terlaksana je :)
DeleteSatu hari nanti sampailah tu...
DeleteOhh, Gunung Lambak ni somewhere around Kluang la ek? Ohhh dah tak jauh dari rumah in law. Kena try gi jugak nie.
ReplyDeleteHaah Zara, dekat sangat dengan bandar Kluang...
DeleteDah lame nak naik gunung belumut kat kluang ni.
ReplyDeletetp smcm gunung lambak pon ok je, siap ade kwsn rekreasi lagi,blh try ni
Kalau Gunung Lambak ni tentu kacang je baki Al, sbb nampak macam lapang laluannya...
DeleteDah 2 kali ikut perkhemahan murid di gunung Belumut,
ReplyDeleteTapi Gunung Lambak tak pernah jejak pulak,
(Nampak, selalu terpandang bas Gunung Lambak.)
Jadi dgn Pic2 En Mie
Tkasih sangat2.
Cikgu kena mencuba pulak ke sini, tempatnya pun lebih mudah untuk sampai kerana terletak di pinggir bandar...
DeleteSalam ..ada sediakan tempat practikal x kat gunung lambak resort??
ReplyDeleteTak pasti... mungkin juga ada. Tapi masa saya ke sana nampak macam sendu je persekitarannya...
Delete