Ada tak sesiapa di sini yang pernah tersalah tarikh semasa membuat tempahan hotel? Ini yang terjadi kepada kami sekeluarga. Selepas dah dapat tarikh yang dipersetujui semua iaitu pada tempoh cuti sekolah, tempahan pun dibuat. Legalah dah dapat tempat penginapan. Dua hari sebelum bertolak, tergerak untuk menyemak tentang bayaran kepada pihak hotel. Ini disebabkan tiada tolakan daripada CC seperti biasanya iaitu beberapa hari sebelum mendaftar masuk. Rupanya tersalah bulan walaupun tarikh dah harinya adalah sama. Faktor usialah ni agaknya. Nasib baik masih boleh dibuat pembatalan.
Trip mesti diteruskan kerana masing-masing dah ambil cuti. Banyak hotel yang dah habis ditempah masa cuti sekolah ini. Akhirnya kami dapat buat tempahan di Zenith Hotel Kuantan. Hotel yang terpaksa dibatalkan adalah Swiss Belhotel di Tanjung Lumpur. Hotel ini jadi pilihan utama kerana ada kolam renang yang luas seakan water park dan kedudukannya di tepi laut dan banyak kedai makan berhampirannya.
Singgah makan tengah hari dulu di sini.
Selain ikan, udang dan sotong celup tepung, ada juga makanan lain seperti satar, mi kari dan gorengan lainnya.
Selesai makan hampir jam 2.00 petang . Terus bergerak ke hotel penginapan yang terletak di pusat bandar Kuantan. Di Kuantan ni banyak jalan sehala, jadi jarak yang dekat pun rasanya macam jauh.
Zenith Hotel Kuantan. Menginap dua malam di sini.
Bangunan berkembar tapi yang sebelahnya macam dijadikan pejabat. Secara kebetulan kami bawa ahli keluarga terbaru yang merupakan pasangan kembar.
Hotel ini betul-betul menghadap East Coast Mall. Senang nak makan-makan.
Dapat bilik di tingkat 17. Swiss Belhotel jelas kelihatan dari sini. Jaraknya lebih kurang 3 km dari Zenith.
Banyak Mall dalam bandar Kuantan dan kedudukannya berhampiran. Selain East Coast Mall, ada Kuantan City Mall dan Berjaya Megamall.
Dah nama pun staycation, jadi kami memang tak berjalan-jalan sangat. Budak-budak pun asyik ajak berendam kat kolam. Cuma sempat ke Teluk Cempedak pada petang esok harinya. Cadang nak menyinggah ke Pasar Malam Taman Gelora pun tak menjadi.
Bendera merah dinaikkan kerana ombak agak besar dan tak sesuai untuk mandi-manda.
Demi sesuap nasi. Tentu kepanasan kat dalam tu.
Singgah di Bazar Serambi Teruntum masa nak balik. Ada banyak buah tangan yang boleh dibeli di sini. Orang pun tak ramai sebab hari Isnin agaknya.
Sebelum balik kami singgah makan lagi di sini kerana pada hari pertama ada sebuah kereta yang lambat sampai. Dia tuntut nak makan di sini juga. Sampai di sini jam 12.15 dan hari ini sistem nombor digunakan untuk giliran memilih bahan untuk digoreng. Dapat nombor empat. Selepas itu berduyun orang sampai hingga khemah tambahan terpaksa didirikan. Pesanan kami agak cepat sampai. Yang lain mahu berjam menunggunya.
Alhamdulillah perjalanan pulang agak lancar kerana hari Selasanya adalah cuti umum. Mungkin ramai yang masih menyambung cuti.
Pernah bercuti hari bekerja. Terpaksa ambil CRK pula.
ReplyDeletePatutlah booking dapat harga murah .
Weekdays biasanya harga memang lebih murah tapi kurang meriah..
DeletePernah sampai ke swiss belhotel.
ReplyDeleteBilik besar dan selesa.
Dekat dengan ana ikan bakar.
Itulah antara sebab utama kami sekeluarga pilih Swiss Belhotel.. biliknya saiz studio.. dan ada banyak tempat makan berhampirannya..
DeleteNampak ikan celup tepung tu terasa lapar pulak tetibe. Kuantan best.
ReplyDeleteTapi bila dah ramai sangat orang.. makanan yang digoreng tidak begitu garing.. nak cepat kot..
DeleteAtau sebab dah goreng lama, masuk angin. Lepastu dia re-heat saja.
DeleteTak juga sebab kita pilih sendiri yang belum masak.. timbang dan lepas tu baru digoreng..
DeleteMemang Swiss Belhotel antara top accomodation di Kuantan. Pernah staycation dengan kawan2 ITM. Merasa la duduk walaupun orang Kuantan. Celup tepung tu, lama pulak tak makan.
ReplyDeleteTerkilan juga tak dapat stay di situ.. next time kot..
DeleteNext visit ke Kuantan, LZ cadang menginap di sini memandangkan lokasi pun strategik dekat dengan shopping mall.. Celup tepung pun nampak sedap, wajib ada dalam plan LZ nanti..
ReplyDeleteLokasi hotel tu memang best.. sesuai untuk keluarga. Kat kawasan Tg Lumpurpulak memang banyak tempat makan-makan..
Deletestaycation dgn anak-anak kecil mmg kerjanya nak berenang dlm kolam aje hehehe
ReplyDeleteCucu-cucu sebenarnya.. ibu ayah diaorang ikut sama..
Delete