Hari ini adalah hari perjalanan saja. Berlepas dari Srinagar airport ke Delhi sepatutmya pada jam sepuluh pagi tapi dilewatkan kepada jam sebelas pagi. Penerbangan hanya mengambil masa sejam lebih saja. Kali ini kami menaiki penerbangan Spicejet. Sampai di Delhi airport ada agen yang telah siap menunggu. Terus dibawa ke restoren untuk makan tengah hari dan untuk bersolat. Selepas itu baru perjalanan diteruskan untuk ke bandar Agra yang mengambil masa lebih empat jam. Sampai di Agra menjelang malam.
Tempat penginapan semasa di Agra.
Malam tu tak ada ke mana-mana pun. Esoknya jam lapan pagi barulah kami bergerak ke Taj Mahal. Tempat kenderaan berhenti terletak lebih kurang satu kilometer dari dari tempat kaunter tiket. Ramai orang tempatan yang menapak saja. Nasib naik ada perkhidmatan buggy berbayar di sini. Dari kaunter tiket untuk ke pintu masuk pula jauhnya hampir lima ratus meter. Yang ini terpaksalah menapak sebab sudah di dalam kawasan berpagar. Walaupun hari itu hari Rabu, orang agak ramai juga.
Jalan ke pintu masuk utama. Cuaca redup dan udaranya agak nyaman.
Pintu masuknya melalui bangunan ini.
Bagunan bersenibina Islam.
Bagunan Taj Mahal berdiri dengan megahnya. Cuaca agak berjerebu pada waktu itu.
Pandangan dari sisi kiri.
Menebeng sekejap.
Ramainya umat manusia. Tempat paling menjadi tumpuan untuk mengambil foto.
Laluan masuk adalah sehala iaitu melalui bahagian kiri dan keluar melalui bahagian kanan.
Masjid yang terletak dalam kawasan Taj Mahal. Mengikut kata TL masjid ini hanya digunakan untuk solat Jumaat dan hari kebesaran Islam saja.
Bangunan Muzium.
Pemandangan bangunan Tak Mahal dari dekat. Tidak debenarkan mengambil foto di dalam bangunan ini.
Sungai Yamuna yang terletak di bahagian belakang.
Selesai di sini kami terus balik ke hotel untuk check out dan makan tengah hari. Seterusnya bergerak semual ke Delhi. Check in semula di hotel yang sama sewaktu sampai sebelumnya, Pihak hotel ada bertanya nak masak makanan cara mana untuk makan malam. Kami pilih masakan cara Thai. Bolehlah juga diterima tekak berbanding masakan berasaskan kari yang kurang menepati selera kami.
Makan malam terakhir di bumi India.
Hari terakhir di Delhi kami dibawa ke beberapa tempat untuk shopping. Tak ada membeli sangat pun. Pasangan muda tu yang banyak membeli. Sempat berfoto dengan tuktuk yang terletak di sebelah kenderaan yang membawa kami.
Singgah juga di Pasar Sarojini yang terkenal di Delhi.
Makan malam di airport. Pesan Vege Pizza saja yang nampak boleh di makan.
Sampai di KLIA Terminal 1 menjelang pagi.
Waaaa best nyer.. Belum smpai rezeki utk ziarah ke india dan khasmir.. Mcm biasa ada dlm bucket list.. Insyallah one day soon..
ReplyDeleteSampai tu satu hari nanti.. tapi kalau bawa keluarga semua, banyak juga belanjanya tu. Boleh buat trip DIY tapi rumit sikitlah..
Deleteitulah kalau nak bawa satu family mcm payah dan kos nya pun akan berganda2.. tgk lah tunggu anak2 masuk asrama nanti hahahah :P
DeleteSeronok la boleh request nak masakan thai di hotel tu utk makan malam terakhir di india..
ReplyDeleteOh besar juga perkarangan tak mahal ni.. So ada nampak apa2 keajaiban di Taj mahal? Tak sangka ada masjid di situ utk umat islam bersolat..
Masakan cara Thai tapi rasanya agak lari juga.. Keajaiban?? Kurang arif pulak, tapi mungkin disebabkan kesempurnaan binaannya yang telah dibangunkan hampir 400 tahun dulu dengan teknologi yang terhad..
Delete7 wonder of the world kan .. tu yang rasa dimana terletak kehebatan nya itu.. Mungkin la kesempurnaannya disebabkan ia dibin 400 tahun yg dahulu
DeleteWow best. Belum sampai lagi, dalam list ni.
ReplyDeleteInsya Allah sampai tu satu hari nanti..
DeleteSalam kenal! Cuya first time singgah sini :D
ReplyDeleteTQ singgah di sini..
DeleteCantiknya Taj Mahal...lambang cinta sejati?..bangunan lain pun menarik seni binanya..
ReplyDeleteMemang cantik.. boleh dijadikan lokasi trip berikutnya untuk nohas..
DeleteMasyaAllah…terpesona tengok gambar dari udara di Kashmir tu 😍
ReplyDeleteBagus ya pihak hotel beri pilihan masakan.
Di puncak gunung memang cantik.. penuh salji.. tapi di bahagian bawahnya belum ada sangat.. Diberi pilihan makanan tapi tak mencapai pun 50% dari segi rasanya..
Deletesalam kenal... nak tanya.. dalam Taj Mahal tu ade ape ek?
ReplyDeleteDalam tu cuma ada dua makam.. makam Shan Jahan dan isterinya. Tq singgah ke sini..
DeleteTaj Mahal lambang cinta Shah Jahan kepada Mumtaz.
ReplyDeleteMasa kecik-kecik teringin nak pegi sini hehehe
Banyak pakej yang pergi ke Kashmir dan Agra sekali.. bolehlah pilih musim yang sesuai..
Delete