Ini adalah trip pakej. Sejak dah berumur ni malas dah nak membuat itinerari sendiri. Lagipun banyak tempat yang nak di lawati dan jaraknya agak jauh antara satu dengan yang lain. Mula-mula nak pergi masa musim autumn iaitu dalam bulan Oktober tapi travel agent yang kami ikuti dah penuh. Pilihan lain kami ambil ialah trip pre winter sebab ada sebahagian dalam kumpulan kami yang nak pergi sangat. Kesian pula kalau dibatalkan. Pada mulanya ada seramai dua belas orang peserta tapi dua keluarga menarik diri atas alasan nak buat rawatan doktor dan satu keluarga lagi terlibat kemalangan.
Oleh kerana cuma tinggal enam orang saja yang pergi, travel agent tidak sediakan tour leader sebab mungkin tak ekonomik. Jadi salah seorang dari ahli kumpulan kami secara sukarela menjadi tour leader tak berbayar. Semua dokumen yang diperlukan diserahkan kepadanya. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar. Berlepas jam enam petang dan sampai lebih lima jam selepasnya.
Penerbangan dari KLIA Terminal 1 ke New Delhi dengan Batik Air Malaysia.
Tempat pertama yang kami cari sesampai saja di airport. Unik signboardnya, guna gambar saja.
Ruangan imigresen di Indira Ghandi International Airport. Perlu mengisi borang mendarat di sini.
Pengangkutan yang digunakan sepanjang kami di sana. Urusan agak cepat sebab kami tak ramai jadi semuanya dapat diselesaikan dengan cepat.
Sampai di hotel kami tak check in dulu tapi terus makan malam kerana dah lewat. Beza masa adalah dua jam setengah dengan Malaysia.
Bilik yang selesa dan bersih.
Lokasi hotel terletak di pinggir bandar dan tidak jauh dari airport untuk memudahkan urusan pergerakan sebab awal pagi esoknya kami akan berlepas ke Srinagar, Kasmir.
Penerbangan ke Srinagar dengan Vistara airlines.
Disediakan makanan walaupun penerbangan hanya mengambil masa sejam lebih saja. Makananya sikit saja tapi susah betul nak menghabiskannya.
Menghampiri Srinagar sudah mula nampak gunung-gunung bersalji. Sampai di Kashmir airport dalam jam 12.00 tengah hari.
Kashmir, di sini kami sampai. Keadaan agak berkabus.
Group kecil kami.
Terus di bawa ke jeti Shikara Tasik Dal.
Banyak Shikara berhampiran jeti. Mungkin musim pre winter ini pelancong agak kurang,
Kurang ciri-ciri keselamatan. Tiada jaket keselamatan disediakan.
Deretan boat house di Tasik Dal. Dua malam kami menginap di sini. Setiap Shikara mempunyai hanya tiga bilik saja. Jenuh naik turun Shikara sehingga enam tujuh kali.
Sampai di boat house terus dihidangkan dengan teh masala panas.
Selepas check in terus disajikan dengan makan tengah hari.
Tempat lawatan pertama hari ini ialah di Mughal Garden Nishat.
Comel-comel anak anak orang Kashmir. Rasa macam nak bawa balik sorang.
Warna daun sudah jadi kekaratan sebab sudah hampir penghujung musim luruh.
Pakaian tradisi orang Kashmir untuk disewa. Sesuai untuk OOTD.
Antara daun pokok yang masih agak OK lagi.
Taman yang agak luas dan banyak tangga. Memang tak dapatlah nak melangkah semua.
Tempat melepas hajat berhampiran jeti.
Alat pemanas tradisi disediakan disetiap bilik.
Suhu pada petang hari berada dibawah 10 degree. Rumah bot ini diperbuat dari kayu, jadi keadaan di dalamnya agak sejuk. Pemanas ada disediakan tapi hanya dapat bertahan dua tiga jam saja sebab ianya menggunakan arang. Di sini juga sering berlaku kekurangan tenaga elektrik. Pada waktu itu hanya lampu saja yang akan menyala. Plug dan pemanas air di bilik air tidak berfungsi. Rasanya pada masa pre winter dan winter sangat tidak sesuai menginap di sini.
Sarapan pagi yang disediakan. Sangat ringkas, hanya roti dan buah-buahan saja selain minuman panas.
Naik Shikara lagi. Beginilah rutin setiap hari selagi menginap di boat house.
Hari ini kami nak ke Gulmarg yang terletak hampir dua jam perjalanan dari tempat penginapan.
Berhenti sekejap untuk mengopi.
Ada sepohon pokok Chinar yang masih cantik daunnya. Tempat ini agak kurang sejuk berbanding di Tasik Dal.
Jadilah dapat berfoto di sini.
Seronoknya makcik-makcik ni.
Sampai di kawasan ini untuk mengantikan kasut biasa dengan kasut boot Phuachukang.
Hari Ahad jadi memang ramai orang di sini.
Tour leader si sini cadang kami guna ATV saja berbanding naik kuda untuk ke kawasan cable car.
Tak ramai orang menggunakan ATV ini. Bayarannya 2000 rupee seorang.
Bagus juga guna ATV ni sebab cepat sampai.
Berhenti sekejap untuk mengeteh.
Gulmarg Meadows Strawberry Valley tempat kami berhenti sekejap.
Anak sungai yang sudah hampir membeku di sebahagian permukaannya.
Belum ada salji di bahagian bawah.
Sebelum meneruskan perjalanan.
Berbaris yang sangat panjang untuk menaiki cable car.
Kumpulan kami hanya berhenti di kawasan ini saja kerana tiket untuk bahagian kedua untuk naik ke puncak telah habis terjual tiga bulan lebih awal. Nasib baik tiada tiket kerana pada hari itu cable car mengalami kerosakan dan banyak kali tergendala. Berjam-jam orang berbaris menunggu.
Ada tempat menjual makanan di sini dan keadaannya agak becak. Berbaloilah tukar kasut.
Makanan di sini semua halalan toyyiban.
Di sini juga ada masjid untuk kemudahan pengunjung.
Antara rumah-rumah di sini.
Selamat tinggal Gulmarg.
Sebelum balik pekena makan tengah hari dulu di sebuah restoran di sini. Makanan di sini adalah yang tersedap selama kami berada di bumi India dan boleh diterima tekak.
Program hari esoknya ialah ke Aru Valley dan Apple Valley di Pahalgam. Lokasinya lebih seratus kilometer dari tempat penginapan dan perjalanan mengambil masa lebih dua jam setengah. Pagi ini kami terus check out boat house kerana akan menginap di hotel lain yang berhampiran dengan lapangan Terbang Kashmir untuk ke Delhi keesokan harinya. Kalau ikut itinerarynya kami akan singgah ke ladang Saffron. Masa sampai di kedai Transmart, TL kata tempatnya dah terlepas. What...
Kedai ini menjual bermacam makanan kering terutamanya buah-buahan. Saffron juga ada. Harganya 3500 rupee (hampir RM200) untuk 10 gram. Murah kata makcik yang sorang tu. Ambillah juga sebotol. Bayaran boleh dibuat dengan kad debit Visa. Master card macam tak jalan.
Pandai membodek Mamat yang jadi penjual di sini.
Ada cafe comel di sini. Pasangan muda tu belanja Nescafe.
Singgah di sebuah resorts di atas bukit untuk makan tengah hari dan solat.
Sedap juga makanan di sini.
Pemandangan kawasan sekitar.
Seterusnya bergerak ke kawasan kaki bukit Aru Valley untuk menaiki kenderaan lain. Kenderaannya buruk saja tapi mungkin sudah diubahsuai untuk mendaki bukit. Staedy je meluncur laju. Kami pulak yang terasa seram.
Banyak kuda mini macam ini. Boleh tunggang bagi yang malas berjalan dengan dikenakan sedikit bayaran.
Antara hotel penginapan yang ada di sini.
Pemandangannya biasa-biasa saja kerana belum ada walau setompok salji.
Pemandangan yang agak membosankan.
Tempat terakhir persinggahan hari ini ialah ke Apple Valley. Kawasan ini adalah dalam perjalanan balik. Banyak-banyak tempat ladang epal, ladang ini yang dibawa oleh TL. Pokoknya dah tinggi-tinggi tapi dilarang memetik buah. Kalau ikut itinerarynya adalah aktiviti memetik buah epal. TL macam tergesa-gesa nak cepat balik.
What...
Saiz buah epal di sini agak kecil tapi rasanya agak manis. Penjaga di sini ada membagi-bagikan epal yang sudah siap dipotong.
Leganya dapat menginap di hotel ini sebelum berlepas esok harinya.
Makan malam yang disediakan tapi macam susah sangat nak diterima tekak.
Betul tu bila dah meningkat umur ni rasa macam nak guna pakej jer malas dah nak backpack sendiri huhuu.. Nasib gmbr kat toilet di airport tu bukan transgender hahaha.. pening kepala nak fikir nanti :P Hotel tu kira hotel transit oleh airlines ke atau sendiri dalam pakej? Boleh yer suh salah seorang jadi tour guide huhuu seronok la boleh memutar sana sini :D
ReplyDeleteHotel tu memang pihak travel agency yg sediakan. Mula² cuak juga sbb tanpa TL tapi pihak TA sentiasa berhubung dg agen di sana. Tak boleh nak memutar sangat sbb semuanya dah disusun.. takut lari masa.. itupun ada tempat² yg tertinggal..
DeleteBergerak dgn group kecil ok juga tak serabut dan tak banyak kepala nak kena handle hahaha..
ReplyDeletemakanan dalam visata airlines tu apa benda hahah macam berkari gitu. Urinal Point tu kelakar hahahah :D
Best nyer pakej ni ada naik cable car ada naik ATV.. seronok nya
Group kecil mmg senang nak diurus tapi.. banyak nak kena keluar duit
Deletetip.. mana drivernya.. TL di sana lagi dan budak² hotel..
Makanan diaorang kat mana² pun memang susah nak ditelan. Yg kat flight tu pun tak tahu apa namanya..
Bestlah juga.. tapi tak digalakkan pergi pada musim peralihan..
Cantik hotel hotel tu mcm sebuah rumah agam yang besar ..
ReplyDeleteMakan tu susah nak diterima tekak sebab apa? pedas ke atau mcm mana ?
Luaran je mcm tu.. dalamnya macam hotel² lain juga. Kebanyakan makanan diaorang berasaskan kari.. hambar je rasanya.. tapi tak macam kari tempat kita..
DeleteMasakan depa banyak guna yogurt rasanya..ada rasa masam2..
ReplyDeleteSusah nak cakap.. tapi memang tak pernah ada yang habis setiap makanan yg disediakan kecuali utk sarapan pagi..
DeleteKashmir memang cantik. Dalam list, tak sampai lagi. Cantik semua foto.
ReplyDeleteSampailah tu satu hari nanti. Pastikan jangan pergi masa musim peralihan. Pergi masa peak autumn atau musim sejuk..
Deletetem,pat yang cantik dengan pemandagan yang asli....bagus juga bergerak dalam kumpuan yang kecil...ketua senang nak jaga
ReplyDeleteTempatnya memang cantik cuma musim peralihan yang saya pergi macam kureng sikit. Mengikut kata agen, inilah kali pertama trip ke Kashmir tanpa TL rasmi..
Deleteseronok billa dapat jalan2 dan kenal dunia luar.. Alhamdulillah..
ReplyDeleteMemang seronok tapi kena kurangkan jalan² sebab kos dah semakin tinggi sekarang ni...
DeleteBestnya kashmir...sy suka food sana hahaha tp betul kalau duk musim winter kt houseboat tu mmg xleh byg sejukkkk mlm2. Kami pi september pun rasa nk gaduh sejuk mlm dia 😂
ReplyDeleteNtahlah saya susah sangat nak telan makanan kat sana.. karinya macam hambar je.. Bulan September sedang autumn tu mesti cantik.. Masa pre winter ni sejuk yakamat kat houseboat tu. pemanas tilam pulak rosak..
DeleteCantiknya Kashmir...ok jg takde tour leader dari M'sia...local TL nmpk ok arrangement dia..
ReplyDeleteKalau kena musim yang betul rasanya Kashmir lebih cantik.. Kami jenuh nak menghulur tip kerana banyak kali bertukar TL di lokasi yang berlainan.. kalau group yang besar mungkin lain kesahnya..
DeleteBulan berapa ya pergi waktu ni? Kalau pergi masa 2dec agak2 da ada salji x?
ReplyDeleteSaya pergi pertengahan November.. kira trip pre-winter lah.. salji belum begitu tebal tapi suhu sangat sejuk di Tasik Dal dan di sekitar Srinagar..
Delete2 dec agak2 dah ada salji tak kat sana? Pergi kashmir waktu bulan berapa ya ni?
ReplyDeleteSalji cuma ada di Gulmarg.. di Pahalgam belum ada lagi..
Delete