Ini adalah trip keluarga ke Da Nang. Mula-mula rasa agak macam rumit memikirkan tentang pengangkutan dan makanan semasa di sana. Maklumlah di Da Nang ini masyarakat Muslim terlalu kurang. Masjid pun tak ada. Nak pergi ikut pakej belanja agak besar untuk sembilan orang. Kami menempah satu apartment tiga bilik yang ada kemudahan tempat memasak. Banyak juga bekalan makanan yang kami bawa kerana harga makanan di restoran halal di sini agak keras sikit. Setiap kali makan tengah hari, kami makan di luar tapi makan malam di apartment saja. Dapur yang disediakan adalah jenis induction jadi kami bawa sendiri periuk khas untuk dapur tersebut.
Untuk pengangkutan, tiba-tiba teringat kepada seorang Melayu Vietnam yang pernah kami minta dia uruskan masa trip ke Dalat walaupun dia tinggal di HCM City. Alhamdulillah rupanya dia ada banyak kenalan di bandar-bandar lain. HCM City ke Da Nang berjarak lebih 900 km jauhnya melalui jalan darat.
Jika ada sesiapa yang memerlukan perkhidmatannya boleh hubungi encik Rashid Yacob melalui WhatsApp di no +84909634105.
Penerbangan kami ke Da Nang berlepas pada waktu tengah hari dan sampai menjelang waktu asar di Vietnam. Siap-siap makan tengah hari dulu sebelum berlepas. Set masa yang sangat bagus dan cuaca pun amat baik sepanjang kami di sana. Waktu di sana sejam lewat berbanding dengan Malaysia. Suhu harian diantara 20 - 25 darjah Celcius.
Di Vietnam, menurut kata Rashid applikasi Zalo lebih popular berbanding WhatsApp kerana ada dwibahasa iaitu Vietnam dan English. Jadi terpaksalah install applikasi Zalo untuk kemudahan berkomunikasi dengan Mr Tuan, pemandu kami sepanjang berada di sana. Google translate banyak membantu dalam hal ini.
Kenderaan yang boleh memuatkan dua belas orang termasuk pemandu. Sangat selesa dan ada ruang khas yang mencukupi untuk bagasi dan stroller. Pemandu kami bernama Mr Tuan dah sangat bagus servisnya. Kami terus dibawa ke hotel dan minta Mr Tuan datang semula selepas maghrib untuk makan malam dan seterusnya ke pasar malam dan Dragon Bridge.
Richico Apartment & Hotel yang terletak tidak jauh dari pantai. Ada tiga bilik lengkap dengan bilik airnya sendiri. Kemudahan memasak terletak di bilik yang paling besar. Ada meja makan dan peti ais sekali. Terdapat juga kolam renang di tingkat paling atas. Tempahan bilik sudah termasuk sarapan pagi tapi kami tak pernah pergi pun.
Bersebelahan dengan Q Mart, agak mudah untuk mencari barang keperluan. Ada beberapa barangan halal di sini.
Halal Food Karim, salah satu restoran makanan Melayu yang ada di Da Nang. Pelayannya boleh berbahasa Melayu. Buku menunya juga di tulis dalam Bahasa Melayu dan Vietnam. Nampaknya macam restoran milik keluarga.
Menyediakan masakan cara Melayu dan Vietnam. Ada ramai peserta pakej yang makan di sini. Tak nampak pun yang ke sini secara DIY bersama keluarga.
Kopi ini direkomen untuk beli sebab rasnya memang sedap. Yang penting ada logo halal.
Di restoran ini juga ada dijual telekung dan baju T serta bermacam produk kopi. Sempat membeli beberapa pek dan salah satunya di atas. Harganya 300K Dong untuk 50 paket kopi. Boleh bayar dengan duit Malaysia tapi dengan harga RM60. Kalau ikut pertukaran memang agak lebih mahal.
Son Tra Night Market.
Lepas makan malam Mr Tuan bawa kami ke Son Tra night market. Jaraknya lebih kurang satu kilometer saja dari Restoran Karim. Pasar malam ini dibuka setiap hari dari jam 6.00 petang hingga 12.00 tengah malam. Kalau nak cari souvenirs di sini tempatnya kerana harganya lebih murah. Ramai betul orang Korea di sini berbanding orang tempatan. Ini disebabkan ada banyak penerbangan dalam seminggu dari Korea ke Da Nang.
Hari pertama masing-masing dah mula melabur duit di sini. Ada yang mengulang pada hari yang lain untuk menambah berat bagasi. Dia orang pergi naik grab car saja.
Lokasi pasar malam tak jauh dari Sungai Han di bandar Da Nang. Ada beberapa batang jambatan merentangi sungai ini. Salah satu jambatan yang paling popular ialah Dragon Bridge. Pemandangan di sepanjang tebing sungai ini memang cantik berlatarbelakangkan bandar Da Nang di kedua-dua bahagian tebing sungai ini. Da Nang merupakan bandar ketiga terbesar di Vietnam.
Foto Dragon Bridge di Lapangan Terbang Antarabangsa Da Nang.
Kalau dah 9 org mmg masak la paling jimat.. Alhamdulillah nasib dan pengangkutan dari yg dikenali. Kenapa bawa kuali periuk dri rumah. Pihak aprtmnt tak sediakan ke?
ReplyDeleteMemang banyak jimatnya sebab sekali makan pun biasanya dalam lingkungan RM300 juga. Syukur sangat sebab pertolongannya semuanya berjalan lancar. Bawa periuk khas saja kerana periuk biasa tak matching dengan induction cooker dan tak akan jadi panas. Risau pulak nak gunakan apartment punya..
DeleteInsyallah next time boleh try utk menyertu atau samak peralatan memasak di negara asing. Insyallah mudah dan memang ia satu kemudahan dalam islam. :D saya selalu buat jika tidak yakin dengan peralatan memasak di sesebuah negara tersebut :D
DeleteWah bagus idea tu tapi kami lebih selesa guna peralatan sendiri.
DeleteHalal Food Karim.. Makanan halal di tmpt yg susah nak dpt makanan halal mmg sesuatu yg di nanti2 kan huhuu.. kena guna app selain whatsapp ah sudah.. nasib la.. btw cantik bridge tu :D
ReplyDeleteBetul tu.. restoran itu nampak maju pun sebab ramai pelancung dari Malaysia makan di sana. Apps tu sama je fungsi macam WA jadi no problem. Bridge tu waktu malam agak cantik, bila siang biasa-biasa je..
DeleteBelum ada peluang lagi untuk menjejak kan kaki ke Da Nang. Pernah sekali ke Ho Chi Minh sahaja itu pun dah hampir 8 tahun lepas. Thanks untuk semua info yang diberikan :D
DeleteKalau nak bawa family lebih baik pergi Dalat. Lagipun Dalat lebih banyak tempat tarikannya.
DeleteWahh best ni pergi Danang, kami belum sampai. Betul di sana tak banyak kedai halal.
ReplyDeleteBest la juga.. sebab cuaca tengah agak nyaman. Setakat yang saya tahu ada dua restoran Melayu halal. Ada juga restoran halal India tapi kami tak singgah pun.
DeletePergi HCMC pun susah nak dapat makanan halal, nasib tinggal dekat Ben Than banyak juga pilihan. Luar2 dari tu memang jenuh.
ReplyDeleteBetul tu tapi kalau sudah kaki jalan semuanya tu masalah kecil je..
DeleteBelum pernah sampai Da Nang.
ReplyDeleteNampaknya agak susah pergerakan kalau tak ambil driver & kenderaan ya.
Memang agak sukar terutama bila bawa keluarga dengan budak-budak kecil.. jarak sesuatu tempat juga agak jauh..
DeleteNo ws tu tak aktif la
ReplyDeleteCuba DM kat facebook.. Rashid Yacob
DeleteAssalamualaikum mcm mana nak berhubung dengan en Rashid sb dah save x dapat WhatsApp
ReplyDeleteCuba DM kat facebook.. Rashid Yacob
DeleteBoleh dapatkan nombor en Rashid yg boleh whatsaap .
ReplyDeleteRashid Yacob +84909634105
DeleteAda kedai kopi halal yg tuan boleh suggest di Da Nang. Bulan depan saya ke sana. Teringin juga nak cuba kopi vietnam dan egg coffee ori
ReplyDeleteTak perasan pulak tapi ada dua buah restoran Melayu Vietnam yang boleh kita pergi. Kopi Vietnamnya pun sedap..
DeleteSuhu nyaman2 mcm cameron ke mcm biasa ja?, sy nk bawak baby 10m bulan depan
ReplyDeleteSuhu di Danang agak nyaman.. cuma di Ba Na Hill mungkin sejuk sedikit. Bawa baby takde masalah..
Delete