Wednesday, March 8, 2023

Umrah Musim Sejuk

Pada mulanya tarikh sebenar berlepas adalah pada awal bulan Februari, tapi bila disemak semula dengan Travel Agent (TA) hotel yang diberikan agak kurang memuaskan lokasinya. Jadi TA berikan opsyen lain iaitu berangkat sebulan lebih awal dengan lokasi hotel yang lebih baik. Harga pakej pun boleh dianggap paling murah iaitu kurang RM7K berbanding pakej dari TA lain yang lebih mahal. Suhu harian di sana pun sangat-sangatlah nyaman.

Untuk pergerakan dari Madinah ke Mekah diberikan dua pilihan sama ada dengan bas atau dengan kereta api laju HSR. Kami pilih HSR dengan sedikit caj tambahan. TA yang kami ikuti memang ramai jemaahnya. Satu kapal terbang habis diborongnya iaitu sebanyak tujuh kumpulan. Satu kumpulan terdapat antara 35 hingga 40 orang jemaah.

Untuk menempah slot Umrah dan memasuki Raudhah perlu dibuat semasa di Malaysia lagi. Slot Umrah ditempah lebih dahulu kerana itulah tujuan utama kita ke sana. Kalau tak dapat slot susah jadinya nanti.

Tempoh : 7 - 19/1/2023 (13H 10 M)
Travel Agent : Tiram Travel 
Penerbangan : AMAL by MAS (KUL - MED & JED - KUL)
Penginapan : Madinah (Movenpick) Mekah (Al Safwah)
Suhu Terendah : 7⁰C di Madinah
Suhu tertinggi : 24⁰C di Mekah
Apps yang digunakan : Nusuk

Hotel Movenpick Madinah berada di penjuru kanan Masjid Nabawi. Antara hotel yang terdekat dengan masjid terutama untuk jemaah wanita.

Bilik penginapan yang amat luas untuk 4 orang. Siap ada pantry di hadapan pintu masuk. Kami satu keluarga jadi dapat duduk sebilik. Bagi suami isteri yang memilih untuk pakej empat orang sebilik, terpaksa duduk di bilik yang berlainan.

Pagi yang agak sejuk.

Selepas maghrib, masih lagi nyaman.

Untuk memasuki Raudah, mutawwif kami pilih waktu tengah malam menjelang pagi. Ingatkan dah kurang orang rupanya masih lagi beribu-ribu orang yang menunggu. Orang ramai dikehendaki berbaris dan disemak pendaftarannya pada aplikasi Nusuk. Kemudian dibahagikan kepada beberapa kumpulan dan masuk ke Raudah mengikut giliran. Masa yang diberikan lebih kurang 20 minit, jadi manfaatkanlah sebaik-baiknya.

Jemaah sedang bersolat di dalam Raudah.

Masa untuk keluar.

Melalui kawasan makam Nabi Muhammad SAW.

Lawatan ke Masjid Quba.


Ladang kurma.

Kilang mencetak Al Quran.

Kawasan Bukit Magnet.

Telaga Iziq.

Takungan air telaga.

Kawasan makan-makan.

Berhampiran kawasan Masjid Nabawi ini terdapat satu kawasan untuk makan-makan. Bolehlah bertukar selera jika dah jemu dengan makanan hotel. Gerai-gerai terletak di kiri kanan jalan dan di tengah-tengahnya adalah kawasan untuk kita makan. Tetapi dua minggu selepas kami balik, kawasan ini telah dirobohkan padahal ianya nampak sangat baru lagi. Ada yang beranggapan tempat ini dirobohkan kerana ramai yang leka di sana walaupun solat sedang dijalankan. Beberapa minggu kemudian tempat ini dibangunkan semula. Rupanya ianya dibina semula dengan sedikit pembaikan. Tempat makan bukan lagi di tengah-tengah laluan kerana ianya mengganggu pergerakan orang ramai sewaktu keluar dari masjid. kerana kedudukannya yang tidak begitu jauh dari masjid.

Ikan jenahak goreng yang lebih dua kg beratnya. Nasi ceduk letak atas meja yang dialas plastik.

Kami sempat juga makan di luar kawasan iaitu di Shariq Qurban yang lokasinya berhampiran masjid Bilal bin Rabah. Tambang dengan teksi ke sini adalah SR20 saja.

Masjid Bilal bin Rabah.

Sempat juga merasa makan nasi berlaukkan daging unta untuk makan tengah hari semasa lawatan.

Kunafa yang sangat sedap. SR8 sekeping.

Masa untuk berangkat ke Mekah. Jemaah yang menaiki bas bertolak lebih awal kerana mengambil masa yang lama untuk sampai di Mekah. Tiga belas orang dari kumpulan kami memilih untuk naik kereta api laju. HSR ini cuma berhenti di King Abdullah Economic City KAEC dan Jeddah sahaja sebelum tiba di Mekah. Perjalanan mengambil masa dua jam lebih saja.

Di hadapan Haramain Madinah HSR Station.




Check in Al Safwah Hotel.

Pemandangan Masjidil Haram dari bilik penginapan. Pembinaan yang tak tahu bila akan selesainya.

Kawasan dataran.

Hotel Al Safwah di sebelah kiri.

Untuk mengerjakan umrah ada laluan khas yang disediakan. Bagi jemaah lelaki yang tidak memakai pakaian ihram tidak dibenarkan mengikuti laluan ini. Bagi jemaah wanita memang tiada masalah. Untuk tawaf sunat kena ikut laluan atas atau menggunakan skuter. Bayaran untuk tawaf dan saie jika dengan skuter ialah SR115 seorang termasuk GST. Sebelumnya cuma SR100 saja.

Selesai mengerjakan tawaf.

Menunggu partner yang belum siap lagi.

Ruang makan di hotel.

Untuk tawaf wida' kami pilih naik skuter. Jemaah lelaki boleh ikut laluan tawaf tapi kena pakai pakaian umrah.

Selesai tawaf wida' rombongan Tiram Travel terus di bawa ke Jeddah. Sementara menunggu waktu penerbangan pada waktu malamnya, kami di rehatkan di sebuah masjid berhampiran laut. Agak lama juga menunggu di sini. Setiap jemaah diberikan bekalan makan yang telah siap dibawa dari Mekah.

Masjid Hassan Enany. 

Menjelang waktu maghrib.

Travelator di Jeddah airport. Selamat tinggal Tanah suci Mekah dan Madinah.

4 comments:

  1. Alhamdulillah..cantik2 semua photo...dekat betul hotel di Mekah, boleh nampak dataran...bagus beri pilihan, berpeluang naik HSR Madinah-Mekah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Syukur semuanya dipermudahkan.. pakej yg berpatutan dan waktu yg paling selesa utk mengerjakan umrah..

      Delete
  2. Alhamdulillah best nyer dpt blik selesa di Madinah tu.. Besar dan cantik.. Klau ada rezeki lagi nak naik train jugak dri madinah me Mekah tu.. dulu takde train tu.. Kita pun pergi dgn tiram dulu tahun 2017 masa tu harga masih murah RM4990.00

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tiram Travel antara agen umrah yang memberikan pakej paling murah.. hotel pun selesa tapi kalau naik HSR ada bayaran tambahan..

      Delete

En/Cik Anonymous... sila tinggalkan nama...