Thursday, February 11, 2021

Santai-santai di Port Dickson - PNB Ilham Resort

Keluar dari PD Ostrich Farm kami terus cari tempat untuk makan tengah hari. Memang banyak betul restoran di sepanjang jalan menuju ke Teluk Kemang. Akhirnya kami singgah di Kedai Makan Ayam Bakar Pasu Terlangkop. Selain ayam bakar, banyak lauk lain yang disalai dan dimasak berkuah seperti daging, itik dan ikan.

Untuk penginapan malam pertama kami pilih untuk menginap di PNB Ilham Resort yang terletak di kawasan Lagun Biru, Tanjung Tuan. Sudah beberapa kali menginap di sini. Resorts ini sudah agak lama tapi masih cantik macam dulu. Mulanya nak ambil dua malam terus di sini tapi bilik penuh untuk hari berikutnya.

PNB Ilham Resort kini dikenali sebagai Villea Resorts.

Tour leader kami untuk trip kali ini.


Tempat letak kenderaan pun banyak di dalam kawasan dan di luar hotel. Cuma jika waktu pagi banyak kenderan luar yang menumpang parking di sini untuk mendaki bukit di sebelah resorts ini.


Kena bawa makanan sendiri kerana restoran di sini tutup awal dalam tempoh PKPB. Sarapan pagi ada disediakan untuk yang menginap di sini. Ingat malam tu memang malas nak keluar tapi terpaksa  keluar juga untk melayan perut.

Ruang tamu yang luas dan selesa.

Cukuplah untuk mengopi.

Lokasi resorts ini memang terbaik kerana terletak di kawasan Lagun Biru kerana pantai di sini antara yang tercantik di Port Dickson. Pantainya pun kira-kita 100m saja dari tempat penginapan. Pantai lain yang berdekatan ialah Pantai Cermin.







Petang tu memang tak ada ke mana-mana cuma melayan si kecik mandi kolam. Foto pun skodeng dari atas je. Keseluruhannya resorts ini memang sesuai untuk percutian keluarga kerana lokasi dan persekitarannya yang cantik dan bersempadan dengan hutan simpan Tanjung Tuan. Yang menariknya kawasan Tanjung Tuan ini berada dalam kawasan pentadbiran negeri Melaka!

5 comments:

  1. Kalau pergi sini SA x lepas hiking ke Bukit batu putih..jadi tumpuan juga untuk para hikers yang baru berjinak- jinak dlam dunia hiking..pemandangan pun cantik untuk abadikan kenangan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pernah daki bukit kat belakang tu tapi menyemputlah juga..

      Delete
  2. Near the beach; sightseeing nearby

    ReplyDelete
  3. thanks for the information this is very helpful .i think this is important

    ReplyDelete

En/Cik Anonymous... sila tinggalkan nama...