Monday, February 1, 2021

Santai-santai di Port Dickson - PD Ostrich Showfarm

Jalan-jalan ke Port Dickson je tapi sampai 3H2M. Sebenarnya sesaja nak berehat dan menghilangkan rasa bosan duduk di rumah. Percutian ini pada akhir tahun 2020 dan pada malam tahun baru 2021 kami berada di PD.

Keluar agak awal sikit sebab nak menyinggah di Ostrich Showfarm. Hari itu hari bekerja jadi yang lain  akan menyusul pada sebelah petangnya. Ke sini pun sebab nak melayan si  kecik tu. Tiket masuk boleh dibeli di kaunter atau secara online. Jika beli secara online dapat potongan RM2 untuk setiap tiket.

Lokasinya tidak jauh dari Polteknik Port Dickson.

Harga tiket RM20 untuk dewasa dan RM15 untuk kanak-kanak.


Di pintu masuk ada dijual rumput dan dedak untuk dijadikan makanan burung-burung Ostrich di sini. Selain Ostrich ada juga kuda, arnab, biri-biri, lembu, keldai, ikan dan burung-burung lain. Ada orang kata tempat ini agak berbau tapi masa kami ke sini semuanya OK sebab masa tu cuaca panas terik. Yang berbau tu mungkin jika hujan sebelumnya dan dalam keadaan lembab.

Ini burung Ostrich yang dah agak berumur. Diasingkan daripada yang lain sebab agak garang.





Naik kereta kuda ini bayarannya RM10 seorang. Tak jauh mana pun jaraknya.



Kalau nak menunggang kuda pun boleh.



Ada banyak takungan ikan di sini.



Pintu keluar melalui kedai  cenderamata.

Berbaloi ke datang ke sini? Bolehlah, tiket pun taklah mahal mana. Kalau penat ada terdapat cafe kat dalam ini untuk membasahkan tekak. Staf kat sini pun semuanya bagi layanan yang bagus. Tak sampai dua jam dah boleh habis semua aktiviti dan tempat lawatan.

4 comments:

  1. SA pernah kesini bawak anak jenjalan masa dia kecik dulu..okey la dari takde kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tempat ni memang sesuai untuk bawa anak-anak mengenali haiwan cuma kurang kepelbagaiannya..

      Delete
  2. boleh tahan harga tiket separuh dari zoo negara.. tapi tak apa la.. sekali sekala kan.. seronok tgk haiwan2 :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ni pun sebab nak melayan si kecik tu.. kalau tak memang tak jejak lagi nampaknya..

      Delete

En/Cik Anonymous... sila tinggalkan nama...