Tuesday, March 23, 2021

Santai-santai di Port Dickson - Seri Bulan Apartment

Pagi tu sempat lagi turun ke pantai sebelum check out. Kat pantai ini tak ada banyak aktiviti laut yang boleh dibuat berbanding di Pantai Teluk Kemang. 

Tengah harinya sementara menunggu untuk check in penginapan seterusnya kami ke bandar Port Dickson untuk makan tengah hari. Banyak je kedai makan di sepanjang jalan tapi macam susah nak cari tempat parking. Lagipun kami nak melepak sekejap di Port Dickson Waterfront selepas makan.

Menara jam di bulatan bandar Port Dickson berhampiran tempat kami makan.

Teh tiga lapis menu istimewa di Sukands Food Station.

Jam satu tengah hari kami bergerak ke tempat penginapan seterusnya iaitu di Seri Bulan Apartment yang terletak di Teluk Kemang. Ada dua blok penginapan di sini. Kami dapat apartment di blok B yang agak jauh sikit dari pantai.

Kat sini banyak pulak apartment yang kosong. Kalau datang on the spot pun masih boleh dapat bilik.

Pemandangan dari blok B.

Untuk makan malam kami ke Kampung Teluk di Pasir Panjang. Tempat ini kurang sesak berbanding Restoran Ikan Bakar di bandar Port Dickson. Lokasinya pun lebih dekat sebab ada jalan pintas melalui Politeknik Port Dickson. Ke sini agak awal sebab tak mahu menunggu lama jika orang sudah ramai.

Kedai yang banyak dicadangkan dalam beberapa blog.

Cantik dan bersih pesekitarannya.

Selepas buat pesanan makanan sempat kitaorang merayau ke jeti di bahagian bawah restoran semantara menunggu makanan siap. 

Ada beberapa orang sedang memancing di jeti ini.

Air sedang pasang. Tak tahu macam mana keadaannya bila surut.

Lebih lima puluh meter panjangnya.

Jeti di bahagian yang satu lagi.

Sampai di atas makanan pun dah hampir siap.

Esoknya sempat lagi ke pantai. Tapi masing-masing malas nak mandi.

Ada yang nak melayan benda ini. Kita ikutkan saja.

Jom balik..

Untuk makan tengah hari kami singgah di Kafe Kampung KAW yang terletak di Jalan Haji Sirat, Kampung Baru. Lokasinya  agak tersorok di kawasan perumahan tapi persekitarannya agak menarik. Tempat parking pun banyak. Pilihan menunya banyak dan makanannya pun sedap.

'Pasti Terpukaw' gitu slogannya.

Ayam KAW.

Kambing KAW.

Bolehlah singgah di sini jika ke Port Dickson. Waktu operasi dari jam 8.00 pagi hingga 2.30 petang sahaja.
(Foto Google)

4 comments:

  1. Macam best je main benda tu..apa namanya?
    Biasa nampak banana boat je.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pun kurang tahu.. nampak macam tarikan terbaru di sini..

      Delete
  2. menarik cafe KAW..tapi waktu operasinya pendek je..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mungkin banyak persaingan restoran lain yang memulakan perniagaan dari petang hingga ke malam terutama di sepanjang pantai..

      Delete

En/Cik Anonymous... sila tinggalkan nama...