Saturday, January 16, 2021

Jalan-jalan PKPB - Sekinchan

Petang itu kami tak terus balik tapi singgah menginap di Sekin Hotel & Resort di Sekinchan. Khabarnya hotel ini milik Dato' Jamal Yunus. Di dalam kawasan hotel ini ada Restoran Sekinchan Ikan Bakar. Jadi kalau nak makan-makan agak senang terutamanya pada waktu malam. Masa kami sampai di sana ada banyak kerja-kerja renovasi yang sedang djalankan untuk mencantikkan kawasan persekitaran dan menambah bilangan bilik hotel. Ada kemudahan kolam renang tapi masih tidak dibuka dalam tempoh PKPB. Ada juga kolam untuk memancing bagi yang berminat.

Laluan masuk Sekin Hotel & Resorts. Banyak tempat letak kenderaan dalam kawasan ini.

Bilik-biliknya besar dan lapang.  Laluan tengah antara bilik-bilik ini terus menuju ke tepi laut.

Sekadar tempat untuk mengambil angin.

Waktu surut air agak jauh ke tengah.

Dipenuhi batu-batu pemecah ombak untuk menghalang hakisan.

Esok paginya kami check out awal sikit sebab nak terus keluar bersarapan. Sempat juga singgah di Pantai Redang di hujung jalan dari arah hotel. Pantainya memang berlumpur semata. Jangan harap nak bercanda di tepian pantai. Nama Pantai tak mau kalah. Pantai Redang versi Pantai Barat.



Anggaplah macam kita berada di Pulau Redang.


Di dalam pekan Seknchan ni sebenarnya agak susah nak mencari kedai makan halal. Yang banyak restoran China. Puas kami pusing satu pekan akhirnya jumpa satu restoran mamak. Late breakfast kami hari ini.

Di belakang pekan Sekinchan ni ada banyak sawah padi dan kawasannya agak luas. Waktu itu padi sudah menguning dan hampir waktu untuk dituai. Keadaan sawah pun sudah kering.








Yang ini sudah siap dituai. Mungin ditanam mengikut peringkat yang berlainan.

Bus Cafe yang terletak di tepi sawah.





Dalam kawasan sawah ni ada banyak tempat penginapan yang boleh disewa. Antaranya ialah Farm Ville dan Padi Box. Tapi pada siang hari kawasan ini amatlah panas. Sebenarnya ada beberapa lagi tarikan di kawasan ini seperti Ah Ma House, Galeri Padi dan Mango King Farm tapi kami malas nak pergi.

Masa balik kami sempat singgah di Pantai Remis, Kuala Selangor. Di sini ada banyak pejual ikan dan segala macam makanan laut. Yang pentng semuanya segar dan harganya berpatutan sebab tidak melalui orang tengah.

6 comments:

  1. Replies
    1. Pantai Remis di Perak pekan tapi yg di Selangor ni cuma tempat lepak² tepi pantai walaupun tak secantik mana..

      Delete
  2. Dua thn lepas lalu je tak sempat explore. Memang kena pi nanti.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pastikan masa tu padi tengah menghijau tentu pemandangan lebih cantik.

      Delete
  3. Sawah padi tu di perkampungan Melayu ke Cina? Mie masuk tak Bus Cafe tu? Kalau masuk mungkin dapat menikmati pemandangan sawah padi yang terbentang luas.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rasanya kawasan Cina sbb terletak betul² di belakang pekan Sekinchan. Kawasan melayu ke arah Sg Besar. Bus Cafe tu ragu² nak masuk sbb bukan dimiliki orang kita..

      Delete

En/Cik Anonymous... sila tinggalkan nama...