Tuesday, January 5, 2021

Jalan-jalan PKPB - Sunflower Garden

Hari dah mula panas jadi kami bergerak ke destinasi seterusnya. Biasanya kita akan ke Thailand untuk ke ladang bunga matahari tapi di Bagan Datuk pun ada walaupun saiznya lebih kecil. Lokasinya berada Bagan Sungai Burung, Bagan Datuk. Tempatnya agak tersorok sikit. Tempat letak kereta pun agak terhad dan terpaksa berjalan kira-kira 200 meter untuk ke ladangnya. Bayaran masuk ke tempat ini ialah RM13.00 dan dibekalkan sekali dengan makanan ikan.

Sunflower Garden Bagan Datuk, Perak.


Parit yang dipenuhi dengan ikan untuk pendapatan sampingan.


Ada beberapa peringkat tanaman bunga matahari di sini. Tujuannya supaya ladang ini tidak putus bekalan bunga yang berkembang. Yelah kalau dah datang jauh-jauh cuma dapat tengok pokok saja tentulah kecewa.





Dah hampir boleh untuk dibuat kuaci ni.

Ada pulak yang berpasangan.

Kembang tak berapa menjadi.









Ramai juga pengunjung pada hari itu walaupun panas berdenting. Kebanyakannya orang dari luar kawasan Bagan Datuk. Berbaloi juga datang ke sini berbanding nak ke Thailand yang entah bila boleh dapat ke sana selagi masalah Covid belum berakhir.


Untuk makan tengah hari ini kami singgah di Warung Lalapan yang terletak di Sungai Besar, Selangor. Makan cara masakan orang Jawa. Warung ini dibuka untuk makan tengah hari hingga ke malam.


Lauk dihidangkan dalam talam seperti ini. Banyak pilihannya. Harganya cuma RM45.00 untuk empat orang berserta nasi dan air sirap. Murah banget.

12 comments:

  1. silahkan berkunjung ke Bogor, Indonesia, wisata sejuk dan indah
    :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sudah dua kali ke Jakarta dan Bandung tapi belum berkesempatan ke Bogor..

      Delete
  2. Tak perlu ke China kalau nak tengok Sunflower.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sunflower garden yg luas ada banyak kat Thailand NA..

      Delete
  3. Tempat yang semakin dikenali. Laju en.mie sampai ya.

    Meriah lauk dalam talam tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kebetulan dah sampai Bagan Datuk.. kita singgahlah sekali..
      Lauk tu memang meriah dan berbaloi²..

      Delete
  4. ini dalaaaammm wishlist !! buat ganti tak boleh ke Lopburi kan..
    kita terjah sini jelah.. tengok terik tu. mmg kena prepare topi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nampaknya kena tunggu PKP habis baru boleh ke sana.. mungkin sebulan baru habis tempoh..

      Delete
  5. Tak payah ke siam, kat tanah malaya pun ada sun flwer garden

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ka sini pun OK cuma kawasannya tak seluas macam yang ada di Siam tu..

      Delete

En/Cik Anonymous... sila tinggalkan nama...