Sunday, December 27, 2020

Jalan-jalan PKPB - Teluk Intan dan Bagan Datuk

Selepas lebih dua bulan terperap di rumah barulah dapat merasa berjalan-jalan. Itu pun sebab Menteri Kanan kita umumkan boleh rentas negeri walaupun masih dalam tempoh PKPB. Jadi lokasi pun macam tak dirancang sangat janji dapat jalan-jalan. Kami pilih Teluk Intan dan Bagan Datuk sebab dah lebih sepuluh tahun rasanya tak menjejakkan kaki di sana.

Jalan pun agak masih lengang mungkin ramai orang yang masih was-was untuk keluar rumah. Lagipun sebahagian Lebuhraya Pantai Barat ada yang sudah boleh digunakan jadi perjalanan agak lancar. Antara yang dah di buka ialah dari Klang ke Kapar dan dari Sabak Bernam ke jambatan menuju ke Lumut iaitu bypass pekan Hutan Melintang.

Daerah yang terletak bersebelahan.

Sampai di Teluk Intan sedang elok masa untuk makan tengah hari. Di Teluk Intan ni antara makanan yang popular ialah udang galah. Jadi kami singgah di Restoran Udang Galah.

Restoran Udang Galah di Jalan Sekolah.


Nasib kurang baik sebab dapat udang galah yang kecil-kecil tapi masakannya agak sedap. Harga untuk setengah kilo ialah RM50.00. Agak murah. Udang akan di masak jika ada pesanan tidak seperti lauk-lauk lain yang memang sudah sedia ada. Lepas makan terus kami check in hotel.

Hotel penginapan kami.

Lokasinya menghadap Sungai Perak. Kalau nak dapatkan pemandangan yang lebih cantik boleh naik hingga ke atas bumbung. Kalau cuaca baik boleh layan sunset dari sini.

Selepas check in sempat kami membuta sekejap sebelum keluar semula pada sebelah petang. Cuaca pun agak redup macam nak hujan.

Jalan-jalan sekitar River Front.

Sungai yang agak besar. Ada perkhidmatan perahu tambang di sungai ini untuk ke kampung di seberang.

Ada beberapa orang sedang memancing udang galah di wakaf depan tu.

Aras air agak tinggi sebab musim hujan.

Melayan si kecik.

Lepas tu kami bergerak ke kawasan dataran Teluk Intan untuk ke mercu tanda tersohor di Teluk Intan iaitu Menara Condong. Sebenarnya menara ini adalah menara untuk tangki air dan sudah tidak digunakan lagi pada masa ini. Tingginya 85 kaki dan mempunyai 110 anak tangga. Bangunan setinggi tiga tingkat ini dibina pada tahun 1885,

Menara condong kedua di dunia selain Menara Pisa di Italy.


Info mengenai menara ini ada disediakan.


Untuk makan malam kami ke Restoran Pyorr Nasi Dulang yang terletak di seberang Sungai Bidor. Pergi ke sini awal sikit kerana restoran ini di tutup pada jam 8.00 malam pada masa itu. 

Restoran Pyorr Nasi Dulang, Taman Melor.

Set ayam merecik.

Set kambing bakar


Portion lauk memang banyak sampai macam susah nak habiskan. Siap dengan kuah kari, sambal dan sos serta ulaman. Berbaloi makan di sini dan harganya amat berpatutan.

Lepas makan kami ke dataran Menara Condong lagi. Orang cakap pemandangan pada waktu malam lebih cantik. Cuaca pun agak baik walaupun petangnya macam nak hujan.

Jam 7.00 malam.

Jam 7.30 malam

Esoknya kami bergerak ke Bagan Datuk. Bagan Datuk merupakan daerah terbaru di dalam negeri Perak. Sebelumya ia terletak di dalam Daerah Hilir Perak. Pekannya terletak di tepi Sungai Perak iaitu berhampiran muara sungai. Pekan yang agak sunyi kerana terletak di penghujung jalan. Akan datang mungkin akan lebih meriah setelah jambatan baru menyeberangi sungai ini siap dibina yang menghubuni pekan ini ke seberang.

Jalan utama di pekan ini.

Dataran Bagan Datuk di tepi Sungai Perak.


Jeti yang belum berfungsi sebab pintu masuknya masih berkunci.


Pengayuh basikal dari luar sempat singgah di sini.


Arca-arca yang dibina untk menambah tarikan dataran ini.

Masid terapung yang masih dalam pembinaan.

Replika kapal dengan taman permainan di atasnya. 


Untuk menambahkan lagi tarikan pekan ini, bangunan-bangunan kedai lama telah dicat dengan pelbagai warna. Agak menarik seakan warna bangunan tadika di kawasan perumahan.









Kucing-kucing tanpa tuan sedang menikmati makanan.

Dari sini kami bergerak ke satu kawasan tarikan yang kurang diketahui orang ramai di daerah Bagan Datuk ini. Agak menark juga tempatnya. Tunggu postingnya tahun depan.

8 comments:

  1. bagitahu siap tu posting tahun depan kuikuik..
    Bagan Datuk ni makin dikenali sbb deretan2 kedai warna warni tu.. negara kita ni cantik juga sbenarnya tp kena improve bab quality dan kebersihan..
    last ke teluk intan rasanya time kecik.. arwah ayah ada lagi. tak ingat sngt da apa kami buat kat sana hehehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tunggu setahun tu.. Betul tu CT setiap bandar perlu ada inisiatif utk menarik orang singgah atau melawat..

      Delete
  2. Menarik tempat ni, tapi jarang orang nak share keistimewaanya. Berapa harga sedulang nasi dulang tu ye.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Harga makanan tu sederhana je.. belas² rm je..

      Delete
  3. wak pon dh lama x gi teluk intan menara condong tuuh., gmbr semua menarik nih., ;p

    ReplyDelete
  4. udang galah yg agak murah rm50 tuh pon nmpk sodapppp ;p

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang murah Wak.. kalau nak ngail sendiri pun berjam baru dapat banyak tu..

      Delete

En/Cik Anonymous... sila tinggalkan nama...