Tuesday, October 13, 2020

Tamarind Suites Cyberjaya

Bulan Oktober ni macam tak ada apa-apa aktiviti jalan-jalan tapi takkan nak memerap je kat rumah. Kebetulan hari jadi sekecik jatuh pada minggu pertama bulan Oktober jadi kami bercadang nak sambut ringkas-ringkas kat luar. Lokasi yang dipilih dekat saja dari rumah dalam 20 minit memandu.

Booking tempat ini melalui booking.com tapi konsepnya macam Airbnb sebab kena jumpa wakil tuan punya rumah dan bayar secara tunai. Tempat parkirnya agak mudah dan boleh terus masuk tanpa melalui sekuriti bagai. Suite dua tingkat ini terletak di tingkat paling atas iaitu di tingkat 23. Agak menarik kedudukanya kerana ada pemandangan depan dan belakang dari tingkat bawah dan atas.

Tamarind Suites at Tamarind Square Cyberjaya.

Tingkat bawah merupakan tempat berehat dan dapur. Tingkat atas ada disedaikan 3 katil queen size dan balkoni.

Tamarind Square dari tingkat atas.

Dah banyak unit kediaman di sini.

Sekolah rendah dan menengah di sebelah kanan.

Pemandangan dari tingkat bawah.

Kami check in dalam jam 2.30 petang. Lepas siap semuanya pakcik-pakcik sikecik terus sediakan apa-apa deco yang patut. Tak banyak makanan yang dibeli kerana kami baru saja lepas makan tengah hari. Malamnya pula nak makan di luar.

Persiapan ala kadar je.

Tak sabar-sabar dia nak potong kek.

Ayah dan pakciknya penyokong tegar kelab EPL Liverpool.

Sedap semuanya. Beli di cafe berhampiran dengan rumah.

Selamat ulang tahun yang ketiga.

Alhamdulillah semuanya dapat hadir.

Sempat melayan dia mandi dengan hadiah pelampung yang baru diterima.

Kolam mandi infiniti berada di tingkat tujuh.

Malamnya kami keluar makan di kawasan Tamarind Square ini juga. Malas nak pergi tempat yang jauh-jauh. Hanya lebih kurang 300 meter saja dari pintu lift jadi kami menapak je ke sini. Agak ramai orang pada malam itu.

Foodmonger Tamarind Square.

Pergh.. gitu slogannya.

Makanan kurang uumph  sebab banyak style western. Nasib baik ada ayam goreng Korea tapi taklah sesedap di Kyochon.

Lepas makan menyinggah sekejap di Village Grocer di Tamarind Square ini juga untuk cari bahan kudapan.

Esoknya kami check out lewat sikit kerana sikecik nak mandi kolam lagi. Lepas sarapan ada yang menyambung tidur dan melepak. Sebelum balik ke rumah sempat merayap sekejap ke Putrajaya. Dah lama tak ke sini.

Bangunan ikonk di Putrajaya, Masjid Putra dan Pejabat Perdana Menteri.

Jambatan Wawasan.

Istana Selangor.


Singgah makan tengah hari di medan selera Taman Warisan Pertanian. Banyak kedai makanan di sini. 

Makan di Restoran Sate Hj Samuri sebelum balik.

12 comments:

  1. sambut birthday di angkasa namanya,...happpy birthday utk si comel

    ReplyDelete
  2. Replies
    1. Wah mesti senang gi kerja kan.. Cyberjaya jalan tak sesak rasanya..

      Delete
  3. boleh sharekan gambar tingkat atas yg ada 3 katil queen tu? :D

    hanisamanina.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak terambil fotonya pulak.. di bahagian atas ada satu bilik dg twin bed dan di bhg luarnya ada dua lagi twin bed..

      Delete
  4. best rumah tuuu dua tingkat siap hehe.. tapi seram pulak tinggi2..
    gatai kaki da ni PLM.. nak pi jalan tapi tak pergi2 kemana pun lagi ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Semua orang mmg tak sabar nak jalan² lagi.. apa nak buat.. tahun ni dua trip obersi hangus.. huhu

      Delete
    2. saya mmg plan 2020 saya nak duk Malaysia.. so sy invest kaw2 masa trip NZ.. utk 2020 plan nak pegi islands jela kat negara kita ni. tpi tngk trip orang lain hangus.. hati sama hangus jugaaaa.. terasa sama perit..

      Delete
  5. best pulak tempat dia. cantik, makanan pun sedap gee tengok haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bolehlah kalau setakat nak berehat².. nak gi obersi pun tak boleh lagi..

      Delete

En/Cik Anonymous... sila tinggalkan nama...