Tuesday, June 16, 2020

Dalat Datanla Pt 4 - Tea Farm | Flower Village | Old Railway Station | Valley of Love

Hari kedua bersama pemandu kami dibawa ke beberapa tempat yang dicadangkan olehnya di sekitar Dalat. Hari ini pun badan rasa tak berapa sehat jadi ikut sajalah  ke mana pemandu bawa. Kami ke tempat yang paling jauh sekali dari Dalat iaitu ke ladang teh. Di sini selain teh biasa ada juga tanaman teh hijau.

Lebih kurang sama dengan ladang teh di Cameron Highlands.


Di sini ada juga terdapat kedai yang menjual produk teh dan kopi. Ramai juga pengunjung yang datang tapi cuma kami saja alien pada hari itu. Kalau nak bersantai pun boleh kerana ada cafe di bahagian atas.

Seterusnya kami ke Flower Village. Tempat ini lebih menarik dari Flower Garden yang kami pergi semalam. Tapi rasa macam dah mabuk pulak dengan bunga-bunga yang terlalu banyak di sni.

Lebih berbaloi ke sini.


Memang tak adalah nak berlama-lama kat sini. Ambil foto sambil jalan sekali lalu. Terjumpa juga beberapa orang kita di sini yang pergi sendiri dan kebanyakannya bergerak dengan teksi. Tengah hari kami dibawa makan di Dalat Coffee sebelum menyambung lagi ke beberapa tempat lain.

Di Dalat ni ada juga rel kereta api walaupun kedudukannya berada di tanah tinggi. Sekarang ni sudah tidak lagi digunakan sebagai pengangkutan awam sebaliknya digunakan sebagai tarikan pelancung. Jarak perjalanannya tidaklah begitu jauh sebelum berpatah balik semula ke stesyen.

Old Railway Station.

Akhir sekali kami ke Valley of Love. Tempat ini agak luas dan dimajukan oleh syarikat dari negara China. Untuk bergerak dari sesuatu tempat terpaksa menggunakan shuttle yang disediakan, Dari pintu pagar untuk ke tempat menunggu shutte pun terpaksa berjalan hampir satu kilometer. Nasib baik melalui kawasan taman-taman  yang cantik. Ada terdapat beberapa tema taman di dalam kawasan ini.  

Berjalan melalui taman di atas ini hingga ke tepi tasik tempat menunggu shuttle.

Kawasan replika ini terletak dikawasan yang paling jauh sekali.

4 comments:

  1. ya Allah cantiknya bunga2 tu semua !! memang boleh mabuk tengok bunga tuuu kalo pegi dengan MamiZ rasanya sejam dua tak ckup tu. dia boleh blek seketul2 bunga2 tu hahaha..

    ReplyDelete
  2. Tempat yg sesuai bawa MamiZ untuk next trip tu CT...

    ReplyDelete
  3. tuaari ms wak gi replika dunia kat machap tuh., nmpk jugak aweks vietnam., hehehe terbaalik khanns., ;p

    ReplyDelete

En/Cik Anonymous... sila tinggalkan nama...