Tuesday, April 7, 2020

Dalat Datanla Pt 3 - Robin Hill | Datanla Waterfall | Flower Garden | Crazy House

Robin Hill

Dari kawasan atas bukit ini kita dapat melihat bandar Dalat dan persekitarannya dengan lebih jelas. Perkhidmatan kereta kabel di sini adalah yang pertama di Dalat. Tiket sehala berharga VND90K. Kami ambil tiket sehala saja dan pemandu tunggu di hujung yang satu lagi. Tak ada apa pemandangan  yang menarik sangat pun di sepanjang perjalanan dengan kereta kabel ini.

Pemandangan dari kawasan bawah sebelum sampai ke stesyen kereta kabel.


Datanla Waterfall

Ini adalah tempat yang paling mengujakan. Di sini kita berpeluang menaiki coaster menuruni kawasan bukit untuk ke air terjun. Coaster ini meluncur ikut laluan semacam rel dan kelajuannya kita kawal sendiri dengan membrek secara perlahan-lahan. Kalau terlalu laju dan membrek secara mengejut mungkin kita boleh tercampak ke depan.  Tapi jangan bimbang kerana ada talipinggang keselamatan. Di selekoh yang agak curam jangan bergerak terlalu lambat kerana laluannya menyendeng dan kita terasa seakan-akan nak terjatuh ke tepi. 

Tiket masuk ke kawasan ini dan coaster ialah VND110K. Bagi yang nak berjimat dan ada tenaga yang cukup boleh juga berjalan kaki melalui trek yang disediakan tapi agak mengambil masa sikit. 

Laluan turun agak berliku tapi jalan naiknya lurus saja dan di tarik oleh kabel untuk ke atas.

Best naik coaster ni.

Ada tiga peringkat air terjun di sini iaitu bahagian bawah, tengah dan atas. Yang di bahagian tengah kita boleh sampai dengan mendaki sikit melalui batu-batu besar. Bahagian yang paling atas terpaksa menggunakan lift dan ada bayaran lain yang dikenakan. Pada hari itu liftnya rosak dan kalau nak naik ke atas juga kenalah mendaki sendiri. Jadi memang tak dapeklah...

Pemandangan air terjun di bahagian bawah dan tengah.

Crazy House

Tempat ini merupakan satu kompleks rumah yang sangat unik senibinanya. Di bahgian dalamnya ada ruang pameran yang menceritakan sejarah pembinaan rumah ini. Ada beberapa bahagian rumah ini yang dihubungkan melalui jambatan kecil. Kepada yang takut dengan ketinggian dinasihatkan tak payah nak mencuba kerana pemegang di sisi kiri kanannya agak rendah. Tiket masuknya agak murah VND40K saja.



Flower Park

Lokasi terakhir untuk hari ini ialah Flower Park yang terletak di bahagian hujung Tasik Xuan Huong di tengah-tengah kota Dalat. Bunga yang ada di sini adalah sepanjang tahun dan tidak mengikut musim. Harga tiket masuknya ialah VND60K.

Kawasannya agak luas dan terdapat pelbagai jenis bunga di sini.

6 comments:

  1. Replies
    1. Yang di atas sekali adalah yg paling cantik.. tapi kami tak sampai..huhu

      Delete
  2. Sukanya tempat ada banyak bunga ni. Confirm bateri phone habis cepat sebab asyik ambil gambar je.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tapi terlalu banyak pun boleh menyebabkan kita mabuk bunga..

      Delete

En/Cik Anonymous... sila tinggalkan nama...