Ini lokasi pertama berjalan-jalan bersama keluarga dalam tempoh PKPP. Semasa PKP dan PKPB adalah satu tempoh untuk mengumpul lemak-lemak saja. Tempatnya pun tak jauh cuma dalam lingkungan 60 km saja dari rumah bergantung laluan mana yang kita ikuti.
Menginap di sini saja.
Kami menginap semalam di sini. Semua chalet habis ditempah. Orang boleh dikatakan sangat ramai pada hari itu. Semuanya kemaruk nak bercuti selepas berbulan terperap di rumah. Banyak juga yang tidur di khemah-khemah di tepi pantai.
Ada satu bilik dan ruang rehat. Kami ambil dua unit. Inilah satu-satunya chalet yang menghadap dan paling hampir dengan pantai.
Avani Sepang Gold Coast Resort. Poket tak cukup tebal untuk menginap di situ. Tempoh tiga bulan PKP semuanya merudum.
Melepak tepi pantai sambil menunggu matahari terbenam.
Terlindung pokok pulak.
Malamnya kami keluar untuk mencari tempat makan makanan laut. Keluar selepas maghrib. Ada beberapa buah restoran yang agak bagus di hujung jalan berhampiran tempat penginapan tapi semuanya padat dengan orang dan terpaksa beratur panjang. Tempat parking pun dah tak ada. Tak tahulah pukul berapa diaorang keluar. Mungkin juga diaorang datang dari jauh dan boleh bersolat jamak saja. Jadi kami keluar dari kawasan pantai. Alhamdulillah ada juga restoran makanan laut di situ dan senang dapat tempat letak kereta.
Di situ terpaksa menunggu beberapa ketika untuk dapat meja kosong. Selepas dapat meja pun terpaksa menunggu hampir satu jam untuk mendapat makanan yang dipesan. Nasib baik masakannya sedap. Harganya pun berpatutan.
Di kawasan ini banyak orang berkhemah kerana dekat dengan bilik air.
Esoknya kami bersarapan pagi berhampiran kawasan ini. Cuma ada beberapa kedai saja yang sudah dibuka. Lepas makan singgah ke pantai sekejap untuk melayan sikecik. Seterusnya balik ke bilik dan melepak sementara menunggu masa untuk check out.
Dialah yang paling seronok sekali.
Masa balik kami ikut jalan Banting. Agak jauh sikit berbanding ikut jalan KLIA. Tujuannya nak makan tengah hari di Restoran Saigon Taste Banting. Hidangan utamanya di sini ialah sup daging. Boleh pilih sama ada nak di campur kuetiau, bihun atau mee kuning. Tapi yang paling ngam sekali ialah dengan kuetiau.
Sempoi je restorannya.
Perghh sedap yakamat. Terasa macam kat Vietnam dah. Inilah gara-gara trip Vietnam yang terpaksa dibatalkan pada bulan Mac lepas.
cantik sunset...teringat pho kt HCMC..cuma tak banyak ulam2..
ReplyDeleteAlhamdulillah cuaca hari itu agak cerah padahal sehari sebelumnya hujan lebat. Banyak air bertakung. Sup tu sama sedapnya macam kat sana..
DeleteMmg nampak sedap kuetiaw sup daging tu. Ada kesempatan boleh cari tempat ni.
ReplyDeleteHashtag Allah bagi sedap tu terbaik!
Memang sedap, direkomen untuk mencuba kalau terlajak ke Banting..
DeleteNice
ReplyDeleteTQ
DeleteBagan Lalang mmg bertahun tak pergi dah hehe.. bolehla pegi lagi nanti da dekat dengan rumah. sejak pindah sini boleh mula JJCM area sini pula..
ReplyDeletePindah terus ke sini ke CT.. wah senanglah nak travel nanti.. airport pun dah dekat..
Deletealhamdulillah dah berhijrah balik ke kampung sendiri PLM..
Deletehuurmm airport dekat pun nak pergi mana skrng ni ? economy pun tingtong..
Wah dah dkt sangat tu Bangi dg airport.. pasal ekonomi tu bertabahlah.. rezeki ada di mana-mana.. Insya Allah ada lah tu nanti..
DeleteBila lah nak bercuti tahun ni...bestnya dapat bercuti tepi pantai
ReplyDeletePergi tempat yang dekat² dulu en Deen.. janji dapat jalan-jalan..
DeleteYe lah,musim covid ni kita jln dekat-dekat je lah
DeleteNak rasalah juga keenakan kuey teow sup daging Vietnam tu. Nampak sedap!
ReplyDeleteCubalah.. memang sedap..
Deletecampsite luas ke? ada toilet tak? :D
ReplyDeleteTak ada tempat khusus.. tapi khemah boleh didirikan di tepi pantai. Toilet mmg ada berdekatan...
DeleteCantik dah Bagan Lalang. Seronok dapat keluar selepas dah lama PKP. Moga dimurahkan rezeki dapatlah nanti menginap. Aaminnn...
ReplyDeleteInsyaAllah dapat sampai ke situ satu hari nanti..
DeleteJom join Us jika nak pergi kat Surabaya.
ReplyDeleteMount Bromo stargazing
mount bromo ijen crater tour package
Ijen Crater Banyuwang Tour Package
Mount Bromo Rafting Tour Package
Surabaya Tumpak Sewu Mount Bromo Ijen Crater
Mount Bromo Ijen Crater Drop Bali
Mt Bromo Astrophotography Tour Package by Camping
Package Camping Mount Bromo and B29 Tour
Rafting Mount Bromo Tour Packages 4 Day 3 Night
Mount Bromo Tumpak Sewu Waterfall
Tempat permainan semasa kecil dulu. Selalu ke sana untuk mengimbau kenangan yang berlalu.
ReplyDeleteDah semakin cantik sekarang ni en Din.. tempat jatuh lagi dikenang..
Delete13/12/2020 ahad masih ramai ke yg berkehmah kt pantai kalau malam???
ReplyDeleteBiasanya yg ramai pada hari Sabtu.. Ahad mungkin kurang sikit kecuali esoknya hari cuti.
DeleteSekarang ni jika petang Jumaat hingga awal malam ada ramai pengunjung berkhemah di pantai Bagan Lalang?
ReplyDeleteJumaat dan Sabtu mungkin ramai orang berkhemah sebab masing2 dah tak tahu nak pergi mana..
DeleteRent Car Bromo Surabaya Ijen Tour
ReplyDeleteMount Bromo Midnight Tour Package 1 Day from Surabaya
ReplyDeleteMount Bromo Midnight Tour Package 1 Day from Probolinggo
Mount Bromo Midnight Tour Package
Mount Bromo Ijen Blue Fire Tour Package From Yogyakarta
Mount Bromo Ijen Crater Tour Package From Banyuwangi
Mount Bromo Madakaripura Waterfall Tour Package
Mount Bromo Ijen Tour Package Cheap Parice
Yogyakarta Bromo Ijen Tour Package 3 Days 2 Nights
Yogyakarta Borobudur Bromo Ijen Tour Package