Saturday, February 15, 2020

Dalat Datanla Pt 2 - Sekitar hotel penginapan

Dalat berada di kedudukan 1500m dari aras laut. Suhu hariannya agak sekata sepanjang tahun seperti di Cameron Highlands iaitu antara 15-25 darjah Celcius. Kawasan ini telah diterokai oleh penjajah Peranchis untuk mendapatkan tempat kediaman yang lebih nyaman dan selesa. Oleh sebab itu banyak bangunan di sini yang mempunyai pengaruh senibina Peranchis.

Petang hari pertama ni kami cuma jalan-jalan sekitar hotel penginapan.

Salah sebuah hotel di Dalat. Bunga terdapat merata-rata di sini. Kat mana-mana dah boleh jumpa orang Malaysia sekarang ni.

Deretan hotel-hotel.

Lagi deretan hotel-hotel.


Cho Da Lat macam pasar Ben Thanh di HCM City tapi di sini sangat kurang barangan cenderamata.

Kereta sorong penjaja pasar malam yang berhampiran pasar. 

Bandarnya tidak sibuk tapi motorsikal agak banyak. Yang menariknya di Da Lat tiada traffic light cuma ikut pertimbangan sendiri untuk melepasi simpang.

Antara bangunan di Da Lat.


Bunga-bunga di sepanjang jalan.

Bunga-bunga di tepian Tasik Xuan Huong.


Tasik Xuan Huong. Ada replika Eiffel Tower di hujung sana.


Nampak bersih je tasik ni tapi banyak sampah dan baunya pun kurang enak. Nasib baik banyak bunga.

Sebelum maghrib kami bergerak ke Hajah Hawa Restaurant untuk makan malam.

Banyak meja yang sudah di reserve oleh agen pelancong.

Balik ikut jalan pintas ini.



Pasar malam yang diadakan setiap hari cuma 100m dari hotel kami.





Artichok, antara hasil tanaman unik dari kawasan ini.

Stroberi juga banyak di pasar malam ini. Kami beli di sini kerana sudah digredkan. Kalau yang siap dalam bekas plastik biasanya bahagian bawahnya disembunyikan buah yang kecil-kecil.

8 comments:

  1. Replies
    1. Kotanya agak tenang berbanding kota2 lain di Vietnam...

      Delete
  2. Dalat mmg best, tapi dulu tak macam sekarang dah develop banyak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tapi masih tak banyak bangunan tinggi di Dalat ni...

      Delete
  3. haluuuu PLM kite dtg singgah ni..
    stay safe yaaa PLM..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Stay safe to CT too... tapi memerap kat rumah ni macam tepu pulak kepala otak ni..

      Delete

En/Cik Anonymous... sila tinggalkan nama...