Friday, November 23, 2018

Pontianak Pt 5 - Mengopi | Jalan Pattimura | Alun-alun Kapuas

Dari muzium kami ke masjid Mujahidin lagi untuk menunaikan kewajipan. Waktu zuhur agak cepat di Pontianak iaitu pada jam 11.30 pagi. Malas nak baik ke hotel walaupun agak dekat dengan muzium. Bila dah balik ke bilik nanti lain pula ceritanya. Selesai semuanya supir bawa kami ke salah satu kedai kopi yang terkenal di Pontianak iaitu Aming Cofee. Kedai kopi ini sentiasa padat dengan anak-anak muda dan agak payah nak mencari meja kosong. Menurut supir anak-anak muda suka melepak di sini kerana mengambil kesempatan perkhidmatan wifi percuma. Mungkin tak banyak tempat yang menyediakan wifi secara percuma di sini.

Kedai ini menggunakan serbuk kopi yang di proses sendiri.

Kedai Aming Coffee.

Menunya. Kalau kita pesan kopi yang kita dapat adalah kopi O. Istilah yang berbeza dengan tempat kita.

Terpaksa berkongsi meja dengan mamat Pontianak.

Pisang goreng sapu kaya yang agak sedap.

Selesai mengopi kami ke Jalan Pattimura untuk mencari sedikit buah tangan untuk dibawa pulang. Cuma di sini saja kita boleh cari buah tangan yang merupakan sederetan kedai yang menghadap Jalan Pattimra. Setiap kota di Indonesia ada corak batik yang tertentu. Kalau di Pontianak banyak dipengaruhi corak seni orang Dayak seperti corak yang biasa boleh di dapati di Sarawak. 



Makanan ringan tradisi seperti amplang pun ada.

Tebal lagi duit sedara ni tapi belinya cuma seciput.

Untuk makan tengah hari terakhir kami minta supir bawa kami makan di Restoran Wong Solo. Suka makan ayam bakarnya yang ada rasa tersendiri walaupun saiznya kecil sangat berbanding ayam yang ada di tempat kita.

Jus alpukat/avokado jangan d lupa. Di tempat makan lain susah nak dapat minuman ini.

Set yang ringkas tapi cukup menyelerakan.

Lokasi terakhir hari ini ialah Alun-alun Kapuas iaitu sebuah taman yang terletak di tepi Sungai Kapuas. Tempat ini merupakan tempat melepak yang agak popular untuk bagi penduduk tempatan. Sungai Kapuas ini agak lebar hingga boleh di wujudkan sebuah pelabuhan dan kapal yang berlabuh di sini juga agak besar. Ada juga perkhidmatan feri di antara kedua-dua bahagian kota Pontianak untuk mengurangkan kesesakan di jambatan yang agak sempit.


Replika Tugu Khatulistiwa.

Cruise Sungai Kapuas hanya bergerak jika ramai penumpangnya. Tapi lebih sejam kami di sini masih tak ramai lagi penumpangnya jadi kami batalkan walaupun pada mulanya teringin juga nak ikut sama.

Jeti feri Sungai Kapuas. Gerai minuman di buat di atas sampan kerana peniaga tidak dibenarkan di sini. Jadi kalau penguatkuasa datang senang nak cabut.

Agak besar ferinya dan boleh membawa kereta dan lori.

Feri bergerak serentak dari kedua-dua bahagian sungai.


Tugu Digulis yang terletak berhampiran hotel penginapan.

Pemandangan pada waktu malam.

Lapangan Terbang Antarabangsa Supadio Pontianak. Agak besar juga.

Esok paginya kami balik. Susah nak nampak walau sebuah teksi di kota Pontianak ini. Jadi kami minta pihak hotel uruskan pengangkutan untuk ke lapangan terbang. Yang banyak di sini adalah Gojek yang fungsinya sama seperti Grab tapi menggunakan motorsikal sebagai mod pengangkutannya.

Selamat tinggal kota Pontianak.

Link : Kota seram pikat pelancong.

11 comments:

  1. besarnya Sungai Kapuas..banyak jg gerai2 minuman tepi sungai, nampak meriah..
    kota seram..hehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Agak lebar sungainya... taman tepi sungai tu memang tempat melepak yang agak menarik juga...

      Delete
  2. Belum pernah saya makan pisang goreng dgn kaya. Sedap ke?
    Jus alpokat tu buat saya terliur je.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rasanya boleh cuba buat sendiri... sedaplah juga. Jus tu minuman wajib saya cari bila ke Indonesia...

      Delete
  3. Seronok perjalanan ni.. Makanan dia ohh mampu tgk sambil telan air liur je lah mesti sedap

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak ramai orang kita yang ke Pontianak... boleh di cuba nanti...

      Delete
  4. wong solo dekat KL amat payah nak jumpa jus alpukat, ke saya je yang sering tidak bernasib baik :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mungkin sudah nak dapat bekalan buah avokado kot... kat Indonesia tak perlu import rasanya...

      Delete
  5. dan masih banyak lagi tempat di pontianak yang bisa bapak kunjungi kapan kapan. Salam dari saya orang pontianak hehe

    ReplyDelete

En/Cik Anonymous... sila tinggalkan nama...