Memang agak kurang tempat-tempat menarik di kota Pontianak ini. Mungkin ada tarikan alam semulajadi di luar kota tapi kami tak berkesempatan untuk pergi. Jadi hari ini supir bawa kami ke beberapa bangunan utama yang ada di sekitar kota Pontianak ini.
Masjid Raya Mujahidin.
Masjid Raya Mujahidin telah di rasmikan oleh Presiden Soeharto pada
tahun 1978 sempena ulangtahun kota Pontianak yang ke 207. Pembesaran dan
pengubahsuaian semula masjid ini telah di buat pada tahun 2011 dan telah dirasmikan
oleh Presiden Joko Widodo pada tahun 2015. Bangunan yang ada sekarang masih
agak baru juga. Di bina di atas tanah berkeluasan 4 hektar. Terbahagi kepada
tiga bahagian iaitu bangunan utama, menara yang terpisah dari bangunan utama dan
kawasan plaza terbuka terletak di antaranya. Mempuyai senibina berunsur Islam
dari pelbagai peradaban dan ciri-ciri khas senibena masyarakat Pontianak.
Ruang solat utamanya berada di tingkat dua.
Masjid terbesar di kota Pontianak yang terletak di Jalan Ahmad Yani.
Dari Masjid Mujahidin kami ke Rumah Adat Melayu pula yang terletak di Jalan Sultan Syahrir. Pada hari tersebut ruang utamanya telah digunakan untuk majlis perkahwinan jadi kami tak dapat masuk untuk melihat keadaan dalamnya.
Rumah adat Melayu Kalimantan Barat ini terletak di Kompleks
Perkampungan Budaya, Jalan Sultan Syahrir kota Pontianak. Pembangunan rumah ini
mengambil masa dua tahun iaitu dari tahun 2003 hingga 2005 dan telah dirasmikan
oleh wakil Presiden Jusuf Kalla. Ruang
utamanya digunakan sebagai tempat resepsi perkahwinan serta pelbagai kegiatan
masyarakat dan sosial.
Replika tarian Melayu.
Ada surau yang agak besar di sebelahnya.
Dihiasi ukiran kayu di bahagian luarnya.
Ada majlis perkahwinan yang akan diadakan pada tengah harinya.
Seterusnya kami ke rumah Rumah Radakng iaitu rumah adat masyarakat Dayak yang terletak bersebelahan dengan rumah adat Melayu. Rumah ini merupakan rumah panjang versi Dayak Kalimantan. Mungkin agak berbeza sedikit dengan rumah panjang yang ada di Sabah dan Sarawak. Panjangnya 138 meter dan merupakan replika rumah adat yang terbesar di Indonesia.
Corak yang seakan seni orang Iban di Sarawak.
Tempat terakhir kami singgah tengah hari ini ialah Muzium Kalimantan Barat. Bahan pameran dalam muzium ini banyak menumpukan kepada adat istiadat, budaya dan bahan-bahan peninggalan sejarah tiga etnik terbesar di Kalimantan Barat ini iaitu Melayu. Dayak dan China. Bayaran masuknya 10 ribu rupiah.
Muzium Provinsi Kalmantan Barat.
Info mengenai muzium ini.
Terletak bersebelahan Hotel Ibis.
Mural.
Replika rumah adat.
Menarik rumah adat Melayu..tangga kt rmh panjang tu sama mcm di rmh pjg Sarawak, seriau nk naik, tinggi pulak..
ReplyDeleteRumah-rumah tu cuma rumah contoh tapi tak ada apa2 bahan pameran pun kat dalamnya...
DeleteWah..dah sampai ke Pontianak rupanya.
ReplyDeleteItulah... nasib baik selamat balik... hehe
Deleteseram tengok tangga dia tu. saya rasanya tak terpanjat tu.
ReplyDeleteTangga tu dah ditutup... ada tangga biasa lain sebagai alternatif...
DeleteCantik senibinanya.
ReplyDeleteUkiran tu persis ukiran Sarawak.
Memang mirip sangat dengan gaya ukiran orang Iban Sarawak...
Delete
ReplyDeleteMemandangkan perspektif saya bahawa metro Malaysia dan kawasan metro mereka adalah cara terbaik untuk menarik orang baru kerana saya baru-baru ini melawat metro abd Kuala lumpur itu pengalaman saya yang terbaik dan saya menempah hotel dengan menggunakan hotels.com promo code dalam talian dan saya mendapat diskaun maksimum berhampiran metro stesen.
ada arca burung kenyalang sekali dekat tepi rumah panjang tu. ada makna apa2 ke?
ReplyDeleteKurang tahu pulak tapi macam di Sarawak bulu burung kenyalang digunakan dalam tarian mereka... mungkin ada persamaan dari segi budaya...
DeleteSubahanallah cantik nya rumah allah..bertuahlah yang selalu ke masjid beribadah
ReplyDeleteKebanyakan masjid di Indonesia memang sangat cantik senibinanya... cubalah ke Lombok pulau seribu masjid... rumah buruk tak apa janji masjid kena cantik...
Delete