Tuesday, December 4, 2018

Guilin Pt 1 - Hampir terlepas penerbangan | Sekitar hotel penginapan

Penerbangan ke Guilin pada hari kejadian ialah pada jam 7.15 pagi. Jadi seperti biasa kalau penerbangan yang guna kod AK ini memang cukup kalau kita peruntukan masa tiga jam termasuk perjalanan dari rumah. Biasanya lebih kurang 30 minit kami boleh sampai di airport. Tapi pada hari kejadian ada pula kerja-kerja penurapan jalan di atas jejambat yang menuju masuk ke kawasan perlepasan. Laluan tiga lorong tinggal satu lorong saja yang boleh digunakan. Jalan sesak punyalah panjang. Lebih-lebih lagi waktu pagi adalah waktu penerbangan yang paling sibuk di Klia2. Perasaan dah mula cemas waktu ini.

Lepas tu banyak pula urusan yang kita nak selesaikan. Mana nak solat subuh, self check in bagasi, semak dokumen dan ambil mobile wifi. Tempat perlepasan pula terletak di seberang jambatan udara dan di gate paling hujung. Di tempat check in bagasi ada pula rombongan pakej ke sana dengan bagasi yang berderet. Oleh kerana penerbangan ke China perlukan visa jadi pemeriksaan dokumen juga perlu dilakukan. Ini penting kerana ada kawan yang pergi dengan pakej ke China gagal untuk pergi kerana tersalah ejaan nama pada visa. Masalahnya  pasport hanya diserahkan kepada peserta pakej semasa di airport. Jadi itu memang salah pehak agen lah.

Liangjang International Airport Guilin China.

Begitu begini akhirnya pada jam 6.30 pagi barulah kami sempat nak menunaikan kewajipan. Silap kami juga kerana ke surau yang di luar gate P dan Q. Masa itu memang tak teringat langsung yang surau juga ada selepas pemerikasan kali kedua di kawasan perlepasan. Masa panggilan terakhir diumumkan kami masih belum lagi melepasi pemeriksaan kedua. Masa sampai di ruang menunggu perlepasan status gate adalah 'closed'. Nasib baik pintu kapalterbang belum ditutup jadi kami masih dibenarkan untuk masuk. Kira memang hari ini dalam sejarahlah kerana kami belum pernah mengalami keadaan seperti ini sebelumnya. 

Alhamdulillah selamat sampai di Guilin dalam keadaan cuaca yang agak baik. Suhu pada masa itu adalah 18 darjah Celcius. Nyaman...

Menghampiri bandar Guilin. Kebanyakan jalan di bandar Guilin adalah sangat lebar.

Dari airport kami ambil teksi untuk ke hotel. Tambangnya 100 yuan. Ada juga perkhidmatan bas tapi  tempat perhentian terakhirnya masih agak jauh juga dari hotel penginapan kami. Mulanya agak payah juga nak mencari hotelnya. Lokasi dah jumpa tapi tak nampak pula hotelnya. Terpaksa orang hotel datang ambil kami setelah dihubungi oleh pemandu teksi.


Lobi Hotel Oasis Inn ada di aras empat bangunan di atas ini. Naik menggunakan lift di bahagian sisi. Mengikut kata receptionist, dahulunya ada sign board besar di bahagian luarnya tapi telah diarahkan untuk diturunkan oleh pihak berkuasa.

Kawasan di aras lobi Guilin Oasis Inn.


Kami pergi berdua saja. Pada mulanya memang nak pergi bertiga tapi tak seorang pun dari bodyguard kami yang dapat bercuti. Siap dah ambil bilik untuk bertiga lagi. Bilik hotelnya baru diubahsuai dan nampak baru. Dindingnya dihiasi dengan lukisan bukit-bukit batu kapur yang memang sinonim dengan persekitaran di Guilin. Lokasinya memang terbaik sebab dekat dengan banyak tarikan dan tempat makanan halal. Yang paling bagus adanya jejantas betul-betul di hadapan hotel. Siap ada escalator lagi. Selamat lutut kami...


Berhampiran hotel ada empat restoran halal. Jadi soal makan memang tak jadi masalah. Ada dua restoran di sisi masjid. Yang bertanda X merah ialah restoran yang selalu disinggahi rombongan pakej dari Malaysia. Restoran yang cantik di bahagian dalamnya dan yang paling mahal harganya. Di sebelahnya, restoran yang kena buat pesanan di kaunter seperti yang banyak terdapat di sepanjang jalan untuk ke masjid Niujie di Beijing. Kami tak masuk sebab macam susah pulak nak buat pesanan. Restoran yang terletak di persimpangan Xicheng street yang paling kerap kami masuk. Harga paling termampu dan yang paling mudah untuk buat pesanan. Main tunjuk-tunjuk gambar saja. Restoran yang satu lagi pun kami tak cuba kerana macam restoran bukan makanan China.


Hotel penginapan juga dekat dengan beberapa tarikan utama di Guilin. Antaranya ialah Sun and Moon Pagodas dan Elephant Trunk Hill. Semuanya boleh sampai dengan cara menapak saja. Kalau yang suka nak menyoping boleh ke underground commercial shopping center di Guilin Central Square. Kedai souvenirs murah pula ada banyak di permulaan jalan Zhengyang Pedestrian Street. Kedai barangan berjenama juga banyak di sini.

Xicheng Pedestrian street yang terletak di seberang jalan.

Masjid Chongsan, ada dua restoran di sisi kirinya yang besambung dengan bangunan masjid.

Bahagian dalam masjid. Ruang solat utamanya di kawasan yang berpintu.

Papan ucapan hari raya masih lagi tergantung di situ walaupun sudah bulan November.

Restoran yang paling kerap kami kunjungi.

Senang nak buat pesanan.

Inilah restoran yang macam susah nak buat pesanan.

 Endian Halal Restaurant. Harga makanannya agak mahal.

Ruang makannya.

Xicheng Pedestrian Street bertukar jadi night market pada sebelah malamnya. 

Bermula jam tujuh malam setiap hari hingga lewat tengah malam.

17 comments:

  1. fuh...macam nak gugur jantung kalau saya berada di situasi en.mie! Syukur sempat jugak.

    Guilin...antara tempat yg saya teringin nak sampai. Tumpang seronok baca post en.mie jelah dulu. :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sesiapa pun akan gelabah kalau terjadi perkara macam tu... Itu pun saya terpaksa berlari tinggalkan OR rumah jauh di belakang sbb nak bagitau staf di situ supaya tunggu... fuhhh...

      Delete
  2. Replies
    1. Taklah jauh sangat... empat jam je flightnya NR...

      Delete
  3. Seronoknya makan angin di Guilin, lebih-lebih lagi suhu 18 yang nyaman tu.

    Saya pun tunjuk-tunjuk juga pada gambar di dinding bila nak order makanan. Mula-mula je. Tapi bila dah lama di China, dah boleh sebut, tak payah gambar pun tak apa.

    Cerita pasal naik flight di China ni, yang membuat saya angin bila check-in orang yang check tiket tu tak bagi saya fly sebab katanya nama saya pada tiket bertulis MRS. sedangkan dalam pasport tak ada. Tak sama katanya...tak ke aniaya dibuatnya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tapi sekarang ni komunikasi dah mudah sikit... guna google translate je... hehe

      Delete
  4. best hotel ni, semuanya dekat..masjid & restoran2 halal..mi tarik!!..hihi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang recommended stay di hotel ini... mi tarik... sudah tentu...

      Delete
  5. Replies
    1. Memang sangat strategik dan harganya pun berpatutan...

      Delete
  6. memang kadang-kadang kalau jadual lari dari plan asal, jantung berdegup kencang .. jadi percutian ada kalanya menambah stress.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wah sangat berbesar hati Pak Ngah singgah di sini.

      Betul tu... kita dah set masa betul-betul tapi ada pulak halangan lain yang tak di sangka...Tapi saya dah nekad kalau pintu kapal terbang dah ditutup saya takkan tendang pintunya... hehe

      Delete
  7. haaaai PLM !! im back hehehe.. wow senyap2 da sampai Guilin eeh. suhu gitu sedap syok jalan2. nyaman ja tak sejuk sangat. bab nak terlepas flight ni dah rasa sekali time nak ke Sydney. elok masuk flight terus dia tutup pintu and jalan. tak sampai tempat duduk lagi. syukur tak kena tinggal. memang kena allocate masa cukup2 nak sampai aiport. especially KLIA2. nak menapak tu ya rabbi jauhnya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang best suhu kat sana masa tu tapi trip kali ini lemau sikitlah... hari2 hujan. Wah CT baru balik dari mana tu. Jalan sakan sampai hujung tahun...

      Delete
    2. eehe ada je ni ha. jalan dekat2 balik kampung. hehe.. pegi jalan sekejap ja. malas tu yang lama =P

      Delete
  8. Teringin jugak nak visit China tapi tak tahu which city to start. Plus asyik rasa mcm nak repeat Korea ja hahaha.. Pernah jugak solat subuh betul2 dekat area gate sebab dah lambat.. Dah la masa tu boarding Korean Air semua mcm Korean and Chinese ja.. I can feel the stare hahaha..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ke China pulak Doc... kos pun rendah banding ke Korea...

      Delete

En/Cik Anonymous... sila tinggalkan nama...