Wednesday, July 15, 2015

Kad Raya dari Blogger

Dah lama betul tak dapat kad raya sejak semua dah diambilalih teknologi cyber. Sekarang ni semua nak mudah. Hantar ucapan guna e-card. Tapi feelingnya memang tak sama. Tak dapat nak belek-belek dan biasanya hilang macam tu je.

Tapi tahun ni tiba-tiba dapat kad raya bukan satu tapi dua. Kad pertama dari blogger diva dalam hal travel dan juga JJCM. Siapa tak kenal DJ. Kalau dia buat review pasal makanan, memang merembes dibuatnya@ngences kata orang German.

Gaya seorang traveller tegar.

Kad kedua dari blogger yang tenggelam timbul iaitu blogger Penumpang Bumi a.k.a. Cik Nun. Kiriman bersama key chain Eiffel Tower, Paris iaitu salah satu destinasi percutiannya ke beberapa negara Eropah.

Cik Nun... sila rajin-rajin update blog tu.

Selain kad, ada juga blogger yang menghantar buah tangan dan cenderamata hasil tuaian tripnya ke Korea dan Nippon. Terima kasih banyak buat Nekcik. Dah dua kali jumpa dengan Nekcik ni.

Dapat sekali acar buah dan tat nanas yang mabeles.

 Akhirnya, Selamat Hari Raya Eidulfitri, Maaf Zahir dan Batin kepada semua yang pernah singgah di blog skema ini.

37 comments:

  1. Selamat Hari Raya Pak Lang Mie...blog skema rama-rama katanya..tapi JM suka!!!!

    ReplyDelete
  2. Replies
    1. SHR buat SS juga... mana tau boleh 'terjumpa' kat Johor nanti..

      Delete
    2. He He He... Kalu terjumpa tegur taw!

      Delete
  3. Replies
    1. SHR juga buat Zilla... moga banyak lagi gunung yang akan didaki...

      Delete
  4. hehehe yeay enmie dah dapat. nekcik dah 2x jupe, saya bila plak?hehehe!

    ReplyDelete
    Replies
    1. DJ dah nyaris jumpa... tinggal 100m je lagi... hehe...

      Delete
  5. Replies
    1. SHR juga buat nohas. Selamat balik ke Kuala Kangsor...

      Delete
  6. Replies
    1. Hahahaha sakit perut gelak bila enmie pun panggil kakjem...hahahaha!

      Delete
    2. Eh kenapa DJ... sebab saya ada terbaca orang panggil dia camtu...sorry kalau tersilap...

      Tapi DJ ketawa pun merdu... bak kata JM...

      Delete
    3. Hahahah dah sampai dah nama kakjem kat sini. hahahaha

      Delete
  7. Selamat hari raya , maaf zahir dan batin mie

    ReplyDelete
  8. Selamat hari raya Mie sekeluarga..mana tau leh jumpa kat joho pulak...atau di setapak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Singgahlah BP... boleh jumpa nanti...SHR buat Nekcik, Tokpokcu dan anak-anak...

      Delete
  9. Taqobbal Allohu minna wa minkum. selamat lebaran Pak Mie. mohon maaf lahir batin.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat Hari Raya mas Gunadi sekeluarga... sesama kita bermaafan...

      Delete
  10. Selamat hari raya Mie & keluarga. Maaf zahir & batin.

    ReplyDelete
  11. bila blogger2 yg rajin melayangkan kad raya mungkin kad raya akan popular kembali?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rasanya susah juga NR...sbb banyak belanja dan remeh banding dg e-card...

      Delete
  12. tulaaaa PLM.. tlg brainwash CikNun tu.. soh dia update blog dia rajin2 sket.. bila nak up citer europe dia tu.. hehehe..

    CT nye mmg konpem dapat lepas posmen abes cuti hehehe.. post pun dah sayup2 orang nak raya.. sabaq la menanti k.. tapi xde souvenir pun.. huwaaa..

    Selamat hari raya PLM.. maaf zahir batin..
    kadang komen ngarut2 maafla ye.. gurau2 sket hehehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau ada sesiapa hantar tapi lambat sampai, PLM akan tepek kat sini...

      Semua komen saya publish... cuma kalau tak berapa sesuai mungkin kena delete... Komen2 CT menceriakan lagi blog ini... SHR juga buat CT...MZB...

      Delete
    2. x sampai lagi ke kad dr CT ? huurm.. lama dah CT post..

      Delete
    3. Hingga hari ini 26/7 masih belum lagi CT.. :(

      Delete
  13. Wah bertuahnya dapat kad raya dan souvenir dari peminat :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bila NA sebut peminat rasa kelakar pulak... penyokong je sebenarnya...

      Delete
  14. Salam..maaf..baru nak skodeng2 blog PLM...dua menjak ni bz sangat..insyaAllah.. balik dari hongkong ni akan update tentang europe... rindu sangat dah ngan blog PLM Ct and jari manis..hahaha

    ReplyDelete

En/Cik Anonymous... sila tinggalkan nama...