Showing posts with label Hari Raya. Show all posts
Showing posts with label Hari Raya. Show all posts

Tuesday, July 5, 2016

SALAM EIDUL FITRI 1437H


Selamat Hari Raya Eidul Fitri Maaf Zahir dan Batin kepada semua yang pernah singgah di blog ini.

*Mie aka PLM*

Satu-satunya kad Raya yang diterima tahun ini, dari blogger tersohor Wanderlust DJ.

Wednesday, July 15, 2015

Kad Raya dari Blogger

Dah lama betul tak dapat kad raya sejak semua dah diambilalih teknologi cyber. Sekarang ni semua nak mudah. Hantar ucapan guna e-card. Tapi feelingnya memang tak sama. Tak dapat nak belek-belek dan biasanya hilang macam tu je.

Tapi tahun ni tiba-tiba dapat kad raya bukan satu tapi dua. Kad pertama dari blogger diva dalam hal travel dan juga JJCM. Siapa tak kenal DJ. Kalau dia buat review pasal makanan, memang merembes dibuatnya@ngences kata orang German.

Gaya seorang traveller tegar.

Friday, July 25, 2014

Salam Aidil Fitri 1435H

Selamat menyambut Hari Raya Aidil Fitri buat semua pengunjung blog ini.

Maaf zahir dan batin.



-: kosong kosong :-

Kad Hari Raya yang diterima dari blogger paling glamour seantero Malaya...Jari Manis.

Wednesday, August 21, 2013

Hari Raya Tahun Ini

Seperti tahun-tahun sebelumnya, kami sekeluarga beraya di Selayang, Selangor dulu sebelum pulang ke Batu Pahat, Johor pada petang hari raya.

Berkumpul di rumah keluarga mertua dulu.

Pada petangnya baru bertolak ke Batu Pahat.

Sampai di kampung, di jamu dengan durian yang memang tengah banyak. Durian D24 tu...

Sempat turun sampai ke JB, ronda-ronda pasar karat. Hei, ada kangaroo kat situ, sebab ada orang nak pergi Ostolia...

Suasana di pasar karat. Banyak CD lagu irama 60an kat sini.

Malam tu menginap di rumah baru adik di Taman Indahpura, berhampiran Johor Premium Outlet.

Waktu balik mesti nak singgah di Muar.

Apa lagi kalau tak pekena mee bandung Muar yang sangat mabeles tu.

Kat kampung cuma 3 hari saja. Sebenarnya banyak sesangat fotonya tapi mood memblog sangat merudum buat masa ni. Entahlah mungkin sebab dah lama tak berjalan-jalan kot. Tiga trip yang dah di booking semuanya untuk tahun depan. Tunggu aje lah...

Kepada sahabat blogger semuanya : Salam Eidul Fitri, maaf zahir dan batin.

Sunday, August 26, 2012

Ronda-ronda Hari Raya 1433H

Raya tahun ini semua ahli keluarga di KL sepakat untuk berkunjung ke rumah abang ipar yang yang beraya di rumah barunya di Taman Kerubong Jaya, Melaka pada petang raya pertama. Banyak rumah yang masih belum diduduki dan suasananya agak lengang.


Sebahagian besar daripada cucu mertua yang berjumlah 17 orang adalah lelaki.

Rumah sebegini jika di kawasan Lembah Klang harganya boleh mencecah RM400K, tapi di Melaka masih boleh dibeli  dengan harga di bawah RM200K sahaja. Rumahnya mempunyai binaan yang agak luas dan rasanya tidak perlu untuk diubahsuai lagi.

Pada hari raya kedua baru kami sekeluarga bertolak ke Johor melalui jalan lama Melaka ke Muar dan Batu Pahat. Negeri Melaka ini antara negeri yang kaya dengan traffic light. Agak lama juga masa yang diambil untuk melepasi bandar Melaka. Antara foto-foto hari raya kami pada tahun ini.

Sempat singgah di Restoran Mee Bandung Muar yang sudah pun memulakan perniagaan walaupun baru Hari Raya kedua untuk makan tengah hari.

Sampai di Batu Pahat hampir tiga jam kemudian. Kesesakan di mana-mana.

Bergerak ke Rengit menuju rumah abang.

Keadaan jalan yang agak lengang sedikit kerana keluar beraya agak awal pagi pada Hari Raya ketiga.

Beraya sakan ke beberapa buah rumah saudara mara dan adik beradik. Pulang ke rumah sudah agak lewat malam.

Kami sekeluarga beraya di kampung untuk tempoh tiga hari sahaja. Balik ke KL pada Hari Raya keempat. Highway pun belum begitu sibuk. Selamat sampai tiga jam kemudian dan menyambung beraya di sini pula.

Friday, August 17, 2012

Salam Eidul Fitri

Selamat menyambut Hari Raya Eidul Fitri buat semua pengunjung blog ini.


Saya akan beraya di Selayang, Selangor dan pulang ke Batu Pahat, Johor pada Hari Raya kedua.

Thursday, September 1, 2011

Pulang Beraya di Kampung

Selamat pulang semula ke rumah setelah berhari raya di kampung. Perjalanan pulang ke kampung yang sepatutnya cuma tiga jam, menjadi hampir lima jam kerana kenderaan agak banyak.


Keadaan yang aman damai dan tenang pada pagi hari raya pertama menghampiri plaza tol Jalan Duta dari arah NKVE. Kalaulah hari-hari macam ni, alangkah bagusnya. Saya mengikuti jalan ini dari arah Subang untuk ke rumah mertua di Selayang.


Pada  jam dua belas hari raya pertama saya sekeluarga mula bergerak ke kampung. Kenderaan bergerak perlahan dari Kajang hingga ke Seremban, berapa kilometer tu, ada 40 km rasanya. Keadaan ini agak luarbiasa kerana tahun-tahun yang sebelumnya keadaannya tidak sebegini.


Sampai di Bandar Batu Pahat jalan pun sesak juga. Aduh...  letih betul dibuatnya. Jalan Bakau Condong memang terkenal dengan kesesakannya kerana ia merupakan jalan pintas untuk ke bahagian utara atau selatan Batu Pahat. Selain banyak lampu isyarat, jalan ini juga menghubungkan ke beberapa buah pusat membeli-belah.

Bagaimana keadaan di tempat anda?

Monday, August 29, 2011

Salam Eidul Fitri

Saya Mie penulis blog skema ini, ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Eidul Fitri kepada semua pengunjung blog ini terutama yang sudi memberikan komen-komen. Maaf zahir dan batin.


Kepada yang pulang ke kampung halaman tu, berhati-hatilah bila memandu. Saya akan pulang ke kampung di Batu Pahat bersama keluarga pada Hari Raya pertama. Pada hari raya kedua sudah balik semula ke Lembah Klang kerana cik wife akan berlepas ke Korea pada Hari Raya ketiga.


Saya juga menerima satu eKad Hari Raya daripada Mr Larry yang tinggal di  Philadelphia, Pennsylvannia, US. Beliau merupakan seorang guru yang pernah mengajar di sekolah saya suatu ketika dahulu.

<><><>
<><><>
                                                            Selamat Hari Raya.


Kepada ***mi dan keluarga:

Selamat Hari Raya.

Maaf Zahir Batin.
From: Larry