Wednesday, July 22, 2015

Perth, Western Australia Pt 4 - Masjid Katanning

Pagi ini kami akan ke Katanning yang terletak lebih kurang 50 km dari Kojonup. Oleh kerana tempatnya tak begitu jauh jadi kami keluar agak lambat sikit. Lagipun tak banyak aktiviti hari ini. Cuma nak cuba berjumpa dengan orang Melayu tempatan dan bersiar-siar sekitar bandar Katanning.

Kabin yang besar siap dengan katil yang boleh menempatkan tujuh orang.



 Caravan persendirian yang menyewa tapak di sini.

Siap mandi dan bersarapan... mari kita ronda kawasan sekitar tempat ini.

Ladang bebiri di belakang Caravan Park.

Tak banyak bebiri di sini.

Tapi bebirinya agak jinak.



Rumah-rumah penduduk tempatan.

Pekan yang agak sunyi.

Meneruskan perjalanan ke Katanning.

Menghampiri bandar Katanning.

Sampai saja di Katanning, kami terus mencari masjid. Senang nak jumpa lokasinya. Masa tu baru jam sepuluh pagi. Jadi memang tak ada sesiapa pun di situ dan masjidnya pun berkunci. Jalan-jalan sekitar masjid sambil snap foto kawasan persekitarannya. 


Pemandangan dari luar pagar.

Masjid yang ringkas binaannya tapi agak cantik.


Masjid ini dirasmikan oleh mantan Perdana Menteri Malaysia yang pertama pada tahun 1981.




Bahagian belakang masjid.


Katanning Islamic School.



Burung liar cantik dalam kawasan masjid.


  Kawasan masjid yang agak luas.

Kami keluar dari kawasan masjid dan akan datang semula ke sini pada waktu zuhur kerana pada masa itu tentu ada masyarakat di sini yang akan datang bersolat jemaah. Harap-harap begitulah. Lagipun perut sudah mulai lapar dan kami nak pergi ke Chicken Treat Restaurant untuk mencari bekalan makan tengah hari, 

Boleh ke kita makan di sini?

38 comments:

  1. Replies
    1. main kambing? Jea!!!! jgn main2 hehehehe

      Delete
    2. Dua orang JM komen pasal kambing... Jom kambing golek...

      Delete
    3. yeayyy...nyum! nyum! PLM nk lanje!!! x dpt kambing golek...ayam golek pun boleh hihihi

      Delete
  2. wahh...bodyguard PLM 2 org tu...abg sado hihihi...bertowel..nak ke mana? mandi kat tempat lain ke

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bilik air kat luar.. terpaksalah walaupun sejuk pepagi hari...

      JM nak bawa diri ke mana tu raya2 ni... trip solo lagi tu...

      Delete
    2. Beraya di perantauan PLM...mencari sesuatu yg hilang ehehehe.....sbb PLM x sudi temankan ahahahah

      Delete
  3. Replies
    1. Masjid dan bilik airnya berkunci JM... dibuka pd waktu zuhur...

      Delete
    2. laaaa.. kunci. huurm xpela amek bau je la.. hehe

      Delete
    3. Berkunci CT... tapi akan dibuka pada waktu Zuhur dan dikunci semula pada waktu Isyak...

      Delete
  4. Nampak kecil tapi boleh muat sampai 7 orang tu. Comel jer masjid dia.JInak betul kambing tu, teringin lamb chop pula hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul Fadli... sebab kabin tu memanjang ke belakang. Ada satu bilik dengan double bed yang
      kami tak gunakan langsung. Masjid tu dalamnya agak besar... rasanya boleh menempatkan seramai 200 orang jemaah. Ingat kambing..ingat lamb chop...hehe

      Delete
  5. sunyi sungguh kawasannya..Alhamdulillah, besar masjidnya..mesti ramai keluarga Muslim di sini..masyarakat Melayu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kebanyakan pekan2 kecil di sini memang sunyi. Mengikut penduduk yang kami jumpa ada lebih kurang 40 keluarga Melayu mendiami bandar Kattaning ini.

      Delete
    2. 40 family ? ramai jugak tu.. migrate terus ke diorang ke sana ?

      Delete
    3. Sebenarnya dia orang ni adalah keturunan Melayu yang dibawa ke Pulau Krismas dan Pulau Cocos untuk bekerja di ladang kelapa pada masa dulu. Dia orang kemuadian di bawa ke Tanah Besar Australia untuk bekerja di ladang-ladang kambing dan lembu terutama di rumah penyembelihan untuk pasaran daging halal...

      Delete
    4. napeee tak bawak datuk saya hehehe.. kalo dak boleh membesaq kat perth =P

      Delete
  6. lepas baca post ni terus search psl org melayu di katanning ni...menarik jugak...kalo ada kesempatan ke sana, nak juga ke sini...tp ada baca kisah sedih yang anak muda kat sana ramai dah terikut cara barat....huhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang menarik DJ terutama bila dapat berbual2 dengan mereka.Walaupun agak kebaratan cara hidup anak2 mereka tapi saya yakin asas pendidikan agama sudah ada.

      Delete
  7. Tunku Abdul Rahman yang rasmikan Masjid Kattaning tu !

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haah Hazwan... tapi masa tu beliau sudah bersara dari jawatan PM...

      Delete
  8. kambing tu jinak !!!! aaargh dahla gebu. kalo bleh lompat masuk kat tempat kambing tu habis kena pelok2 dah hahaha.. mmg sunyi la PLM.. nasib pegi ramai2.. kalo brdua je ke mcm krik krik gak kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. singgah masjid tinggalkan tapak kaki.. mudah2an membantu kita disana kelak.. bestnya. nak p masjid tempat orang jugak..

      Delete
    2. Takdelah krikkrik sangat CT sebab kawasanya sekelilingnya lapang.Memang rasa nak masuk je ladang kambing tu tapi takut dituduh penceroboh...

      Delete
  9. Masjid yang indah Pak Mie. Tak sangka di Australia ada masjid seiindah itu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya rasa inilah satu-satunya masjid yang ada di sebuah bandar kecil di Australia. Memang cantik walaupun ringkas binaannya...

      Delete
  10. Cantik dan besar masjid Katanning tu. Dapat tak jumpa dengan orang Melayu di situ? Saya rasa ramai orang Melayu di sana.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dapat juma NA... di pekan dan di masjid. Ramah sesangat dia orang ni. Katanya ada tinggal 40 keluarga Melayu saja yang ada...

      Delete
  11. Cantik dan besar masjid Katanning tu. Dapat tak jumpa dengan orang Melayu di situ? Saya rasa ramai orang Melayu di sana.

    ReplyDelete
  12. Terasa nak pergi ke sana lak...best betul...kalau boleh tinggal di sana selama sebulan...kalau ada keluarga angkat pon best gak...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang best dan aman damai sekali kat sana. Udara pun bersih. Cubalah masuk kat facebook Katanning Malay... mana tahu dapat keluarga angkat nanti... hehe

      Delete
  13. Best juga orang Islam membesar di Sana. Teringat kat anak saya. kini bertugas sebagai doktor di Melbourne.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Agak sesuai membesar di sini sebab jauh dari pengaruh bandar besar yang ada macam-macam tu... Wah ada anak di sana... senanglah kalau nak mengulang...

      Delete
  14. Assalamualaikum, Boleh saya tahu masjid kat sini buka sentiasa atau buka semasa solat sahaja.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Masjidnya tidak sentiasa dibuka. Hanya dibuka pada waktu solat fardu. Tapi jika waktu maghrib biasanya akan terus dibuka hingga waktu isyak...

      Delete
  15. Assalamualaikum. Saya Adilah, wakil student Universiti Sains Islam Malaysia (USIM). Untuk maklumat tuan\puan, kami akan mengadakan aktiviti kemasyarakatan di masjid Katanning. Boleh tak kami nak dapatkan number contact person yang boleh kami hubungi untuk mendapatakan apa-apa maklumat yang berkaitan. terima kasih :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. W'salam adik Adila... Sebenarnya saya ke sana cuma sebagai pelancong... jadi info yang saya ada semuanya ada di sini. Kalau nak berhubung secara lebih berkesan cuba masuk facebook di https://www.facebook.com/IslamicAssociationOfKatanning/?fref=ts Mungkin lebih banyak info boleh didapati dari mereka...

      Today Deal $50 Off : https://goo.gl/efW8Ef

      Delete

En/Cik Anonymous... sila tinggalkan nama...