Alhamdulillah, bulan ini saya ada menerima beberapa buah tangan dari saudara-mara dan sahabat yang bercuti, berkursus dan lain-lain urusan di luar negara. Memang jarang sekali dapat buah tangan secara 'berjemaah' seperti ini. Lagipun bulan ini memang tak ada berjalan-jalan kemana-mana pun.
Walaupun ianya tidaklah begitu mahal tetapi semuanya diterima dengan besar hati. Ada sedikit cerita disebaliknya.
Salah seorang rakan sekerja bersama isteri dan rombongannya pergi bercuti ke HCM City pada cuti sekolah yang baru lalu. Isterinya seorang guru dan pergi secara pakej dengan penerbangan MAS. Saya tanya berapa kos untuk seorang. Saya beritahu dia kalau kita pergi sendiri dengan Airasia dan uruskan semuanya, kosnya cuma separuh dari pakej yang dia ambil. Dia kata apa nak buat isterinya tak mahu naik Airasia. Apa kelas kan... Maklumlah cikgu sekarang ni antara kerjaya yang lumayan.
Sejadah dan Fridge Magnet dari Amman, Jordan |
Sejadah dan FM ini pula di beri oleh ahli keluarga yang menunaikan ibadah umrah awal bulan ini. Pakejnya termasuk ziarah ke Amman, Jordan untuk sehari. Sempat juga melawat tempat-tempat bersejarah dan singgah di Laut Mati.
Aneka barangan dari Seoul, Korea |
Barangan dari Korea ini pula diberi oleh ahli keluarga yang ke Seoul, atas urusan kursus tahun akhirnya di universiti. Kos yang dikeluarkan untuk ke sana cuma RM200 saja. Selebihnya ditanggung oleh pihak universiti dan tajaan oleh syarikat. Untung budak-budak sekarang ni.
Fridge Magnet dari Dubendorf, Switzerland |
Yang ini pula diberi oleh rakan sekerja yang berlainan jabatan. Sebelumnya dia merupakan rakan sejabatan. Satu hari ketua jabatannya mengarahkannya untuk pergi berkursus dan dia pun menyetujuinya tanpa banyak alasan. Lepas tu dia tanya, passport masih sah laku atau tidak. Dia agak terkejut kerana tidak menyangka akan pergi berkursus sejauh itu. Rezeki orang siapa tahu kan. Saya sendiri hanya tahu dia ke sana melalui statusnya di FB.
Wahhh saya pun selalu terima souvenirs seperti mie dapat ni dari adik beradik yang berkesempatan ke luar negara... Apa pun kita kena hargai setiap pemberiam mereka pada kita kan. Kerana jika kita berpeluang ke luar negara baru kita tahu betapa payah juga bila tiba bab nak membeli cenderamata buat adik beradik serta kenalan lain kat kampung halaman kan...Ya Ridge magnet memang popular kat rumah saya, peti sejuk dah tak nampak dah hehe
ReplyDeleteBetul tu AndaQue, kita kena hargai semua pemberian walaupun sekecil mana sebab itu semua sebagai tanda ingatan mereka kapada kita. FM dan keychain selalunya yang paling popular sebab tak banyak ambil ruang bagasi...
DeleteByknya..! plg menarik yg dari korea tu..chop stick kan? Cantik!
ReplyDeleteSaya pun dah bertepek FM kat fridge dari mcm2 negara..kwn2 suami bg. tp yg sbnrnya saya tak minat..utk menghargai, tepek la jugak.
Haah Ujie, kebetulan bulan ni banyak pulak menuai...
DeleteNama je FM, tapi saya lebih suka tepekkan pada white board dan gantung pada dinding. Lebih selamat dari jatuh bersepai jika di tampal di fridge...
Mie, Salam perkenalan dan terima kasih kerana mengikuti blog saya. Seronok saya melihat hadiah-hadiah yang Mie terima. Saya pun ada juga menerima hadiah seperti Mie. Fridge Magnetpun penuh dah. Saya ada entri pasal FM dalam blog saya. Kalau sudi bacalah. Saya pun mcm Mie letak FM di atas board yg dibelikan khas utk letak FM. Kalau di peti sejuk, mudah jatuh & pecah. Sayangnya! Pasal ke Vietnam tu, saya pergi sendiri, tanpa guna pakej. Pergi Umrah pun sendiri tanpa guna pakej. InsyaAllah saya akan ceritakan kisah saya pergi umrah tanpa guna pakej ini bila berkesempatan. Menarik juga kisah sedara Mie yg ke Korea tu! Anak saya juga pernah ke Korea seorang diri...Dia juga pernah ke Jepun tinggal dgn keluarga angkat. Masa tu umur dia 12 thn...Saya juga mcm AndaQue, pening kepala bila bab beli souvenir utk kawan2 & adik beradik. Sekurang-kurangnya beli asam kecut atau key chain utk mengingati kawan2 kan!
ReplyDeleteTQ singgah di sini dan ulasan paling panjang yang diterima setakat ini...:D. Pengalaman perjalanan puan sangat hebat, terutama ke tempat-tempat yang jarang menjadi tumpuan pelancong seperti Cyprus tu.
DeleteBila kita berjalan atau bercuti terutama ke luar negeri, biasanya saudara mara dan teman pasti mengharapkan sesuatu dari kita walaupun mereka tak beritahu. Benda yang paling mudah dan murah biasanya ialah keychain dan FM.
Saya tunggu cerita pengalaman puan seterusnya. Minta izin untuk dipautkan laman puan di sini.
Ulasan paling panjang? Ye ke? He he he :).
DeleteAlhamdulillah Allah beri kesihatan yang baik pd sy utk sampai ke tempat2 yg jarang pelancong pergi..
Saya ada lagi pengalaman ke tempat2 yg jarang pelancong pergi, misalnya ke Pitsanulok. Tapi kembara sy tu dah lama, zaman tok Kaduk dah.. org nak dengar lg ke?
Betul Mie, kalau ke luar ng, kita perlu ingatkan sdra mara & kawan2 yg tak berpeluang pergi. Pen atau pensilpun boleh beli sbg souvenir.
Dialu-alukan untuk paut blog sy di sini. Blog sy masih baru, tak ramai lg org tahu, jadi tolong rekemen blog sy kat kengkawan ya.
http://nota-kembara.blogspot.com
Kerjaya puan yg sebegitu mungkin memberikan lebih peluang untuk ke luar negara dan pergi ketempat yang jarang-jarang orang pergi.
DeletePengalaman lama puan juga masih relevan untuk diceritakan kerana manusia ni ada pelbagai ragam yang tidak dijangkakan. Mungkin dengan menceritakan pengalaman puan akan membuka hati mereka untuk ke sana.
Saya dah pautkan blog puan di sini. Mungkin nanti ada yang singgah ke blog puan melalui blog ini.
Terima kasih Mie sebab pautkan blog saya di sini. Saya dah dapati ada yang singgah di blog saya melalui blog jalan-jalan ini.
DeleteYa, saya fikir pandangan Mie itu baik. InsyaAllah akan saya usahakan untuk mencatatkan pengalaman saya di zaman Batu itu.
Bestnya dapat hadiah,cantik pula
ReplyDeleteSyukur, orang ingat kat kita...
Deletewow..bestnya dapat souvenirs. Murah rezeki. FM Jordan tu menarik sbb sy pun belum pernah ada FM dari Jordan.
ReplyDeleteFirst time Leez dtg sini, TQ. Blog Leez banyak memberi inspirasi...
DeleteSalam
ReplyDeleteBest kan kalau dapat buah tangan hatta sekecil key chain sekali pon kan?
Rasa diingati dan kadang2 bagi semangat kat kita untuk terus mengembara di bumi Allah.
Betul tu Janggel, lebih2 lagi kalau souvenir dari tempat yang memang di luar jangkauan kita...
DeleteEhemm.... tak semua cikgu nak naik MAS ye ..hehe.. Mie. ni wa dah panas bontot ni..AA dah banyak ttup route ni..banyak plan kena kensel ni..nak naik MAS pikir 10x..hehehe..
ReplyDeletelawanya fridge magnet tu..
Wa pun mana nak pergi yang dekat2, semua main yang kosnya ribu riban je... :D. Ye lah tu semua pilihan masing2 kan.
DeleteMemang ramai orang yg kecewa bila AA tutup beberapa routenya terutama yg ke Eropah dan NZ...
wahh byknya dpt ole2.. ;)
ReplyDeleteAgaknya dia orang tahu bulan Mac ni saya tak kemana2, tu yang pakat bagi tu... :D
Delete